Review Novel: Aku Alergik Cinta


Aifa Nabila - Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah!

Ikmal Hakimi - Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya.

Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah 'minah gangster vs mamat sengal'. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu.

Akhirnya musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ahh, semua lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.

Bagaimana pengakhiran cinta Aifa dan Hakimi? Adakah Hakimi memilih Aifa ataupun Aleesya haaa tu korang kena baca buku ni ye. Tak bestla cerita semua kat sini. Honestly, pada mulanya jalan cerita agak slow lama kelamaan plotnya semakin menarik. Walaupun ada beberapa perkataan yang typing error, sendiri boleh faham je la huhu. Dah lama kinah beli buku ni kalau tak silap masa berpantang aritu. Dah setahun lebih dah baru baca. Ada lagi sebuah tak baca lagi. Nanti kinah review kemudian ye



Post a Comment

2 Comments

  1. mcm penh baca jak ni!! macam jak la, tapi da lupa..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Wah.. Macam best jer novel ni..
    Hobi membaca ni memang bagus
    tahniah kinah

    ReplyDelete