Sunday, 27 November 2016

Berlakunya Tanah Runtuh di Hulu Selangor

Tanah runtuh di Taman Indah Serendah Hulu Selangor telah menggemparkan seluruh negara. Mujurlah tiada kemalangan jiwa yang berlaku cuma seorang sahaja yang cedera. Kesemua penduduk yang berhampiran dengan zon merah dinasihatkan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat. Sementara itu, pihak berkuasa masih lagi memantau keadaan sekitar tanah runtuh kerana bimbang berlaku lagi pergerakan tanah.

Bagi kinah la ini cuma pandangan kinah la ye. Kinah selalu juga pusing-pusing di kawasan Serendah tu dan kinah dapati kawasan bukit di sekitarnya semakin lama semakin gondol. Ditambah pula dengan aktiviti kuari di kawasan sekitarnya mungkin penyebab tanah runtuh ni. Pernah dulu kinah suarakan perkara ni pada suami apabila melihat kawasan bukit di sondol suatu hari nanti kemungkinan kawasan ni akan berlaku sesuatu perkara yang tidak dijangka. Sekarang lihatlah apa yang kinah jangkakan dah terjadi. Nasibla rumah kami bukan berhampiran dengan bukit kalau tidak tak tau la  macam mana.

Sikap manusia yang terlalu rakus dengan wang ringgit, untung berjuta-juta sehingga mengabaikan aspek lain. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Siapa yang terpaksa tanggung semua, bukan orang lain tapi kita sendiri. Tak salah pun nak jadi jutawan hartawan tapi fikirlah keselamatan orang lain juga. Bagaimanalah nasib penduduk di sekita Taman Indah ni.



Sumber: Google


4 comments

  1. Betul tu kina, isu ni mainan akhbar je. Lepas ni senyap semula. Kuari berjalan seperti biasa. Bukit makin gondol. Penduduk jadi mangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala tu. Selagi tak ada yang maut diamkan saja. Bila dah ada nyawa yg melayang baru nak ambil tindakan itu ini.

      Delete
  2. allhuakbar, moga baik2 jak smua

    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall