Saturday, 24 September 2016

FIRST GIVEAWAY BY GOMOSHOP96


Assalamualaikum. Kinah join giveaway ni.
Tamat pada 25 September 2016. Masih sempat lagi pada yang nak join.

Syaratnya mudah sahaja
TERMS AND CONDITION FOR BLOGGER

1)FOLLOW FINDING THE FREEDOM BLOG
2)COPY BANNER AND TERMS & CONDITION FOR THIS GIVEAWAY AND POST ON BLOG.DON'T FORGET TO BACKLINK THE ENTRY TO THIS BLOG.
3)LEAVE YOUR ENTRY LINK TO THIS ENTRY.
4)PLEASE STATE YOUR FOLLOWER NUMBER.(nyatakan anda follwer yang ke berapa)

Khasiat Air Lemuju

Assalamualaikum semua. Pernah dengar air lemuju? Kinah tau air lemuju ni daripada suami dan ibu mertua. Pada mulanya ragu-ragu juga nak minum. Takut ada apa-apa berlaku. Bila dah minum hmm ok je. Air lemuju ni boleh dianggap sebagai air tonik untuk badan ianya bagus bagi perut kembung, sembelit, pedih hulu hati, sakit-sakit sendi dan sebagainya. Air lemuju ni nak minum kena ada sukatannya. Lebih kurang macam makan ubat juga. Jangan main teguk je kononnya nak cepat buang angin kang penyakit lain jadinya. Kat rumah memang ada sebotol , bila mula rasa sakit-sakit badan baru amalkan. 

Macamnilah rupanya botol air lemuju tu. Macam botol kicap je. Diingatkan jauhkan daripada kanak-kanak. Bukan apa takut jadi apa-apa susah pulak. Selain itu wanita mengandung juga janganlah minum bimbang akan membahayakan kandungan.

Tak tahu mana nak dapatkannya. Biasanya kedai India ada jual harganya tak lebih daripada RM5.00. Kinah baru je minum tadi sebab rasa lenguh-lenguh dikaki kesan jatuh aritu. Alhamdulillah lega. Air lemuju kami pun dah habis nampaknya kena beli cepat.



Friday, 23 September 2016

Jalan-jalan Cari Makan

Assalamualaikum semua kali ni kinah nak bercerita sikit mengenai minuman dan makanan yang pernah menjadi viral satu ketika dulu. Masa tu kinah tak berkesempatan nak dapatkannya. Semalam lepas beli barang keperluan dapur dan rumah kami sekeluarga singgah di pasar malam di pekan Slim River. Huhu jauh berjalan pergi pasar malam padahal kat rumah ni pun ada pasar malam juga hihi. Habis kami pusing pasar malam kat pekan tu. Hasilnya......

Taraaaaaaa puding cikedut dan pau cendawan. Dah lama kinah nak try tapi tula pasar malam kat rumah ni tak ada orang pun yang jual ni.

Ni gambar daripada google. Kinah tak sempat nak snap gambar sebab dahaga sangat hihi. Memang sedap. Harganya RM5.00 sahaja. 

Kenalkan ni makanan apa? Siapa tau? Haaaa ini la pau cendawan yang viral masa bulan ramadhan dulu. Sampai berbaris orang nak dapatkannya. Kinah cari juga orang jual pau cendawan kat sini last kinah jumpa di pasar malam pekan Slim River. Tak payah nak beli jauh-jauh sampai ke Danau Kota dan Putrajaya. Harganya RM4.00 sahaja. Berbaloilah makan. 

Pada sesiapa yang nak dapatkan pau cendawan dan puding cikedut ni bolehlah dapatkan di pasar malam Slim River. Macam-macam ada dijual kat sana walaupun pekannya kecil tapi seribu satu keperluan ada di situ. 

Thursday, 22 September 2016

Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju



Assalamualaikum semua. Buntu? Tak tahu macam mana cara nak hilangkan kesan kuning pada baju akibat pemakaian deodaran. Bau badan tak ada tapi kesan kuning tu menghilangkan keyakinan kita untuk berhadapan dengan orang. Kinah pun mengalami masalah yang sama baju ada kesan kuning terutama pada baju yang berwarna putih. Kinah google dan akhirnya terjumpa daripada portal mingguan wanita. Kinah kongsikan pada semua ye.


1. Alkohol

Sapu sedikit alkohol di bahagian yang kotor. Jika kesan kotoran degil, anda boleh sapukan dulu dan rendamkan kain tersebut sementara waktu dan bilas.

2. Cuka  

Campurkan cuka dan air suam dalam jumlah yang sama dan sapu di baju yang kotor. Rendam kain dalam larutan selama beberapa jam. Bilas dengan air sejuk dan lihat kotoran pasti pudar.

3. Pantyhose (sarung kaki yang nipis)

Cara ini sangat membantu menghilangkan kesan kuning deodorant di baju. Hanya gosok perlahan-lahan dan kotoran akan hilang. Geseran sarung kaki dengan kain baju membantu untuk menyingkirkan kotoran lebih cepat. Ok, lepas ni anda boleh cari stokin yang jenis nipis tu, ya!

4. Baking soda dan air

Untuk menghilangkan noda dan kuning ketiak di baju anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bilas. 

5. Aspirin

Petua ini hanya boleh digunakan untuk baju warna putih sahaja. Larutkan dua tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotor dan rendam selama 2 jam. Kemudian cuci dengan air biasa diikuti dengan sabun basuh.

6. Limau Nipis

Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodorant dan biarka beberapa minit, kemudian letak sabun basuh. Cuci seperti biasa.

Ha lepasni ibu-ibu kat luar sana bolehlah cuba petua daripada mingguan wanita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


Wednesday, 21 September 2016

Beauty Box Giveaway by SallySamsaiman

Assalamualaikum semua. Kali ni kinah nak join giveaway daripada cik sally kite ni ha. Kinah dah lama dah follow blog cik sally kira-kira dalam 2 tahun jugak la. Nak join giveaway ni simple je follow blog sally like fan page sally di facebook. Twitter ke instagram kinah tak pakai. Selain syaratnya follow tadi kita kena ceritakan sedikit mengenai produk yang kita pakai. Ala simple je. 


Nak join tekan banner ni


Ok untuk menepati syarat kinah kena cerita serba sedikit mengenai produk yang kinah pakai. Kinah pakai produk safi balqis ni sejak dari zaman universiti lagi. Dah bermacam-macam produk yang kinah pakai akhirnya produk safi juga yang sesuai dengan kinah. Pakai safi ni memang best dapat membantu memutihkan wajah seawal 2 minggu je secara konsisten. Memang dah tak guna produk lain dah. Safi tetap di hati.


Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : sendiri
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : berminyak, lingkaran gelap bawah mata dan liang pori terbuka
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya ingin mengembalikan keanjalan pada muka saya disebabkan faktor usia yang semakin meningkat dan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai
Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Sarapan Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? Kinah sekarang ni selalu update waktu malam sebab siang kinah menguruskan rumahtangga. Ok kita tak mau mukadimah yang panjang kita terus pada topik kali ni iaitu sarapan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Dah fikir esok pagi nak bersarapan apa? Selalunya kaum ibu-ibu dah mula merancang menu untuk keesokan hari daripada sarapan hinggalah untuk makan malam. Selalunya dalam senarai adalah seperti berikut.

 Nasi lemak adalah merupakan pilihan utama bagi rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu, Cina,India semua akan memilih makan ini. Selain daripada telur rebus, sambal ikan bilis, kacang dan timun anda juga boleh menambah lauk lain seperti ayam goreng ada juga yang tak mahu sambal ikan bilis tapi nak sambal sotong. Aiii macam-macam pilihan boleh dibuat. Kena pulak dengan kopi o memang kena sangat la. Tapi janganlah hari-hari makan nasi lemak nanti bertambah lemak dalam badan tu hehe

 Ni pulak namanya roti canai. Ni pun salah satu kegemaran kinah juga. Kalau boleh hari-hari nak makan haha. Opps terlebih sudah. Roti canai ni berasal daripada negara India dan diolah sehinggalah jadi seperti sekarang. Roti canai ni kita boleh makan dengan pelbagai jenis kuah seperti kuah dhal, kari tak kirala ayam, ikan, daging, kambing sambal ke semua boleh masuk. Emm sedapnya. Sekarang ni nak makan roti canai tak payah nak pergi kedai mamak dah kedai melayu pun ada jual. Orang Cina pun pandai tebar roti canai tau sekarang.

Tuesday, 20 September 2016

Giveaway dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari


Assalamualaikum semua. Kali ni entry kinah mengenai giveaway yang di anjurkan oleh sis Jepun Mari. Tujuan kinah join giveaway ni salah satu sebabnya kinah nak tambah lagi kawan-kawan blog dan boleh tukar pandangan serta pendapat. Sesiapa nak join giveaway ni bolehla terjah dan tekan banner yang kinah tampal tu ye.

Psst: join simple giveway je sebab sekarang ni kinah update pakai henpon. Laptop sekarang dah tingtong tahap gaban.

Sabun Top Pilihan Hati

Assalamualaikum semua. Kali ni kinah nak bercerita mengenai sabun pencuci pula. Setelah berbagai jenama kinah cuba sabun top berwarna pink la yang paling terbaik kinah pernah guna. Korang pula pakai sabun apa? Baunya yang fresh setelah pakaian dicuci membuatkan kinah tak pandang dah jenama lain. Baunya kekal walaupun dah kering. Bila dah kering cuba gosokkan sikit baju tu mesti bau dia waaaa macam feeling dekat taman bunga tak payah dah nak tambah pelembut dah. Selain menanggalkan kotoran yang degil sabun top juga dapat menanggalkan debu hama yang melekat di fabrik kita. Debu hama ni la yang membuatkan kita selsema, alahan, gatal dan sebagainya. Kalau nak jemur baju dalam rumah pun tak risau dah bau hapak memang langsung tak ada. Sabun top ni kinah pakai satu satu dua sudu ke pun dah cukup dah. Sabun top memang berbaloi. Tak percaya cuba la korang pasti kagum. 

Gambar ni kinah pinjam dari Google. 


Sedapnya Biskut Lutut

Assalamualaikum semua. Pernah dengar biskut lutut? Sekarang ni nak dapatkan biskut lutut cukup punya payah sebab hanya kedai yang tertentu sahaja yang jual terutamanya kedai india je. Biskut ni kalau dicicah dengan milo atau kopi pergh memang tak tengok kiri kanan dah hehe lagi best bila time hujan. Kalau ditanya orang lama memang diorang tau biskut lutut ni. Orang sekarang tak berapa tau pasai biskut ni. Siapa suka makan biskut ni? Kita geng hihi


Sunday, 18 September 2016

Mee Racun 3G


Assalamualaikum semua, sebenarnya tak tahu apa nak dituliskan di blog kesayangan ni. Bila tanya pendapat suami apa yang nak dikarangkan, beliau cadangkan supaya kinah ceritakan makanan yang kami makan ketika berada di Johor. Pada mulanya apabila sampai di Batu Pahat perut dah mula berkeroncong minta diisi. Banyak kedai makan kat Batu Pahat tu, tapi bila kita dah datang dari jauh takkanla nak makan kat kedai mamak pulak kan. Semestinya nak mencuba makanan yang famous kat situ. Kinah pun pergila tanya en google, tiba-tiba terjumpa satu makanan ni iaitu Mee Racun 3G. Menurut portal tersebut jika dah sampai Batu Pahat memang tak sah kalau tak cuba Mee Racun ni. Kinah pun tak pernah cuba. Apa lagi buka waze dan terjah. Kedai ni terletak betul-betul di tepi jalan raya. Excited nak mencuba mee racun makin membuak-buak. Servis pun cepat.  Kami nak mencuba apa yang istimewa sangat mee racun ni


Terliur kan. Gambar ni kinah pinjam dari google. Lebih kurang macam ni la rupayanya mee racun tu. Kinah tak sempat nak snap gambar sebab bateri dah habis huhu. Rasanya masam manis lebih kurang macam tu la rasanya kinah tak tau macam mana nak gambarkan. Siap ada straw lagi nak sedut gearbox tu. Agaknya racun tu kat gearbox tu kot hihi. Harganya pun berpatutan. Kalau nak tau macam mana rasanya mee racun ni bila sampai je Batu Pahat sila onn waze anda. Sekarang ni orang pakai waze je senang. 
© Love Is Simple
Maira Gall