Saturday, 24 December 2016

Pengalaman Menaiki MRT

Kelmarin kami berpeluang untuk menaiki MRT yang baru sahaja dilancarkan pada 16 Disember lepas. Agak ramai juga ibu bapa yang membawa anak mereka untuk menaiki MRT kebetulan pula tengah cuti sekolah lagi. Kami pun tidak melepaskan peluang untuk menaikinya tambahan pula Perdana Menteri kita telah umumkan perkhidmatan MRT adalah percuma untuk satu bulan.

Secara keseluruhannya, dengan terbinanya MRT ni dapat membantu mengatasi masalah kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak. Di samping itu, dapat menjimatkan masa dan kos terutama bagi mereka yang terpaksa bekerja jarak jauh.

Pada masa ni orang tak ramai lagi sebab dari Sungai Buloh bila dah sampai stesen seterusnya baru ramai orang naik. MRT ni bergerak dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Semantan sahaja sebab yang lain tak siap lagi huhu.

Sebenarnya tak banyak beza pun dengan komuter dan LRT cuma MRT ni tiada pemandu. Jadi kita dapat lihat dengan jelas dihadapan. Boleh dikatakan MRT ni mesra untuk orang kelainan upaya kerana adanya tempat khusus untuk meletakkan kerusi roda.



Kepada sesiapa yang mempunyai masa terluang bolehlah bawa anak menaiki MRT ni sementara masih ada baki cuti sekolah dan tempoh percuma. Oh ye, pada yang membawa kereta tu jangan lupa top up touch n go tu kerana parking hanya menggunakan touch n go sahaja.

2 comments

  1. Budak-budak sukalah bawa naik mrt lrt sebagainya, haha. Semalam mai baru balik kampung dengan dua ketul anak buah ni ya Allah padahal 4 jam je tapi azab betul kejap2 orang ni nak ke tandas, kejap2 yg sorang lagi pula, lepastu lapar pula, lepastu tandas balik, pening2.hahaha

    ReplyDelete
  2. tak pernah naik lagi, maybe akan naik dalam 2 atau 3 hari lagi.

    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall