Saturday, 19 November 2016

10 Pekerjaan yang Berisiko Tinggi

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, kita kena kerja. Kerja yang bagaimana? Terpulang kepada masing-masing. Kita sendiri yang menentukan hala tuju hidup kita. Namun begitu, dalam banyak-banyak kerja yang boleh dilakukan ada segelintir yang memilih untuk bekerja dengan risiko yang tinggi. Oleh kerana minat yang begitu mendalam dalam pekerjaan tersebut sehinggakan ada yang tidak mahu mencari pekerjaan yang lain.

Di sini terdapat 10 pekerjaan yang dapat dikategorikan sebagai pekerjaan yang berisiko tinggi. Antaranya ialah 

1. Penghapus Bom



Mereka yang bekerja di bahagian ini telah meletakkan nyawa mereka dalam bahaya di mana mereka ini yang telah dilatih untuk mengendalikan bom. Jika berlaku kesilapan akan mengundang padah.

2.Pekerja Penyelengaraan Bangunan



Pekerjaan berisiko seterusnya ialah pekerja penyelengaraan bangunan. Kerja ini buknlah suatu kerja yang mudah. Bayangkan mereka perlu berada di bangunan yang tinggi untuk mencuci bangunan. Kerja seperti ini memerlukan mereka yang berminat dan profesional untuk menjalankan tugas ini. Cuba kita berada di tempat mereka adakah anda berani??

3. Ahli Bomba


Kerja sebagai ahli bomba juga bukan suatu perkara yang mudah. Kita perlu menggadai nyawa untuk menyematkan nyawa lain. Tugas bomba bukan tertumpu pada memadam kebakaran sahaja malah mereka juga menjalankan tugas lain seperti mereka yang kemalangan, tumpahan cecair kimia ( hazmat), dan sebagainya.

4.Juruelektrik


Jika tiada mereka bergelaplah kita. Tugas mereka ini terdedah dengan bahaya yang mana mereka perlu menghadapi arus elektrik yang tinggi. Jika berlaku kesilapan dalam pengendalian, risiko untuk berlaku renjatan eletrik adalah tinggi.Tidak semua orang boleh mengendalikan elektrik ini, hanya mereka yang telah diiktiraf dan terlatih sahaja yang boleh kendalikannya.

5.Pengajar Terjunan Udara


Bukan mudah untuk menjadi pengajar terjunan udara ni. Silap teknik habislah. Untuk menjadi tenaga pengajar, salah satu syaratnya ialah telah membuat terjunan sebanyak lebih dari 200 kali.

6.Pelakon Lagak Ngeri


Kita begitu teruja melihat aksi-aksi yang dilakonkan oleh pelakon kesukaan kita walhal aksi merbahaya itu sebenarnya dilakonkan oleh pelakon lagak ngeri. Ada juga pelakon yang melakonkan sendiri watak merbahaya itu. Pernah juga berlaku pelakon lagak ngeri maut ketika melakonkan watak ngeri yang dilakukan. 

7. Malim Gunung


Jika kita nak pergi mendaki gunung mestilah ada guider. Jika tidak sesat banat la kita. Orang ini dikenali sebagai malim gunung. Biasanya gunung yang tinggi sahaja dan tahu selok belok keadaan sekeliling. Tugas mereka ini juga mencabar yang mana mereka akan berada di hadapan dan akan menghadapi dulu segala bahaya yang mungkin boleh mengancam pengikutnya. 

8. Pembalak


Kayu-kayu besar disekeliling mereka langsung tidak menggugat mereka untuk meneruskan pekerjaan mereka bagi memenuhi keperluan industri. Ancaman hidupan liar bukanlah satu ancaman bagi mereka. 

9. Zookeeper 


Menjaga haiwan bukanlah satu perkara yang mudah. Kita perlu memahami dan menyayangi haiwan tersebut seperti teman kita sendiri. Mereka perlu menghadapi haiwan yang berbahaya untuk memberikan makanan, minuman, membersihkan kandang mereka dan sebagainya. Jika haiwan tersebut jinak amatlah mudah untuk mengendalikannya namun awas jika haiwan tersebut hilang pertimbangan fikir-fikirkanlah.

10. Pengutip Sisa Pepejal


Semua orang begitu tidak suka jika kenderaan ini melewati kenderaan mereka. Tapi sedarlah kita, jika tiada mereka tentu negara kita ditimbuni dengan sampah sarap. Jangan pandang hina pekerjaan mulia ini. Jangan ingat tugas mereka begitu mudah, mereka juga turut terdedah dengan bahaya yang mana kaca-kaca pecah, kayu dan bau-bau busuk boleh mengancam keselamatan dan kesihatan mereka. Berterima kasihlah pada mereka.




Thursday, 17 November 2016

Melayan Karenah Anak


Hahaha ketawa sekejap. Ini yang berlaku bila kita ni dah jadi mak orang. Apa kerja kita buat mesti ada yang nak mengikut, dan jadi penonton. Kadang-kadang tu susah hati dibuatnya. Tak boleh tinggal langsung. Bila ada si ayahnya baru senang hati nak uruskan diri. 

Gambar ni kinah ambil dari pages Info Ibu Hamil. Bila baca komen-komen daripada ibu-ibu di luar sana geli hati rasanya apabila si ibu terpaksa juga bawa si anak tu masuk ke dalam bilik air. Dah nak ikut sangat dan tak boleh berenggang. Kinah pun tak terkecuali. Kalau dah tak tahan sangat kinah masukkan Thahirah ke dalam walker biar dia main sekeliling je. Tak risau sangat dah berpagar. Tambah pula dah dapat kaki ni mulalah dia nak melawat kawasan larangan. Nak melalak pun melalak la dalam walker tu. Nak buat camna dah terpaksa huhu.

Sungguh bila dah jadi ibu ni, banyak benda yang kita perlu korbankan demi si anak. Nak mandi pun tak bolehla nak berlulur sana bersyampoo sini macam ala-ala spa. Lambat sikit je adalah yang mencari. Nak manjakan diri ala-ala spa boleh tapi kena tunggu ayahnya balik kerja ataupun tunggu tido. Sebenarnya seronok melayan karenah anak-anak kecil walaupun kadang-kadang kita dah nak jadi tarzan terpekik terlolong nanti satu masa nanti kita akan merindui kenangan ni.





Caj Rawatan di Hospital Kerajaan


Pengemaskinian caj rawatan baru di hospital kerajaan hanya akan melibatkan pesakit Kelas 1 dan kelas 2 sahaja. Bagi pesakit kelas 3, caj rawatan adalah kekal. Manakala caj rawatan bagi pesakit luar adalah sebanyak RM1 dan rawatan bagi pesakit luar pakar adalah sebanyak RM5.

Bagi ubat-ubatan yang dibekalkan pula tiada sebarang caj dikenakan kepada pesakit. Bagi kinah ok la tu. Kenaikan caj rawatan hanya melibatkan pesakit kelas 1 dan kedua sahaja. Sedikit sebanyak bila menteri memutuskan untuk menaikkan kadar caj rawatan semua orang susah hati. Bukan semuanya penduduk di Malaysia ni orang kaya. Kalau naikkan caj bagi pesakit antarabangsa kinah lagi sokong. Kalau kita pergi negara lain dapat ke harga macam ni? Takkan. Bersyukurlah kita menjadi rakyat Malaysia.



Wednesday, 16 November 2016

Awak Sangat Nakal!

Ni ada satu lagi drama yang diadaptasikan daripada novel iaitu Awak Sangat Nakal yang sedang rancak ditayangkan di Astro Ria. Siapa layan cerita ni angkat tangan 👋. Haaa cerita ni best juga gandingan mantap Sharnaz Ahmad dan Ayda Jebat. Kinah selalu tonton siaran ulangan je sebabnya nak tunggu pukul 10.00 malam tu rasa macam lambat sangat. Lately kinah cepat sangat ngantok dan tido awal.


Walaupun penulis karya ni masih baru. Rasany la kot sebab tak pernah dengar nama ni namun beliau berjaya membuktikan beliau juga sama hebat dengan penulis lain.


Comeikan diorang ni

Sumber: Google

Slot Akasia: 7 Hari Mencintaiku


Sekarang ni tengah demam drama 7 Hari Mencintaiku. News feed facebook penuh dengan status mengenai drama ni. Kinah pun terjebak sekali. Drama sebelum ni Cinta Masam Manis dengan Lara Terindah kinah tak tengok sangat. Tapi yang ni sungguh kinah cakap tonton episod pertama buatkan kinah rasa macam addicted sangat nak tengok lagi. Tak sabar nak tunggu episod akan datang. Dibintangi oleh Syukri Yahya sebagai Khuzairi, Siti Saleha sebagai Mia Adriana, Ungku Haris sebagai Khalil, Wan Sharmila sebagai Sophie, Liza Abdullah sebagai Mak Leha dan ramai lagi artis yang membantu menjayakan drama ni.


Rupanya drama ni merupakan adaptasi daripada sebuah novel iaitu 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah. Patutla sedap cerita ni. Rupanya daripada karya penulis terkenal. Siapa peminat tegar novel mesti kenal dengan nama ni. Teringin pulak novel ni. Abang, belikan novel ni please!!! Lain tau feeling dalam drama dengan baca novel ni.


Ditayangkan pada setiap hari Isnin sehingga hari Khanis pada 6.58 pm di TV3. Pada yang terlepas menonton ada siaran ulangan pada 1.30 am kalau tak silap la.





Monday, 14 November 2016

Bila Dah Jadi Mak Orang

Sumber: Facebook

Siapa ada anak kecil memang macam ni la jawabnya. Serius tak tipu. Masa bujang dan tak ada anak lagi bolehla nak melaram berlilit sana berbunga sini. Bila dah ada anak ni automatik pakai tudung yang mudah disarung. Bukannya apa nanti berlilit kang belum keluar lagi dah senget sana sini. Jadi kita sarung aje kekeke.

Adala juga suami tanya tak nak pakai brooch bunga tu ke? Dengan pantasnya menjawab tak payah nanti hilang. Bila dah jawab macam tu senyap je la haha. Tunggulah bila dah besar baru le berlilit balik. Itupun kalau rajinla paling koman pakai je tudung bawal tak de pening nak melilit. 




© Love Is Simple
Maira Gall