Friday, 4 November 2016

Jenama Ini Menggunakan Haiwan Sebagai Trademark

Hari ini banyak jenama-jenama di luar sana menumpang populariti haiwan tau. Banyak pengeluar produk tak kira la baju ke makanan ataupun barangan keperluan menggunakan haiwan sebagai trademark mereka. Antara produk atau jenama menumpang populariti haiwan ialah

Hume simen. Menggunakan panda sebagai trademark mereka. Simen ni nak kata baru takla juga. Mungkin dalam 5 ke 6 tahun macam tu. Kalau tak silap la.

Ha yang ni semua orang kenal. Ayam brand ingat sardin ingatla Ayam Brand. Selalunya stok untuk sebelum gaji ni.

Kasut cap unta. Pergh tahan lama ni.

Ni periuk cap Zebra. Banyak juga periuk menggunakan logo haiwan ye.

Kalau pakai purse jenama ni, boleh dah kembang hidung. Dompet cap Buaye

Ni famous dalam kalangan ibu-ibu. Kinah panggil periuk ajaib. 

Ni lagi la. Sape tak kenal periuk cap buaya. Tahna lama ni. Dulu makcik-makcik, opah-opah berebut belinya dekat Padang Besar. Murah katanya

Banyak lagi kot barangan menggunakan logo haiwan ni. 


Thursday, 3 November 2016

Lelaki Kacak Mereka Bekerja Sebagai???


Entri ni sekadar suka-suka aje. Tak ada kaitan dengan siapa-siapa pun. Tapi memang betui pun benda ni. Tak dinafikan sebenarnya. Tak tau la pendapat orang lain. Masa kinah kecik-kecik dulu bila pergi hospital mesti tengok doktor-doktor. Hansem betul hihi. Agaknya bila dapat doktor hansem pesakit pun cepat sembuh kekeke.


Bila Nak Berjalan Kemana-mana Siapa yang Bersiap Dulu?


Hari ni topik kita bercerita pasai kaum-kaum ibu pula. Siapa setuju dengan quote di atas? "Bila nak berjalan kemana-mana isteri akan pastikan anak-anak siap dahulu selesai semua baru dia bersiap".

Nak tahu kenapa isteri ni siapkan anak- anak dahulu sebelum dia bersiap? Haa sebabnya dia nak elakkan dirinya bersiap dua kali. Kenapa bersiap dua kali? Ini jawapannya, biasalah bila ada anak-anak kecil terutama yang berumur dalam lingkungan satu tahun ke atas, mereka dah mula aktif, mula nak meneroka, sifat ingin tahunya dah mula ada. Belum dikira comot semasa makan dan macam-macam lagila. Jadi si isteri ni kenala mandikan anaknya dahulu kemas apa yang patut sebelum nak berjalan. Kalau kemas selepas pulang berjalan confirm la badan dah penat, kenala tangguh dulu mengemas.

Jadi, bila anak dah siap mandi, makan semua barulah si isteri ni senang hati nak bersiap pula. Tanyalah mana-mana isteri, siapa yang diutamakan dahulu mestila anak. 

Wednesday, 2 November 2016

Biar Gambar Berbicara

Biarlah gambar yang berbicara. Rindunya pada sahabatku

Ranking Alexa


Setelah hampir sebulan kinah mula aktif berblog, alhamdulillah ranking alexa dah ada peningkatan. Dah ada ranking Malaysia. Masa mula-mula dulu tiada ranking lagi. 
Ranking ni masa baru je aktif. Banyak betul nombornya.

Ha yang ni setelah hampir sebulan berblog. Misi pertama tercapai iaitu nak ada rank di Malaysia. Misi yang seterusnya ialah nak mengecilkan lagi bilangan rank. Terima kasih kepada semua yang support blog kinah ni. Kalau tiada support daripada semua kinah tak akan dapat rank macam ni. Keep it up..




Tersenarai Dalam Bloglist Mialiana.com

Hari ni ada dua berita yang menggembirakan iaitu yang pertama jadi top comentataor di blog CikLa dan yang kedua jadi pemenang Segmen 12 jam Pencarian Bloglist di Mialiana.com. Menurut Kak mia bloglist ni untuk bulan November dan Disember. Ok la tu berjoget lama sikit di blog Kak Mia. Lepasni kena kerap update entri ni.

Sebenarnya banyak benefit bila blog kita tersenarai dalam bloglist blog orang lain. Antaranya akan meningkatkan unique visitor kita itu untuk yang cari side income la dengan blog. Makin banyak kita update entri dan secara kebetulan entri tersebut menarik lagi ramai la yang datang untuk membaca entri tersebut.  Semoga rajin la nak update dan sentiasa ada idea nak menulis.




Top Commentator Oktober 2016 di Blog Cik La

Macam tak percaya pulak bila kinah antara top comentator Oktober 2016 di blog Cik La. Terima kasih Cik La. Menurut Cik La, Cik La akan memilih salah seorang diantara kami untuk menerima cenderamata. Nombor yang dipilih adalah nombor 2. Takpela bukan nombor kinah yang naik. Ok ape jadi top 5. Kembang hidung sikit hihi. Lepasni akan lebih rajin lagi singgah dan tinggalkan komen di blog Cik La mana tau dapat nombor 1 pulak hihi.


Tuesday, 1 November 2016

Harga Minyak Masak dan Petrol Naik.

Masing-masing keluh kesah apabila diumumkan harga minyak dan petrol akan naik. Kedua-dua barang ini merupakan bahan asas utama bagi setiap rakyat Malaysia. Apa sudah jadi ni, haritu umum harga minyak masak kekal RM2.50 sekilo. Ni alih-alih naik pulak. Patutlah banyak kedai stok minyak takde aritu.


Walaupun naik RM0.15 akan mempengaruhi semua harga barang.

Tengoklah betapa banyak perbezaan dengan harga dulu dan sekarang. 


Kos sara hidup semakin tinggi dengan keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil ni menyebabkan ada sesetengah pihak akan mula mengambil kesempatan dengan kenaikan harga minyak masak dan petrol. Mereka akan menaikkan harga barang dengan alasan minyak naik. Siapa yang teruk kena? Rakyatla siapa lagi. Cuba bayangkan harga barang semakin naik belum lagi dengan kadar GST yang dikenakan memang betul-betul membebankan pengguna. Jadi tak hairanlah jika banyak berlaku kes jenayah seperti samun, rompakan, dan ragut. Semua ni terjadi atas desakan hidup. 

Tak tau la apa yang akan naik lagi lepasni. Semoga harga ni tak kekal lama. Nampaknya acara goreng menggoreng akan ditukar menjadi acara merebus. 

Monday, 31 October 2016

Stressnya Arghhhh

Aduhai naik pinar mata ni duk menggodek blog ni. Minta maaf la ye bila korang datang ke sini blog jadi haru banyak. Kinah duk godek-godek blog untuk template yang baru. Dah jumpe dah yang berkenan di hati tapi spoil bila tang menunya serabut. Kinah ni edit pakai phone nak pakai laptop dia buat hal pulak. 

Dah elok adjust code ini, code lain pulak yang kacau. Penat main-main code ni. Iklan pun ntah mana. Hai entahla. Sakit hati pulak kita. Siapa pandai main code ni bole tolong kinah tak?


Serius kinah dah give up. Dah tak larat nak godek dah. Tujuan kinah nak tukar template disebabkan kinah nak ada kelainan daripada template yang terdahulu yang mana template dulu banyak berkonsepkan bunga, kartun jadi bila dah jadi mak orang kenala macam mak-mak orang. Cbox kinah pun tak tau nak cakap biasala bila kita update, kita blogwalking pakai phone sedikit sebanyak akan jadi typing error ataupun tersentuh abjad lain. Secara automatik Cbox kinah dia dah upgrade. Lain sangatla. 

Kedah Juara Liga Malaysia


Sumber daripada Google

Kedahh menang ooooooii. Hihi terlebih pulak padahal asal negeri yop kejor. Bukan apa pernah duduk negeri Kedah tiga tahun kita cuma tumpang bangga je la. Kejiranan kat sini riuh bersorak untuk Selangor tapi akhirnya hampa apabila Kedah dinobatkan sebagai juara apabila menang penalti sebanyak 6 gol manakala Selangor pula memperoleh 5 gol. Persaingan yang sengit pada malam ni. Mana taknya sehingga masa tambahan kali kedua masih memperoleh mata satu sama.

Inilah kejayaan buat Kedah bagi menebus kekalahannya pada masa lalu. News feed facebook harini semuanya update pasai bola malam ni. Buat orang Kedah, syokla ampa no esok cuti. 

Kinah hari ni gilir-gilir tengok bola kemudian iklan tengok gegar baganza pulak dan macam tu la sebaliknya hihi. Tahniah buat negeri Kedah. Buat negeri Selangor janganlah sedih tahun depan cuba lagi ye.

Sunday, 30 October 2016

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BULAN NOVEMBER BY KINAH

Assalamualaikum entri kali ni kinah nak buat segmen. Segmen ni mudah aje. Kinah nak buat Segmen Pencarian Bloglist Bulan November. Disebabkan kinah takde lagi bloglist jadi sekarang kinah nak mencari 10 blog untuk disenaraikan.

Syaratnya mudah aje

  • Wajib tampal banner yang tak seberapa ni dan jangan lupa backlink ke blog ni.
  • Follow blog kinah dan jika baik hati derma sikit di tabung kinah di SINI 
Tinggalkan url di petak komen di bawah.

Kinah mencari 10 blog untuk di masukkan dalam bloglist. Segmen ini berlangsung dari 17 Oktober hingga 30 Oktober ni. 

SELAMAT BERSEGMEN

Update (24.10.2016)




Senarai Bloglist Bulan November by Kinah

Ini adalah senarai bloglist kinah yang dipilih oleh random org. Pada yang tidak terpilih nanti cuba dilain masa ye.


  1. http://www.ainulaqma.com/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  2. http://suga-suga-n.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  3. http://msvelentine.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  4. http://jombercontest.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  5. http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  6. http://missobsesi.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  7. http://ceritasiennor.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  8. http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  9. http://www.aimisyahirah.com/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  10. http://pwincessabell.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html

Segmen Pencarian Bloglist Bulan November Ditutup



Hari ni merupakan hari terakhir bagi segmen bloglist bulan november. Oleh kerana sudah tiada penyertaan yang dihantar, kinah buat keputusan untuk menutup segmen ni lebih awal. 

Diingatkan, hanya 10 yang akan tersenarai dalam bloglist ni tau. Pilihan akan dibuat melalui random org. Walaupun blog kinah ni hanyalah picisan saja, kinah cuba untuk naikkan kembali untuk menjadi seperti dulu walaupun tidaklah sekerap mana nak update entri. 

Oklah kinah nak godek-godek random org tu. Bila dah habis godek nanti kinah update url yang dipilih ok.

© Love Is Simple
Maira Gall