Thursday, 17 November 2016

Melayan Karenah Anak


Hahaha ketawa sekejap. Ini yang berlaku bila kita ni dah jadi mak orang. Apa kerja kita buat mesti ada yang nak mengikut, dan jadi penonton. Kadang-kadang tu susah hati dibuatnya. Tak boleh tinggal langsung. Bila ada si ayahnya baru senang hati nak uruskan diri. 

Gambar ni kinah ambil dari pages Info Ibu Hamil. Bila baca komen-komen daripada ibu-ibu di luar sana geli hati rasanya apabila si ibu terpaksa juga bawa si anak tu masuk ke dalam bilik air. Dah nak ikut sangat dan tak boleh berenggang. Kinah pun tak terkecuali. Kalau dah tak tahan sangat kinah masukkan Thahirah ke dalam walker biar dia main sekeliling je. Tak risau sangat dah berpagar. Tambah pula dah dapat kaki ni mulalah dia nak melawat kawasan larangan. Nak melalak pun melalak la dalam walker tu. Nak buat camna dah terpaksa huhu.

Sungguh bila dah jadi ibu ni, banyak benda yang kita perlu korbankan demi si anak. Nak mandi pun tak bolehla nak berlulur sana bersyampoo sini macam ala-ala spa. Lambat sikit je adalah yang mencari. Nak manjakan diri ala-ala spa boleh tapi kena tunggu ayahnya balik kerja ataupun tunggu tido. Sebenarnya seronok melayan karenah anak-anak kecil walaupun kadang-kadang kita dah nak jadi tarzan terpekik terlolong nanti satu masa nanti kita akan merindui kenangan ni.





4 comments

  1. jemput blogwalking

    :)

    http://chenta-taugeh.blogspot.my/2016/11/scar-solution-body-bar-by-wr-empire-sdn_16.html

    ReplyDelete
  2. best kot ada anak.. hilang rasa boring layan anak ni!!

    ReplyDelete
  3. hehehehe sy tengok je karenah anak2 buah sy.. memang macam2..itula inila.. sy yg tengok ni terus rasa tak mau kawin hahaha

    ReplyDelete
  4. Banyak pahala buat seorang wanita
    yang sudah bergelar seorang ibu..
    Bukan sahaja darjatnya yg tinggi
    di sisi Allah..malah ganjaran pahala yg
    di kurniakan juga tak terhingga..
    Namun yop cukup sedih dng ada
    segelintirnya sanggup membuang
    anak yg di lahirkan.. Cukup sadis

    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall