Wednesday, 30 November 2016

Lara Cinta Ameena

Wednesday, November 30, 2016 1 Comments


Drama Lara Ameena merupakan drama arahan Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd. Antara pelakon yang menjayakan drama 15 episod ini adalah Fazlina Ahmad Daud, Zarina Zainoordin, Lia Natalia, Fazren Rafi Danish Hazriq dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Lara Cinta Ameena
Drama Lara Cinta Ameena mengisahkan tentang Ameena lakonan Tiz Zaqyah yang telah berkahwin dengan Radhuan (Raja Afiq). Perhubungan mereka sering bermasalah. Konflik rumahtangga mereka tercetus akibat campur tangan orang ketiga, iaitu Puan Kirana (Fazlina Ahmad Daud) yang merupakan ibu kepada Radhuan.
Apakah yang akan terjadi seterusnya? Kita saksikan slot Samarinda yang terbaru ni.

Alas Kaki Guna Al-Quran

Wednesday, November 30, 2016 4 Comments
Kecoh di facebook apabila ada seseorang memuatnaik gambar alas kaki di rumahnya yang telah koyak. Bila diperhatikan terdapat ayat Al-Quran. Ya Allah angkara siapakah ini? Tak sepatutnya guna ayat Al-Quran untuk membuat alas. Al-Quran adalah kitab yang suci. Cuba cek alas kaki rumah anda


Diharap selepas ini kita perlu berhati-hati apabila membeli. 

Tuesday, 29 November 2016

Senarai Bloglist Bulan Disember Kinah

Tuesday, November 29, 2016 5 Comments
Masih ingat lagi kinah mintak tinggalkan URL aritu di petak komen? Siapa masih ingat ok lah kinah nak umumkan bahawasanya semua URL tu akan kinah masukkan pada bloglist bulan Disember nanti. Antara yang tersenarai ialah

  1. https://hargasetbersalin.blogspot.com
  2. https://missobsesi.blogspot.my/
  3. http://liyanajay.blogspot.my/
  4. http://www.reenri.com/
  5. https://unnianje.blogspot.my/
  6. www.elihjapahar.com
  7. http://www.syuhadasalleh.my
  8. http://myfakta.com/
  9. http://lennezulkiflly.blogspot.my 
Senarai baru ni akan dimasukkan untuk bulan Disember nanti. Oh ye pada yang tersenarai ni masukkan kinah dalam bloglist korang boleh? Sesi blogwalking bermula.

7 Makanan yang Menaikkan Lemak

Tuesday, November 29, 2016 6 Comments



Di Malaysia ni boleh dikatakan syurga makanan. Semuanya sedap-sedap. Namun begitu kebanyakan makanan yang selalu kita makan sebenarnya menaikkan lemak yang sedia ada di dalam badan kita. Jadi di sini kinah nak kongsi 7 makanan yang menaikkan lemak dengan jayanya.


Burger salah satu makanan yang menaikkan lemak dalam badan kita. Tambahan pula sekarang burger ni dah diinovasi dan banyak pilihan menu seperti burger bakar. 


Roti canai biasanya dimakan ketika sarapan pagi. Ada juga dihidangkan pada waktu petang dan malam. Bila makan roti canai ni sekeping tak cukup. Tak sedar banyak lemak ni huhu.


Minuman bermanis pun ada dalam senarai. Minuman yang terlalu manis bila tak work out memang naik la lemak dalam badan plus penyakit lain pula yang datang.


Pisang goreng dengan teh o panas waktu petang memang sedap. Banyak minyak yang digunakan untuk menggoreng ada juga peniaga yang menggunakan minyak yang dah banyak kali pakai. Fikir-fikirkanlah.


Apam balik biasanya jumpa bila ada pasar malam. Jagung dan kacang yang banyak memang sedap. Lemak pun bertambah sedap di dalam badan kita.


Pergi McDonald mesti akan dapat french fries sebagai side dish. Makan panas-panas ni memang sedap. 


Makanan paling rare sekali. Boleh dikatakan makanan ruji untuk orang bujang dan students. 

Nak URL Blog

Tuesday, November 29, 2016 10 Comments


Lagi beberapa hari sahaja lagi kita semua akan melangkah ke bulan baru. Di sebabkan itu, kinah nak minta jasa baik korang semua untuk tinggalkan link korang semua di petak komen. Memudahkan kinah nak blogwalking dan mana-mana URL yang terpilih akan dimasukkan ke senarai bloglist yang baru. Cepat tinggalkan link blog sekarang. Tempoh sehingga 29 November sahaja tau.

Monday, 28 November 2016

Senarai Lagu Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim 3

Monday, November 28, 2016 2 Comments
Rata-rata dah tau akan penyingkiran Nora di konsert separuh akhir pada minggu lepas. Kini hanya tinggal enam sahaja peserta yang akan terus berentap untuk mendapatkan gelaran juara gegar Vaganza. Enam peserta tersebut ialah Ameng, Zarul, Siti Sarah, Intan Sarafina Azharina dan Gmie.


Pada konsert akhir mereka diberikan tugas sebanyak dua lagu untuk diperdengarkan. Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka ialah

SENARAI LAGU KONSERT FINAL GEGAR VAGANZA 3 !

1, GMIE

Bila bulan berwarna biru
Salam terakhir

2, ZARUL

Gerhana
Dendangan


3. AMENG

Bourgenvilla
Romantis


4. SITI SARAH

Matahariku
I will always love you

5. INTAN SARAFINA

Sedetik lebih
Kemelut di muara kekasih

6. AZHARINA

Mama Ku Ingin pulang
izinkanlah

Penangan Gegar Vaganza

Monday, November 28, 2016 0 Comments
Baru update mengenai siapa yang tersingkir pada konsert separuh akhir pageview terus mencanak naik. Selalunya nak lepas seratus UV pun tak lepas. Tadi cek dengan nuffnang UV dah mencecah 300. Wow tak pernah lagi satu hari dapat 300 UV.  Bagi orang lain nombor tu biasa dah. Semoga dengan pencapain ni buat kinah lebih semangat lagi nak ber blog.


Nora Terkeluar Daripada Gegar Vaganza 3

Monday, November 28, 2016 3 Comments
Pada minggu ini merupakan Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim ketiga yang mana 7 peserta berentap untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Namun begitu, hanya 6 peserta sahaja yang layak ke peringkat akhir apabila berlakunya penyingkiran pada malam tadi. Peserta yang tersingkir pada malam tadi ialah Nora. Umum mengetahui mengenai pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengan Nora. 
Sumber: google

Pada minggu hadapan kesemua peserta perlu menyanyikan dua buah lagu. Siapakah yang akan bergelar juara Gegar Vaganza Musim 3? Sama-sama kita nantikan di konsert akhir.

Sunday, 27 November 2016

Berlakunya Tanah Runtuh di Hulu Selangor

Sunday, November 27, 2016 4 Comments
Tanah runtuh di Taman Indah Serendah Hulu Selangor telah menggemparkan seluruh negara. Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku cuma seorang sahaja yang cedera. Kesemua penduduk yang berhampiran dengan zon merah dinasihatkan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat. Sementara itu, pihak berkuasa masih lagi memantau keadaan sekitar tanah runtuh kerana bimbang berlaku lagi pergerakan tanah.

Bagi kinah la ini cuma pandangan kinah la ye. Kinah selalu juga pusing-pusing di kawasan Serendah tu dan kinah dapati kawasan bukit di sekitarnya semakin lama semakin gondol. Ditambah pula dengan aktiviti kuari di kawasan sekitarnya mungkin penyebab tanah runtuh ni. Pernah dulu kinah suarakan perkara ni pada suami apabila melihat kawasan bukit di sondol suatu hari nanti kemungkinan kawasan ni akan berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka. Sekarang lihatlah apa yang kinah jangkakan dah terjadi. Nasibla rumah kami bukan berhampiran dengan bukit kalau tidak tak tau la  macam mana.

Sikap manusia yang terlalu rakus dengan wang ringgit, untung berjuta-juta sehingga mengabaikan aspek lain. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Siapa yang terpaksa tanggung semua, bukan orang lain tapi kita sendiri. Tak salah pun nak jadi jutawan hartawan tapi fikirlah keselamatan orang lain juga. Bagaimanalah nasib penduduk di sekita Taman Indah ni.



Sumber: Google


Saturday, 26 November 2016

Jangan Halang Anak- anak Menconteng

Saturday, November 26, 2016 4 Comments
Anak-anak semakin membesar jadi pelbagai karenah yang perlu ditempuhi oleh ibu bapa. Antaranya menconteng. Dinding-dinding rumah penuh dengan hasil kreativiti anak anda, biarkanlah budak dah nak membesar. Biarkan sel-sel otaknya berhubung. Memanglah dinding yang warna warni tu dah tak cantik macam dulu. Biarkanlah. Ada sebab mereka menconteng. Malah jika belek balik buku rekod kesihatan anak anda pada umur 15 bulan kalau tak silap la ada ditanyakan sama ada boleh menconteng ke tidak? Setiap perkembangan kanak-kanak berbeza, jadi ibu-ibu di luar sana janganlah membandingkan anak orang dengan anak sendiri. 

Terdapat 8 sebab kita tidak patut menghalang anak-anak menconteng. 













Sumber: facebook


Friday, 25 November 2016

Aji Mentarang Bakar The Best!!!

Friday, November 25, 2016 4 Comments
Agak lama tak update kerana mood swing sikit. Tengah mood baik ni kinah nak bercerita sikit mengenai tempat makan paling best di Sekinchan yang terletak di Selangor ni. Semua orang tau Sekinchan ni terkenal dengan mentarang. Sepanjang perjalanan nak ke Sekinchan penuh dengan gerai yang menjual Mentarang. Siapa pernah tengok mentarang sila angkat tangan ✋. Mana yang pernah tengok dia tau la macam mana rupanya. Mana yang tak tau ni kinah belanja gambar ni. 


Rasa macam lala tapi yang ni cangkerangnya lebih besar berbanding lala. Memang sedap. Menurut tuan empunya kedai mereka jual sekilo RM30.00. Berbaloi la harga tu. Tapi tula sekilo banyak mana pun dapat bila dah dikopek. Lagipun bukan senang nak dapatkan mentarang ni.

Dah kenal mentarang ni meh kinah nak cadangkan tempat makan paling best di Sekinchan. Aji Mentarang bakar adalah tempat makan paling best dan baru sahaja masuk dalam sebuah rancangan terbitan TV3 iaitu Jalan-jalan Makan Angin. Siapa yang ada menonton pada Ahad lepas? Kinah tak tonton pun. Tapi tak pe dah terjah kedai ni memang puas hati sangat.



Di Aji Mentarang Bakar of course la sajian utamanya mentarang. Kami pun tak melepaskan peluang untuk mencuba mentarang tersebut. Owner kedai cadangkan kami mentarang goreng tepung. Memang terangkat. Menurutnya tepung yang digunakan memang tak ada jual di mana-mana kedai. Mereka guna ramuan sendiri itu rahsianya. Memang bila makan krup krap rangup. 


Selain itu, kami juga ada memesan lauk lain iaitu asam pedas ikan sembilang. Memang terangkat. Tak pernah lagi merasa asam pedas sesedap ni. Asam pedas akan dimasak apabila ada pesanan sahaja. Isteri pemiliknya berasal daripada Melaka jadi tak hairan la asam pedasnya pure.

Macam mana? Tak tahu nak pergi mana hujung minggu ni pergilah ke Sekinchan dan merasai sajian istimewa ni. Nak cari kedai ni tak susah pun tepi jalan je. Kalau tak pasti boleh guna waze ataupun guna navigator.

Di sini kinah sertakan alamatnya

Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia

Sunday, 20 November 2016

Tanda-tanda Sudah Hamil

Sunday, November 20, 2016 3 Comments
Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam keluarga. Oleh kerana itu, bila berlaku perubahan pada fizikal sedikit sebanyak akan terfikir ehh adakah saya sudah hamil. Tapi masih tidak pasti betulkah sudah hamil. Cuba cek tanda-tanda ni mana tau impian untuk menjadi ayah dan ibu menjadi nyata.





Bagaimana? Salah satu daripada tanda-tanda tu ada. Cuba cek menggunakan pregnancy test atau nak lebih kepastian lagi berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan.

Sumber: Page Info Ibu Hamil



7 Resepi Menu Untuk Kurus

Sunday, November 20, 2016 2 Comments
Berat badan semakin naik macam di pam-pam. Banyak baju dah tak muat. Nak cuba produk pelangsingan memerlukan kos yang tinggi. Usah gusar dan takut tanpa produk pelangsingan yang mahal kita juga boleh kurus. Tapi macam man? Haa cara ni lebih murah dan jimat. Dengan mengikuti 7 resepi menu ni dan mengamalkan gaya hidup yang sihat kita juga boleh juga kurus.















Mudahkan! Jom kita cuba resepi ni 

Sumber: Nurfarahin Farhan

Saturday, 19 November 2016

10 Pekerjaan yang Berisiko Tinggi

Saturday, November 19, 2016 4 Comments
Bagi meneruskan kelangsungan hidup, kita kena kerja. Kerja yang bagaimana? Terpulang kepada masing-masing. Kita sendiri yang menentukan hala tuju hidup kita. Namun begitu, dalam banyak-banyak kerja yang boleh dilakukan ada segelintir yang memilih untuk bekerja dengan risiko yang tinggi. Oleh kerana minat yang begitu mendalam dalam pekerjaan tersebut sehinggakan ada yang tidak mahu mencari pekerjaan yang lain.

Di sini terdapat 10 pekerjaan yang dapat dikategorikan sebagai pekerjaan yang berisiko tinggi. Antaranya ialah 

1. Penghapus Bom



Mereka yang bekerja di bahagian ini telah meletakkan nyawa mereka dalam bahaya di mana mereka ini yang telah dilatih untuk mengendalikan bom. Jika berlaku kesilapan akan mengundang padah.

2.Pekerja Penyelengaraan Bangunan



Pekerjaan berisiko seterusnya ialah pekerja penyelengaraan bangunan. Kerja ini buknlah suatu kerja yang mudah. Bayangkan mereka perlu berada di bangunan yang tinggi untuk mencuci bangunan. Kerja seperti ini memerlukan mereka yang berminat dan profesional untuk menjalankan tugas ini. Cuba kita berada di tempat mereka adakah anda berani??

3. Ahli Bomba


Kerja sebagai ahli bomba juga bukan suatu perkara yang mudah. Kita perlu menggadai nyawa untuk menyematkan nyawa lain. Tugas bomba bukan tertumpu pada memadam kebakaran sahaja malah mereka juga menjalankan tugas lain seperti mereka yang kemalangan, tumpahan cecair kimia ( hazmat), dan sebagainya.

4.Juruelektrik


Jika tiada mereka bergelaplah kita. Tugas mereka ini terdedah dengan bahaya yang mana mereka perlu menghadapi arus elektrik yang tinggi. Jika berlaku kesilapan dalam pengendalian, risiko untuk berlaku renjatan eletrik adalah tinggi.Tidak semua orang boleh mengendalikan elektrik ini, hanya mereka yang telah diiktiraf dan terlatih sahaja yang boleh kendalikannya.

5.Pengajar Terjunan Udara


Bukan mudah untuk menjadi pengajar terjunan udara ni. Silap teknik habislah. Untuk menjadi tenaga pengajar, salah satu syaratnya ialah telah membuat terjunan sebanyak lebih dari 200 kali.

6.Pelakon Lagak Ngeri


Kita begitu teruja melihat aksi-aksi yang dilakonkan oleh pelakon kesukaan kita walhal aksi merbahaya itu sebenarnya dilakonkan oleh pelakon lagak ngeri. Ada juga pelakon yang melakonkan sendiri watak merbahaya itu. Pernah juga berlaku pelakon lagak ngeri maut ketika melakonkan watak ngeri yang dilakukan. 

7. Malim Gunung


Jika kita nak pergi mendaki gunung mestilah ada guider. Jika tidak sesat banat la kita. Orang ini dikenali sebagai malim gunung. Biasanya gunung yang tinggi sahaja dan tahu selok belok keadaan sekeliling. Tugas mereka ini juga mencabar yang mana mereka akan berada di hadapan dan akan menghadapi dulu segala bahaya yang mungkin boleh mengancam pengikutnya. 

8. Pembalak


Kayu-kayu besar disekeliling mereka langsung tidak menggugat mereka untuk meneruskan pekerjaan mereka bagi memenuhi keperluan industri. Ancaman hidupan liar bukanlah satu ancaman bagi mereka. 

9. Zookeeper 


Menjaga haiwan bukanlah satu perkara yang mudah. Kita perlu memahami dan menyayangi haiwan tersebut seperti teman kita sendiri. Mereka perlu menghadapi haiwan yang berbahaya untuk memberikan makanan, minuman, membersihkan kandang mereka dan sebagainya. Jika haiwan tersebut jinak amatlah mudah untuk mengendalikannya namun awas jika haiwan tersebut hilang pertimbangan fikir-fikirkanlah.

10. Pengutip Sisa Pepejal


Semua orang begitu tidak suka jika kenderaan ini melewati kenderaan mereka. Tapi sedarlah kita, jika tiada mereka tentu negara kita ditimbuni dengan sampah sarap. Jangan pandang hina pekerjaan mulia ini. Jangan ingat tugas mereka begitu mudah, mereka juga turut terdedah dengan bahaya yang mana kaca-kaca pecah, kayu dan bau-bau busuk boleh mengancam keselamatan dan kesihatan mereka. Berterima kasihlah pada mereka.




loading...

Total Pageviews