Saturday, 26 November 2016

Jangan Halang Anak- anak Menconteng

Anak-anak semakin membesar jadi pelbagai karenah yang perlu ditempuhi oleh ibu bapa. Antaranya menconteng. Dinding-dinding rumah penuh dengan hasil kreativiti anak anda, biarkanlah budak dah nak membesar. Biarkan sel-sel otaknya berhubung. Memanglah dinding yang warna warni tu dah tak cantik macam dulu. Biarkanlah. Ada sebab mereka menconteng. Malah jika belek balik buku rekod kesihatan anak anda pada umur 15 bulan kalau tak silap la ada ditanyakan sama ada boleh menconteng ke tidak? Setiap perkembangan kanak-kanak berbeza, jadi ibu-ibu di luar sana janganlah membandingkan anak orang dengan anak sendiri. 

Terdapat 8 sebab kita tidak patut menghalang anak-anak menconteng. 













Sumber: facebook


Akhirnya Pelakon Si Cantik Manis Siti Saleha Bertunang

Pelakon utama bagi Slot Akasia yang tengah hot sekarang ni 7 Hari Mencintaiku, Siti Saleha selamat bertunang dengan jejaka pilihannya Mr Lutfi. Tahniah kepada Siti Saleha dan pasangan. Cantiklah Siti Saleha ni. 

Gambar di sekitar majlis pertunangan.



Sumber: Beautifulnara.Com


Friday, 25 November 2016

Aji Mentarang Bakar The Best!!!

Agak lama tak update kerana mood swing sikit. Tengah mood baik ni kinah nak bercerita sikit mengenai tempat makan paling best di Sekinchan yang terletak di Selangor ni. Semua orang tau Sekinchan ni terkenal dengan mentarang. Sepanjang perjalanan nak ke Sekinchan penuh dengan gerai yang menjual Mentarang. Siapa pernah tengok mentarang sila angkat tangan ✋. Mana yang pernah tengok dia tau la macam mana rupanya. Mana yang tak tau ni kinah belanja gambar ni. 


Rasa macam lala tapi yang ni cangkerangnya lebih besar berbanding lala. Memang sedap. Menurut tuan empunya kedai mereka jual sekilo RM30.00. Berbaloi la harga tu. Tapi tula sekilo banyak mana pun dapat bila dah dikopek. Lagipun bukan senang nak dapatkan mentarang ni.

Dah kenal mentarang ni meh kinah nak cadangkan tempat makan paling best di Sekinchan. Aji Mentarang bakar adalah tempat makan paling best dan baru sahaja masuk dalam sebuah rancangan terbitan TV3 iaitu Jalan-jalan Makan Angin. Siapa yang ada menonton pada Ahad lepas? Kinah tak tonton pun. Tapi tak pe dah terjah kedai ni memang puas hati sangat.



Di Aji Mentarang Bakar of course la sajian utamanya mentarang. Kami pun tak melepaskan peluang untuk mencuba mentarang tersebut. Owner kedai cadangkan kami mentarang goreng tepung. Memang terangkat. Menurutnya tepung yang digunakan memang tak ada jual di mana-mana kedai. Mereka guna ramuan sendiri itu rahsianya. Memang bila makan krup krap rangup. 


Selain itu, kami juga ada memesan lauk lain iaitu asam pedas ikan sembilang. Memang terangkat. Tak pernah lagi merasa asam pedas sesedap ni. Asam pedas akan dimasak apabila ada pesanan sahaja. Isteri pemiliknya berasal daripada Melaka jadi tak hairan la asam pedasnya pure.

Macam mana? Tak tahu nak pergi mana hujung minggu ni pergilah ke Sekinchan dan merasai sajian istimewa ni. Nak cari kedai ni tak susah pun tepi jalan je. Kalau tak pasti boleh guna waze ataupun guna navigator.

Di sini kinah sertakan alamatnya

Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia

Sunday, 20 November 2016

Tanda-tanda Sudah Hamil

Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam keluarga. Oleh kerana itu, bila berlaku perubahan pada fizikal sedikit sebanyak akan terfikir ehh adakah saya sudah hamil. Tapi masih tidak pasti betulkah sudah hamil. Cuba cek tanda-tanda ni mana tau impian untuk menjadi ayah dan ibu menjadi nyata.





Bagaimana? Salah satu daripada tanda-tanda tu ada. Cuba cek menggunakan pregnancy test atau nak lebih kepastian lagi berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan.

Sumber: Page Info Ibu Hamil



7 Resepi Menu Untuk Kurus

Berat badan semakin naik macam di pam-pam. Banyak baju dah tak muat. Nak cuba produk pelangsingan memerlukan kos yang tinggi. Usah gusar dan takut tanpa produk pelangsingan yang mahal kita juga boleh kurus. Tapi macam man? Haa cara ni lebih murah dan jimat. Dengan mengikuti 7 resepi menu ni dan mengamalkan gaya hidup yang sihat kita juga boleh juga kurus.















Mudahkan! Jom kita cuba resepi ni 

Sumber: Nurfarahin Farhan

© Love Is Simple
Maira Gall