Bila Nak Berjalan Kemana-mana Siapa yang Bersiap Dulu?

  • Thursday, November 03, 2016
  • By Kin Naz
  • 1 Comments


Hari ni topik kita bercerita pasai kaum-kaum ibu pula. Siapa setuju dengan quote di atas? "Bila nak berjalan kemana-mana isteri akan pastikan anak-anak siap dahulu selesai semua baru dia bersiap".

Nak tahu kenapa isteri ni siapkan anak- anak dahulu sebelum dia bersiap? Haa sebabnya dia nak elakkan dirinya bersiap dua kali. Kenapa bersiap dua kali? Ini jawapannya, biasalah bila ada anak-anak kecil terutama yang berumur dalam lingkungan satu tahun ke atas, mereka dah mula aktif, mula nak meneroka, sifat ingin tahunya dah mula ada. Belum dikira comot semasa makan dan macam-macam lagila. Jadi si isteri ni kenala mandikan anaknya dahulu kemas apa yang patut sebelum nak berjalan. Kalau kemas selepas pulang berjalan confirm la badan dah penat, kenala tangguh dulu mengemas.

Jadi, bila anak dah siap mandi, makan semua barulah si isteri ni senang hati nak bersiap pula. Tanyalah mana-mana isteri, siapa yang diutamakan dahulu mestila anak. 

You Might Also Like

1 Pengomen Tegar

  1. btl2..da besar2 gni pun mak akan pastikn semua siap bru dia siap

    ReplyDelete