Saturday, 22 October 2016

Teringin Nak Dapat CPUV Dari Nuffnang


Assalamualaikum semua. Hmm agak lama juga kinah tak dapat iklan bermeter selepas kinah dah tak aktif dulu. Bila tengok blogger lain update dapat CPUV terdetik dihati ni nak iklan macam tu juga. (Sebenarnya jeles hehe) Bolehlah tambah pendapatan dengan keadaan ekonomi sekarang kejap naik kejap turun. Dulu memang UV kinah tinggi. Sekarang ni ada naik turun. Kinah cuba curi masa untuk update setiap hari walaupun kadang-kadang ada kekangan masa. Ada masa tapi idea pulak tak ada. Jadi terbiar macam tu je la. Haraplah nuffnang bermurah hati. Setakat ni jumlahnya hampir nak cash out itupun peram dekat dua tahun tak gerak-gerak. Huhu


Bajet 2017

Assalamualaikum semua. Semalam 21 Oktober 2016 adalah tarikh yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia iaitu pembentangan Bajet 2017. Antara intipati yang paling dinantikan ialah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) dinaikkan daripada RM1000 ke RM1200 bagi golongan pendapatan bawah RM3000. Sudah pasti ini merupakan satu perkhabaran gembira bagi rakyat Malaysia.
Bagi golongan mahasiswa pula menerima kad debit bernilai RM250 bagi menggantikan baucer buku. Walaupun gaji tak naik bagi semua penjawat awam, tetap dapat RM500 dan akan diagihkan pada awal bulan Januari 2017. 

Nasiblah kadar Gst tak naik. Kalau tidak banyaklah harga barang akan naik. Adakah pembentangan bajet semalam memuaskan hati anda?

Friday, 21 October 2016

Giveaway: Novel Giveaway by Arrien Amani

Assalamualaikum :)
Arrien Amani kembali lagi dengan Giveaway terbaru! novel giveaway. Mencari hanya 3 orang pemenang bertuah, Pemenang top referrel akan mendapat 2 buah novel, manakala 2 orang pemenan lagi akan dipilih random dan akan mendapat 1 novel seorang, Semua pemenang boleh memilih novel kesukaannya. Jom ramai-ramai memeriahkan giveaway ini ^^ Click banner to JOIN ^_-

Makan Harta Anak Yatim

Assalamualaikum. Kecoh apabila dikatakan seorang bapa saudara dikatakan menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan diri sendiri. Menurutnya wang hasil derma orang ramai kepada anak saudaranya iaitu anak kepada mangsa kemalangan Duke pada tahun lepas adalah hakknya selepas wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaunnya dan telah bertanyakan hal ini kepada mufti. Namun mufti menafikannya. Sejauh mana dakwaan ini biarlah pihak polis membuat siasatan. Jika benar terbukti dia bersalah, dia akan menerima balasannya. Jika terbukti tidak bersalah hentikan melemparkan tuduhan ini. Jika benar dia bersalah, biarlah Allah sahaja yang membalasnya. Siapalah kita untuk membuat hukuman. Apabila kita telah diberikan amanah, kita seharusnya jujur, dan telus melaksanakan tanggungjawab itu. Jika tidak, kita telah gagal menggalas amanah yang telah diberikan. Jangan hanya janji tinggal janji.


Thursday, 20 October 2016

Tak Dapat Diskaun daripada Kad Siswa

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Bila baca tajuk di atas mesti korang akan tertanya-tanya kinah ni belajar lagi ke? Eh takk la. Kinah dah habis belajar dah. Kinah sebenarnya dah lama nak up entri ni tapi takutla kinah sorang je alami perkara ni. Bila terbaca akhbar Berita Harian pada 19 Oktober lepas barulah kinah tahu rupanya ramai lagi yang kena. Kad diskaun ni diberikan kepada mahasiswa sebagai kemudahan untuk mereka bagi memenuhi keperluan hidup. Tapi entah macam mana matlamat program ni tak mencapai matlamat utamanya. Kinah dulu pernah gunakannya di sebuah pasar raya terkemuka di Malaysia ni. Apa yang juruwang katakan pada kinah ialah pakai kad ni tak dapat diskaun pun sebenarnya. Terkesima sekejap. Abistu yang perabih duit nak keluarkan kad ni dan edarkan tu apa bendanya. Padahal pasar raya tersebut turut tersenarai sebagai syarikat dagangan. Sejak daripada tu kinah malas dah nak guna kad ni. Harap lawa je tapi tak boleh guna. Buat sakit hati je. Kad siswa kinah ni pun dah tamat tempoh dah. Saja simpan nak buat kenangan tunjuk anak cucu nanti.

Kad diskaun siswa ni kinah blurkan butiran peribadi supaya tidak ada berlakunya salahguna nanti. Pada mahasiswa di luar sana tu nampaknya perlu mencari jalan bagaimana nak survive sepanjang berada di universiti. Masih banyak lagi program anjuran universiti yang dapat membantu para mahasiswa untuk menjalankan perniagaan terutamanya. Rebutlah peluang yang ada. Bukan kesenangan pada orang lain tapi untuk anda juga. Selamat maju jaya.

Tuesday, 18 October 2016

Senarai Peserta

Assalamualaikum. Tak sangka ramai juga yang join segmen kinah ni. Terima kasih ye. Oh ye di bawah adalah senarai mereka yang join segmen. Jadi korang bolehla blogwalking lepasni.

  1. http://www.mialiana.com/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  2. http://www.leaazleeya.com/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  3. https://farhanajafri.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  4. http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  5. http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  6. http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  7. http://ceritasiennor.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  8. http://www.aimisyahirah.com/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  9. http://meinnameisthazrina.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  10. http://galeriduniaku.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  11. http://tujuhpetak.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  12. https://hyheejabs.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  13. http://jombercontest.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  14. http://msvelentine.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  15. http://sweetsourleyra.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  16. http://suga-suga-n.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  17. http://miraleecious.blogspot.com/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  18. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html
  19. http://pwincessabell.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html

Monday, 17 October 2016

Cbox Semak Dengan Link Iklan

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Mengeluh panjang kinah hari ni. Kinah sebenarnya nak membalas kunjungan yang singgah di Cbox kinah ni. Tapi bila ditekan link rupanya link iklan. Tolonglah Cbox tu digunakan untuk kinah menjejak balik mereka yang pernah singgah ke sini. Guna nama lain-lain tapi sebenarnya link iklan orang yang sama. Lama dah kinah perhati benda ni. Kalau betul nak orang klik iklan gunakanlah dengan cara yang betul, banyak lagi kaedah lain. Bukan spam macam ni. Awak buat macamni ingat orang suka ke. Mati-mati la kinah ingat nama sekian yang jengah. Lepasni sekali lagi kinah tengok ada sampah sarap menyemak dekat Cbox tu siapla. Nak orang klik iklan dengan ikhlas bagi link dengan cara yang betul. Bukan dengan MENIPU. Kinah pun ada jugak join share iklan ni pun tak berani nak buat macamni.





Sunday, 16 October 2016

Giveaway Salam Perkenalan By Mashitah Mamat


Assalamualaikum. Kinah join giveaway salam perkenalan daripada sis kita sis Mashitah. Berlangsung sehingga 15November 2016.

Hadiahnya sangat menarik iaitu


Bestkan. Jadi jangan lepaskan peluang.

♥♥ SEGMEN : BLOGLIST NOVEMBER by CIK NUR ♥♥


Assalamualaikum semua. Kali ni kinah nak join segmen bloglist November by Cik Nur. Tarikhnya berlangsung dari 15-31 Oktober 2016. Mana tau kali ni rezeki kinah masuk dalam senarai bloglist. Pada sesiapa nak join tekan banner tu ye.

Bila Baju Tak Berlipat

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? Cerita kali ni pasai bila baju tak berlipat semakin meninggi dalam bakul. Pemalas betul kan. Haaa bukanlah pemalas sebenarnya cuma kurang rajin. Kadang-kadang masa untuk melipat baju ni digunakan untuk aktiviti lain. Cubalah tanya mana-mana ibu, sempat ke tidak nak lipat semua baju- baju ni terutama bagi ibu-ibu yang berkerjaya. Memang tak akan sempat. Ada masa pun pada hujung minggu. Itupun belum tentu berlipat haha.
 
Baru-baru ni kan Marzaqah Thahirah demam, bila demam asyik nak mengempek je. Jadi semua aktiviti seharian tergendala terutama membasuh baju dan lipat baju. Aduhh basuh baju ok lagi, masukkan kain dalam mesin dan tunggu. Bila dah kering dan nak lipat tu bercinta sikit. Walau macam mana sekalipun kena gagahkan diri juga untuk melipat. Tak melipat susah pula bila dah tak ada baju nak pakai hihi. 

Ada juga yang ingin membantu. Tapi kita melarangnya. Biasalah kalau orang laki buat kerja main tangkap muat je. Nanti kain si anak pergi tempat ibu, kain si ayah pergi tempat anak. Daripada nanti buat dua kali kerja baik tak payah.  Huhu. Mohon jangan terasa ye hihi.

Bila bakul baju kosong. Waa heaven betul rasanya walaupun sekejap je kosong tu hihi. 

Kalau korang macam mana pulak. Rajin ke tidak melipat baju? Atau biarkan dulu samapi tinggi gunung. Cuba kongsikan sikit. 
© Love Is Simple
Maira Gall