Friday, 30 September 2016

OCTOBER BLOGLIST SEGMENT BY FATINA MDFZR

Assalamualaikum everyone. Have a nice day. Today i want to joined another segment from Fatina Mdfzr. 

Let's join and support other blogger
 Tag You and You

Psss: speaking english mak jemah harini ha. Broken grammar but its okay at least i am trying.

Thursday, 29 September 2016

Kasut Pertamaku


Assalamualaikum semua. Kali ni kinah nak story sikit pasai kasut. Ni kasut kinah ke??? Ehh bukanla kasut kinah ni. Ni kasut anak dara kinah Marzaqah Thahirah. Suka die dengan kasut ni. Siap ada bunyi beep beep lagi. Lagipun dah tak lama dah dia nak sambut ulangtahun kelahirannya yang pertama. Alhamdulillah dah besor anak ibu ni ha.

Tak tahu la kenapa mostly baju seluarnya kebanyakannya warna pink hihi. Obses betul ibunya dengan warna pink sampai ayahnya kata dah takde warna lain ke ibu haha. Kinah tak kisah pun apa yang penting




Wednesday, 28 September 2016

Daging Masak Merah

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Kali ni kinah nak share satu resepi iaitu daging masak merah. Selalu daging buat kari, masak kicap, goreng kunyit je. Kali ni ubah selera sikit. Resepi ni kinah dapat daripada facebook. Kinah olah sikit je. Nah kinah kasi gambar sikit.



Takdela merah sangat. Kinah bubuh pewarna sikit je.

Bahan-bahan

Daging (ikutla nak masak banyak mana)
3 ulas bawang putih-ditumbuk
1 biji bawang besar-dipotong baji
1 tangkai cili merah-dipotong serong
Cili api (nak pedas lagi tambah cili api)
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Pewarna merah (kinah guna sirap je)
Daun sup-dihiris 

Cara-cara

Kinah rebus daging tu sehingga empuk setelah itu hiriskan daging.
Setelah semua bahan siap dipotong, dihiris panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga warna kekuningan.
Setelah itu masukkan cili kisar sehingga pecah minyak.
Setelah cili kisar pecah minyak, masukkan cili sos dan sos tiram kemudian perasakan gula dan garam. Kacau sehingga rata
Kemudian masukkan daging yang telah dihiris, bawang besar, cili merah dan cili api dan pewarna. Kacau sehingga rata.
Setelah semua bahan dah sebati masukkan daun sup yang dihiris. Kacau sebentar dan siap. Mmm sedap dimakan bersama nasi panas. 


Tuesday, 27 September 2016

Nasi Lemak Tanglin

Assalamualaikum. Semalam kami sekeluarga berkesempatan untuk bersarapan di satu tempat yang boleh dikatakan agak popular kat Kuala Lumpur ni iaitu Nasi Lemak Tanglin. Bila kinah sampai kat sini woowww siap ada keroncong lagi tau. Anak dara kinah siap jadi penonton cilik lagi. 

Nasi lemak Tanglin ni dah lama wujud sejak tahun 1948 lagi. Ha lama tu merdeka pun belum lagi.  Banyak lauk yang boleh dipilih seperti ayam goreng, sambal sotong, sambal ikan dan sebagainya. Servisnya pun sangat cepat. Bila dah makan tu tak toleh kiri kanan dah. Harganya turut dipaparkan.

Aii sedapnya. Kinah pilih sambal sotong dan sambal original. Memang sedap sambil layan irama keroncong, irama Malaysia, dan Irama 60 an. Ha menarikkan. Nanti mana yang ada berkesempatan tu bolehla bawak keluarga datang ke sini. 


Di  sini kinah sertakan pelan yang kinah google bagi memudahkan operasi pencarian anda. Lokasinya berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan betul-betul berhadapan dengan Klinik Kesihatan Tanglin. Pada waktu pagi memang agak ramai. Kinah sampai semalam pun dah nak pukul 11.00 pagi masih ada lagi beroperasi. Siapa yang teringin tu bolehla datang cuba kat sini. Selain nasi lemak ada lagi gerai lain seperti Ikan Bakar. Nanti pasai tu kinah cerita pada masa lain ye.


Monday, 26 September 2016

Quote of the day


Sunday, 25 September 2016

Krim Herbal Tropika


Assalamualaikum semua. Kali ni kinah nak bercerita mengenai satu produk khusus untuk bayi. Entri yang kinah buat ni tak berbayar pun, kinah cuma nak kongsi khasiat produk ni. Kinah mula kenal dengan produk ni di Facebook pada masa tu Marzaqah Thahirah selsema. Kesian dia meleleh hidungnya. Walaupun dah guna petua orang lama masih juga tak sembuh. Pada suatu hari masa tengah layari Facebook kinah terjumpa produk ni di news feed. Baca testimoni semuanya berkesan. Kinah pun cubalah.

Alhamdulillah tak sampai seminggu selsema Marzaqah Thahirah pun kering. Ternyata berkesan krim herbal ni. Selain untuk selsema kinah juga guna sebagai minyak telon. Krim ni tak panas sesuai untuk bayi kita, orang dewasa pun boleh guna. Kiranya serbaguna jugala. Marzaqah Thahirah pun dah lama tak kena selsema. Seperti tertera di gambar, antara kandungan krim herba tropika ini ialah minyak kelapa dara, halia, dan minyak kayu putih. 


Jika berminat untuk dapatkannya anda bolehlah berkunjung di toko-toko jamu berhampiran. Tak rugi kita membeli jika digunakan untuk kebaikan. 

Hormati Kejiranan Anda

Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu kepada semua. Bila hujung minggu mesti ada majlis perkahwinan. Kinah pun ada terima jemputan perkhawinan di kawasan perumahan kami pada hari ini. Nak dijadikan cerita, malam tadi adalah malam berinai. Memang meriahla siap ada karaoke. Tapi yang tak sedapnya pulak mereka buat pada waktu malam. Mula dalam pukul 8.00 malam bolehla terima lagi. Tapi mereka mula dah nak pukul 10 malam. Agak-agakla kan. Tak hormat orang sekeliling langsung. Karaoke kuat-kuat dah malam-malam, malam la masa orang nak berehat, budak nak tidur. Bila ditegur boleh dikatanya bawak anak jauh sikit. Nak jauh mana lagi kami nak bawa. Dah malam. Memang orang yang buat macamni langsung tak fikir orang lain. Awak nak buat karaoke boleh je tapi biarlah kena pada tempat dan masa. Tu ha dewan komuniti dekat je tu nape la tak buat kat situ takda siapa nak marah. Elok-elok orang nak mendoakan kebahagiaan lain pulak nanti orang doa. Geram betul. Majlis berinai dan karaoke tu tamat pada pulul 11.30 malam. Mungkin ada campur tangan daripada pihak polis la tu sebab tib a-tiba senyap je. 


Saturday, 24 September 2016

FIRST GIVEAWAY BY GOMOSHOP96


Assalamualaikum. Kinah join giveaway ni.
Tamat pada 25 September 2016. Masih sempat lagi pada yang nak join.

Syaratnya mudah sahaja
TERMS AND CONDITION FOR BLOGGER

1)FOLLOW FINDING THE FREEDOM BLOG
2)COPY BANNER AND TERMS & CONDITION FOR THIS GIVEAWAY AND POST ON BLOG.DON'T FORGET TO BACKLINK THE ENTRY TO THIS BLOG.
3)LEAVE YOUR ENTRY LINK TO THIS ENTRY.
4)PLEASE STATE YOUR FOLLOWER NUMBER.(nyatakan anda follwer yang ke berapa)

Khasiat Air Lemuju

Assalamualaikum semua. Pernah dengar air lemuju? Kinah tau air lemuju ni daripada suami dan ibu mertua. Pada mulanya ragu-ragu juga nak minum. Takut ada apa-apa berlaku. Bila dah minum hmm ok je. Air lemuju ni boleh dianggap sebagai air tonik untuk badan ianya bagus bagi perut kembung, sembelit, pedih hulu hati, sakit-sakit sendi dan sebagainya. Air lemuju ni nak minum kena ada sukatannya. Lebih kurang macam makan ubat juga. Jangan main teguk je kononnya nak cepat buang angin kang penyakit lain jadinya. Kat rumah memang ada sebotol , bila mula rasa sakit-sakit badan baru amalkan. 

Macamnilah rupanya botol air lemuju tu. Macam botol kicap je. Diingatkan jauhkan daripada kanak-kanak. Bukan apa takut jadi apa-apa susah pulak. Selain itu wanita mengandung juga janganlah minum bimbang akan membahayakan kandungan.

Tak tahu mana nak dapatkannya. Biasanya kedai India ada jual harganya tak lebih daripada RM5.00. Kinah baru je minum tadi sebab rasa lenguh-lenguh dikaki kesan jatuh aritu. Alhamdulillah lega. Air lemuju kami pun dah habis nampaknya kena beli cepat.



Friday, 23 September 2016

Jalan-jalan Cari Makan

Assalamualaikum semua kali ni kinah nak bercerita sikit mengenai minuman dan makanan yang pernah menjadi viral satu ketika dulu. Masa tu kinah tak berkesempatan nak dapatkannya. Semalam lepas beli barang keperluan dapur dan rumah kami sekeluarga singgah di pasar malam di pekan Slim River. Huhu jauh berjalan pergi pasar malam padahal kat rumah ni pun ada pasar malam juga hihi. Habis kami pusing pasar malam kat pekan tu. Hasilnya......

Taraaaaaaa puding cikedut dan pau cendawan. Dah lama kinah nak try tapi tula pasar malam kat rumah ni tak ada orang pun yang jual ni.

Ni gambar daripada google. Kinah tak sempat nak snap gambar sebab dahaga sangat hihi. Memang sedap. Harganya RM5.00 sahaja. 

Kenalkan ni makanan apa? Siapa tau? Haaaa ini la pau cendawan yang viral masa bulan ramadhan dulu. Sampai berbaris orang nak dapatkannya. Kinah cari juga orang jual pau cendawan kat sini last kinah jumpa di pasar malam pekan Slim River. Tak payah nak beli jauh-jauh sampai ke Danau Kota dan Putrajaya. Harganya RM4.00 sahaja. Berbaloilah makan. 

Pada sesiapa yang nak dapatkan pau cendawan dan puding cikedut ni bolehlah dapatkan di pasar malam Slim River. Macam-macam ada dijual kat sana walaupun pekannya kecil tapi seribu satu keperluan ada di situ. 

Thursday, 22 September 2016

Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju



Assalamualaikum semua. Buntu? Tak tahu macam mana cara nak hilangkan kesan kuning pada baju akibat pemakaian deodaran. Bau badan tak ada tapi kesan kuning tu menghilangkan keyakinan kita untuk berhadapan dengan orang. Kinah pun mengalami masalah yang sama baju ada kesan kuning terutama pada baju yang berwarna putih. Kinah google dan akhirnya terjumpa daripada portal mingguan wanita. Kinah kongsikan pada semua ye.


1. Alkohol

Sapu sedikit alkohol di bahagian yang kotor. Jika kesan kotoran degil, anda boleh sapukan dulu dan rendamkan kain tersebut sementara waktu dan bilas.

2. Cuka  

Campurkan cuka dan air suam dalam jumlah yang sama dan sapu di baju yang kotor. Rendam kain dalam larutan selama beberapa jam. Bilas dengan air sejuk dan lihat kotoran pasti pudar.

3. Pantyhose (sarung kaki yang nipis)

Cara ini sangat membantu menghilangkan kesan kuning deodorant di baju. Hanya gosok perlahan-lahan dan kotoran akan hilang. Geseran sarung kaki dengan kain baju membantu untuk menyingkirkan kotoran lebih cepat. Ok, lepas ni anda boleh cari stokin yang jenis nipis tu, ya!

4. Baking soda dan air

Untuk menghilangkan noda dan kuning ketiak di baju anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bilas. 

5. Aspirin

Petua ini hanya boleh digunakan untuk baju warna putih sahaja. Larutkan dua tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotor dan rendam selama 2 jam. Kemudian cuci dengan air biasa diikuti dengan sabun basuh.

6. Limau Nipis

Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodorant dan biarka beberapa minit, kemudian letak sabun basuh. Cuci seperti biasa.

Ha lepasni ibu-ibu kat luar sana bolehlah cuba petua daripada mingguan wanita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


Wednesday, 21 September 2016

Beauty Box Giveaway by SallySamsaiman

Assalamualaikum semua. Kali ni kinah nak join giveaway daripada cik sally kite ni ha. Kinah dah lama dah follow blog cik sally kira-kira dalam 2 tahun jugak la. Nak join giveaway ni simple je follow blog sally like fan page sally di facebook. Twitter ke instagram kinah tak pakai. Selain syaratnya follow tadi kita kena ceritakan sedikit mengenai produk yang kita pakai. Ala simple je. 


Nak join tekan banner ni


Ok untuk menepati syarat kinah kena cerita serba sedikit mengenai produk yang kinah pakai. Kinah pakai produk safi balqis ni sejak dari zaman universiti lagi. Dah bermacam-macam produk yang kinah pakai akhirnya produk safi juga yang sesuai dengan kinah. Pakai safi ni memang best dapat membantu memutihkan wajah seawal 2 minggu je secara konsisten. Memang dah tak guna produk lain dah. Safi tetap di hati.


Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : sendiri
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : berminyak, lingkaran gelap bawah mata dan liang pori terbuka
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya ingin mengembalikan keanjalan pada muka saya disebabkan faktor usia yang semakin meningkat dan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai
Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Sarapan Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? Kinah sekarang ni selalu update waktu malam sebab siang kinah menguruskan rumahtangga. Ok kita tak mau mukadimah yang panjang kita terus pada topik kali ni iaitu sarapan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Dah fikir esok pagi nak bersarapan apa? Selalunya kaum ibu-ibu dah mula merancang menu untuk keesokan hari daripada sarapan hinggalah untuk makan malam. Selalunya dalam senarai adalah seperti berikut.

 Nasi lemak adalah merupakan pilihan utama bagi rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu, Cina,India semua akan memilih makan ini. Selain daripada telur rebus, sambal ikan bilis, kacang dan timun anda juga boleh menambah lauk lain seperti ayam goreng ada juga yang tak mahu sambal ikan bilis tapi nak sambal sotong. Aiii macam-macam pilihan boleh dibuat. Kena pulak dengan kopi o memang kena sangat la. Tapi janganlah hari-hari makan nasi lemak nanti bertambah lemak dalam badan tu hehe

 Ni pulak namanya roti canai. Ni pun salah satu kegemaran kinah juga. Kalau boleh hari-hari nak makan haha. Opps terlebih sudah. Roti canai ni berasal daripada negara India dan diolah sehinggalah jadi seperti sekarang. Roti canai ni kita boleh makan dengan pelbagai jenis kuah seperti kuah dhal, kari tak kirala ayam, ikan, daging, kambing sambal ke semua boleh masuk. Emm sedapnya. Sekarang ni nak makan roti canai tak payah nak pergi kedai mamak dah kedai melayu pun ada jual. Orang Cina pun pandai tebar roti canai tau sekarang.

Tuesday, 20 September 2016

Giveaway dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari


Assalamualaikum semua. Kali ni entry kinah mengenai giveaway yang di anjurkan oleh sis Jepun Mari. Tujuan kinah join giveaway ni salah satu sebabnya kinah nak tambah lagi kawan-kawan blog dan boleh tukar pandangan serta pendapat. Sesiapa nak join giveaway ni bolehla terjah dan tekan banner yang kinah tampal tu ye.

Psst: join simple giveway je sebab sekarang ni kinah update pakai henpon. Laptop sekarang dah tingtong tahap gaban.

Sabun Top Pilihan Hati

Assalamualaikum semua. Kali ni kinah nak bercerita mengenai sabun pencuci pula. Setelah berbagai jenama kinah cuba sabun top berwarna pink la yang paling terbaik kinah pernah guna. Korang pula pakai sabun apa? Baunya yang fresh setelah pakaian dicuci membuatkan kinah tak pandang dah jenama lain. Baunya kekal walaupun dah kering. Bila dah kering cuba gosokkan sikit baju tu mesti bau dia waaaa macam feeling dekat taman bunga tak payah dah nak tambah pelembut dah. Selain menanggalkan kotoran yang degil sabun top juga dapat menanggalkan debu hama yang melekat di fabrik kita. Debu hama ni la yang membuatkan kita selsema, alahan, gatal dan sebagainya. Kalau nak jemur baju dalam rumah pun tak risau dah bau hapak memang langsung tak ada. Sabun top ni kinah pakai satu satu dua sudu ke pun dah cukup dah. Sabun top memang berbaloi. Tak percaya cuba la korang pasti kagum. 

Gambar ni kinah pinjam dari Google. 


Sedapnya Biskut Lutut

Assalamualaikum semua. Pernah dengar biskut lutut? Sekarang ni nak dapatkan biskut lutut cukup punya payah sebab hanya kedai yang tertentu sahaja yang jual terutamanya kedai india je. Biskut ni kalau dicicah dengan milo atau kopi pergh memang tak tengok kiri kanan dah hehe lagi best bila time hujan. Kalau ditanya orang lama memang diorang tau biskut lutut ni. Orang sekarang tak berapa tau pasai biskut ni. Siapa suka makan biskut ni? Kita geng hihi


Sunday, 18 September 2016

Mee Racun 3G


Assalamualaikum semua, sebenarnya tak tahu apa nak dituliskan di blog kesayangan ni. Bila tanya pendapat suami apa yang nak dikarangkan, beliau cadangkan supaya kinah ceritakan makanan yang kami makan ketika berada di Johor. Pada mulanya apabila sampai di Batu Pahat perut dah mula berkeroncong minta diisi. Banyak kedai makan kat Batu Pahat tu, tapi bila kita dah datang dari jauh takkanla nak makan kat kedai mamak pulak kan. Semestinya nak mencuba makanan yang famous kat situ. Kinah pun pergila tanya en google, tiba-tiba terjumpa satu makanan ni iaitu Mee Racun 3G. Menurut portal tersebut jika dah sampai Batu Pahat memang tak sah kalau tak cuba Mee Racun ni. Kinah pun tak pernah cuba. Apa lagi buka waze dan terjah. Kedai ni terletak betul-betul di tepi jalan raya. Excited nak mencuba mee racun makin membuak-buak. Servis pun cepat.  Kami nak mencuba apa yang istimewa sangat mee racun ni


Terliur kan. Gambar ni kinah pinjam dari google. Lebih kurang macam ni la rupayanya mee racun tu. Kinah tak sempat nak snap gambar sebab bateri dah habis huhu. Rasanya masam manis lebih kurang macam tu la rasanya kinah tak tau macam mana nak gambarkan. Siap ada straw lagi nak sedut gearbox tu. Agaknya racun tu kat gearbox tu kot hihi. Harganya pun berpatutan. Kalau nak tau macam mana rasanya mee racun ni bila sampai je Batu Pahat sila onn waze anda. Sekarang ni orang pakai waze je senang. 

Saturday, 17 September 2016

Percutian Ke Johor Bharu

Assalamualaikum semua. Awal bulan aritu kami sekeluarga ke Pontian Kecil di Johor Bharu bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu suami. Kalau orang lain mungkin akan melalui jalan highway tapi kami tak. Kami suka ikut jalan lama. Sebabnya jimat duit tol dan satu lagi kita boleh tengok tempat orang. Kalau ikut highway jalannya lurus saja bosan dan cepat mengantuk. Siapa rasa macam tu? Perjalanan kami pada petang itu diselangi dengan hujan. Boleh dikatakan semua tempat hujan pada masa tu. Setibanya kami di Negeri Sembilan ada satu kawasan lupa la apa nama tempat tu jalan sesak. Pada masa tu dah malam mungkin ada kemalangan berlaku dihadapan bila semakin hampir rupanya banyak pokok tumbang kesan daripada ribut. Kami mengambil keputusan untuk berhenti di Rembau dan menginap di Hotel Rembau. Memang puas hati dengan hotel ni. Ruangnya luas siap ada beranda lagi dan paling seronok si kecik dapat tengok Zoo moo. Murah kelengkapan semua cukup. Keesokan harinya kami sebelum bergerak ke Johor kami singgah dulu melawat Tauke Karipap Klasik Rembau. Siapa duduk Rembau mesti kenal. Taukenya adalah ibu saudara suami. Selepas singgah kami meneruskan perjalanan ke Johor dengan melalui Melaka. Kan dah kata bila lalu jlan lama banyak tempat kita boleh lawati. Di Melaka kami pusing satu Melaka hihi. Sampai di Pontian Kecil dah malam dah. Kami menginap di The Oikos Hotel. Penyambut tetamu memang friendly. Masuk hotelnya waaa cantik tepi laut pulak tu. Sayangnya dapat bilik takde tingkap tengok dinding je la. Design bilik banyak menggunakan kayu pallet. Dah kena dah tu namun mesti ada tapi huhu. Tinggi sangat katilnya. Bahaya untuk budak kecil. Berhabuk pulak tu bawah katil. Harga macam hotel 4 bintang tapi facilities nya aduhai. Harga mahal mesti ada breakfast tapi tak disediakan. Biarlah kata suami ini kalilah kita tido sini. Kemudian kami bergerak ke rumah pengantin di Kg Ara Pasong bukan tak nak tido rumah pengantin kita ada anak kecik jadi susah sikit nak handle. Lepas habis kenduri kami gerak balik. Tapi kami singgah ke Melaka. Suami dari dulu lagi bercadang nak bawak tidur di Pengkalan Balak. Akhirnya tercapai juga hajatnya. Kami sewa chalet si Sri Tanjung. Banyak restoran seafood kat sini. Menurut suami masa dia askar dulu selalu juga dia dan kawannya pergi memancing di sini. Saja bawak Marzaqah Thahirah nak dia rasa pasir macam mana hihi. Kebetulan pada masa kami sarapan di tepi pantai ada sesi pengambaran untuk stesen TV3 katanya. Jumpala pengarah yang semakin meningkat naik pada masa kini. Agak-agaknya siapa ye? Masih ingat lagi slot Akasia Seindah Takdir Cinta? Pengarahnya siapa? Dapat agakkan. Siapa lagi kalo bukan Zulhuzaimy Marzuki. Lepas dah puas main pasir dan berendam kami pun berangkat pulang sebelum tu kami singgah je mana-mana pantai sepanjang perjalanan kami. Sampai rumah pun dah malam.

 Masa ni tunggu ayahnya beli pisang goreng

Lupa dah apa nama tempat ni. Tapi anginnya memang best

Dato Dr Haji Haron Din Meninggal Dunia

Assalamualaikum semua. Rata-rata semua dah tau akan pemergian tokoh ulama yang disegani ramai iaitu Dato Dr Harun Din ke Rahmatullah pada hari Jumaat kelmarin. Hilang seorang lagi tokoh ulama terkenal di Malaysia ni. Begitu banyak jasa arwah kepada negara ini. Seperti yang diminta oleh arwah, beliau akan dikebumikan di bumi San Francisso. Semoga rohnya ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. Aamiin.

Friday, 16 September 2016

Bobita Baby Carrier


Assalamualaikum semua. Pernah dengar jenama Bobita. Apa Bobita tu? Bobita tu sebenarnya adalah satu jenama baby carrier di Malaysia ni. Dulu pun kinah tak tahu sangat mengenai baby carrier ni. First kenal jenama ni bila page Bobita lalu di news feed facebook. Pergilah tengok page tu dan secara kebetulan founder tengah buka contest. Apa lagi join je la dah syarat yang sangat simple just like page dan share seberapa banyak yang mungkin. Pulun punya pulun sampai kena block dengan facebook. Tapi tula dah rezeki alhamdulillah dapatla baby carrier jenama bobita. Di datangkan dengan pelbagai warna seperti biru, merah, hitam dan kuning. Selain itu terdapat aksesori seperti panel cover dengan corak yang menarik. Bobita ni bagus tau tak macam jenama yang lain. Sebabnya rekaan yang lebih ergonomik akan memberi keselesaan kepada baby kita. Pada mulanya Marzaqah Thahirah tak mau mungkin tak biasa lagi. Bila dah selalu pakai dia suka stroller pun tak nak dah. Pendek kata memang terbaiklah. Berminat tak? Kalau berminat boleh terjah ke page Bobita Baby Carrier Malaysia founder namanya kak Atiqah Abu Bakar. Apa yang korang tak faham dan nak tahu lebih lanjut bolehla ke page tersebut. 


Ha tengok muka budak tu macam selesa je kan. Kena ingat nak pakai baby carrier ni baby mestilah lebih dari 4 bulan. Bawah 4 bulan tu boleh mencuba baby wrap. Orang mesti akan kata yang gendong anak ni cuma orang indon, orang vietnam. Tapi tula kebaikan yang diorang tak tau bila kita gendong macan ni anak kita lebih selamat terutama bila pergi tempat yang ramai orang. Badan pun tak sakit. Budak makin lama makin berat larat ke nak dukung je. Bobita ni bukan baby je boleh pakai tau toddler pun boleh pakai. Jadi berbaloilah beli ni. Tak pening dah nak beli yang saiz toddler pulak. Rasanya sampai sini je la. Berminat terus je ke page Bobita Baby Carrier Malaysia tu ye.

Thursday, 15 September 2016

Belajar menggunakan Flash Card

Assalamualaikum semua. Nampaknya setahun sekali je kinah update blog ni. Teruk sungguh ye. Biarlah ini blog saya suka hatila bila mau update ye dak. Huhu. Pejam celik dah 11 bulan dah si kecik ni. Seronok tengok dia membesar di depan mata kita selain itu kita dapat melihat perkembangannya.

Sekarang ni si kecik yang bernama Marzaqah Thahirah ni dah mula belajar nak berdiri bila dia dapat berdiri mulalah tepuk tangan sambil tersengih dengan gigi enam batang die tu menunjukkan tanda kejayaan dia. Suka ye kau nak. Rasanya dah boleh mula ajar menggunakan kad imbasan atau dalam bahasa omputihnya flash card. Berminat die dengan benda tu yela dah berwarna warni suka la die. Tapi flash card ni tunjuk pada die sekejap je dah nama pun kad imbas. Selain tunjuk kad imbas tu kita kena sebut perkataan dengan jelas. Walaupun die masih belum mengerti lagi at least kita dah bagi pendedahan padanya.


© Love Is Simple
Maira Gall