Juara Konsert Akhir Gegar Vaganza Musim Ke 3


Malam tadi merupakan malam kemuncak konsert Gegar Vaganza musim ketiga. Enam peserta berentap untuk mendapatkan gelaran juara dan akhirnya Azharina telah dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza Musim ketiga.

Mereka telah diberikan dua tugasan yang mana tugasan pertama menyanyikan lagu medley dan tugasan yang kedua keenam-enam peserta digandingkan dalam 'Battle' yang mana mereka perlu menyanyikan lagu pasangan battle masing-masing.


Azharina berjaya memenangi RM100,000.00 manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Siti Sarah dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Zarul. Namun begitu, peserta lain tidak pulang dengan tangan kosong. Tempat keempat iaitu Ameng, tempat kelima Intan Sarafina dan tempat keenam disandang oleh Gmie. Tahniah kepada semua.

Post a Comment

3 Comments