Hobi Baru

  • Saturday, December 31, 2016
  • By Kin Naz
  • 2 Comments

Sekarang ni kinah ada hobi baru. Nak tau apa? Mewarna la.. Eh macam budak-budak pula suka mewarna. Sekarang ni bukan budak-budak je suka mewarna mak-mak budak pun suka. Dulu masa kecik-kecik suka mewarna. Disebabkan sekarang ni dah mula canggih, mewarna tak payah pakai buku mewarna dah. Pakai handphone pun boleh tau. Tapi walau macamna sekalipun mewarna dekat buku feeling lain sikit.

Di zaman serba canggih ni, taip je apa yang kita nak semua ada. Kinah tiba-tiba minat balik mewarna ni masa godek playstore kelmarin. Ada bahagian recommend for you. Kinah pun tekanla dan tengok wowww. Macam best je ni. Apa lagi kinah pun download salah satu aplikasi. Sebenarnya banyak apps yang boleh kita pilih dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Kinah confirm download yang dewasa punya. Lepas beberapa hari mewarna ni la hasilnya

Dalam apps ini, ada pelabagai kategori yang boleh kita pilih. Gambar di atas ni daripada kategori Ball. Sebenarnya nak mewarna terutama dalam handphone memerlukan ketelitian yang tinggi. Biasanya kinah mewarna sebelum tido. Bila mewarna ni kita rasa lebih relax. Tu pada pandangan kinah la ye. Lain orang lain pandangannya.


Haa macam mana cantik tak? Sebenarnya ada la dalam  4 ke 5 yang telah kinah hasilkan cuma tak dapat nak upload banyak sebab line internet yang laju mcam siput. Tapi tak pela Dah kebetulan esok tahun baru, jadi dikesempatan ni kinah nak ucapkan selamat tahun baru.

You Might Also Like

2 Pengomen Tegar

  1. Apps apa tu kak kinah, macam best je, kreatif kak kinah ni, mai tak berapa berseni sgt tgn ni, keraih... Kata org yang kidal ni berseni, tp mai tak langsung, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama apps tu colorfeel. Cubala. Sebenarnya banyak lagi apps. Ikut mana yang mai nak

      Delete