Friday, 25 November 2016

# Jalan-jalan cari makan # Review

Aji Mentarang Bakar The Best!!!

Agak lama tak update kerana mood swing sikit. Tengah mood baik ni kinah nak bercerita sikit mengenai tempat makan paling best di Sekinchan yang terletak di Selangor ni. Semua orang tau Sekinchan ni terkenal dengan mentarang. Sepanjang perjalanan nak ke Sekinchan penuh dengan gerai yang menjual Mentarang. Siapa pernah tengok mentarang sila angkat tangan ✋. Mana yang pernah tengok dia tau la macam mana rupanya. Mana yang tak tau ni kinah belanja gambar ni. 


Rasa macam lala tapi yang ni cangkerangnya lebih besar berbanding lala. Memang sedap. Menurut tuan empunya kedai mereka jual sekilo RM30.00. Berbaloi la harga tu. Tapi tula sekilo banyak mana pun dapat bila dah dikopek. Lagipun bukan senang nak dapatkan mentarang ni.

Dah kenal mentarang ni meh kinah nak cadangkan tempat makan paling best di Sekinchan. Aji Mentarang bakar adalah tempat makan paling best dan baru sahaja masuk dalam sebuah rancangan terbitan TV3 iaitu Jalan-jalan Makan Angin. Siapa yang ada menonton pada Ahad lepas? Kinah tak tonton pun. Tapi tak pe dah terjah kedai ni memang puas hati sangat.



Di Aji Mentarang Bakar of course la sajian utamanya mentarang. Kami pun tak melepaskan peluang untuk mencuba mentarang tersebut. Owner kedai cadangkan kami mentarang goreng tepung. Memang terangkat. Menurutnya tepung yang digunakan memang tak ada jual di mana-mana kedai. Mereka guna ramuan sendiri itu rahsianya. Memang bila makan krup krap rangup. 


Selain itu, kami juga ada memesan lauk lain iaitu asam pedas ikan sembilang. Memang terangkat. Tak pernah lagi merasa asam pedas sesedap ni. Asam pedas akan dimasak apabila ada pesanan sahaja. Isteri pemiliknya berasal daripada Melaka jadi tak hairan la asam pedasnya pure.

Macam mana? Tak tahu nak pergi mana hujung minggu ni pergilah ke Sekinchan dan merasai sajian istimewa ni. Nak cari kedai ni tak susah pun tepi jalan je. Kalau tak pasti boleh guna waze ataupun guna navigator.

Di sini kinah sertakan alamatnya

Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia

4 comments:

Total Pageviews