Saturday, 19 November 2016

10 Pekerjaan yang Berisiko Tinggi

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, kita kena kerja. Kerja yang bagaimana? Terpulang kepada masing-masing. Kita sendiri yang menentukan hala tuju hidup kita. Namun begitu, dalam banyak-banyak kerja yang boleh dilakukan ada segelintir yang memilih untuk bekerja dengan risiko yang tinggi. Oleh kerana minat yang begitu mendalam dalam pekerjaan tersebut sehinggakan ada yang tidak mahu mencari pekerjaan yang lain.

Di sini terdapat 10 pekerjaan yang dapat dikategorikan sebagai pekerjaan yang berisiko tinggi. Antaranya ialah 

1. Penghapus Bom



Mereka yang bekerja di bahagian ini telah meletakkan nyawa mereka dalam bahaya di mana mereka ini yang telah dilatih untuk mengendalikan bom. Jika berlaku kesilapan akan mengundang padah.

2.Pekerja Penyelengaraan Bangunan



Pekerjaan berisiko seterusnya ialah pekerja penyelengaraan bangunan. Kerja ini buknlah suatu kerja yang mudah. Bayangkan mereka perlu berada di bangunan yang tinggi untuk mencuci bangunan. Kerja seperti ini memerlukan mereka yang berminat dan profesional untuk menjalankan tugas ini. Cuba kita berada di tempat mereka adakah anda berani??

3. Ahli Bomba


Kerja sebagai ahli bomba juga bukan suatu perkara yang mudah. Kita perlu menggadai nyawa untuk menyematkan nyawa lain. Tugas bomba bukan tertumpu pada memadam kebakaran sahaja malah mereka juga menjalankan tugas lain seperti mereka yang kemalangan, tumpahan cecair kimia ( hazmat), dan sebagainya.

4.Juruelektrik


Jika tiada mereka bergelaplah kita. Tugas mereka ini terdedah dengan bahaya yang mana mereka perlu menghadapi arus elektrik yang tinggi. Jika berlaku kesilapan dalam pengendalian, risiko untuk berlaku renjatan eletrik adalah tinggi.Tidak semua orang boleh mengendalikan elektrik ini, hanya mereka yang telah diiktiraf dan terlatih sahaja yang boleh kendalikannya.

5.Pengajar Terjunan Udara


Bukan mudah untuk menjadi pengajar terjunan udara ni. Silap teknik habislah. Untuk menjadi tenaga pengajar, salah satu syaratnya ialah telah membuat terjunan sebanyak lebih dari 200 kali.

6.Pelakon Lagak Ngeri


Kita begitu teruja melihat aksi-aksi yang dilakonkan oleh pelakon kesukaan kita walhal aksi merbahaya itu sebenarnya dilakonkan oleh pelakon lagak ngeri. Ada juga pelakon yang melakonkan sendiri watak merbahaya itu. Pernah juga berlaku pelakon lagak ngeri maut ketika melakonkan watak ngeri yang dilakukan. 

7. Malim Gunung


Jika kita nak pergi mendaki gunung mestilah ada guider. Jika tidak sesat banat la kita. Orang ini dikenali sebagai malim gunung. Biasanya gunung yang tinggi sahaja dan tahu selok belok keadaan sekeliling. Tugas mereka ini juga mencabar yang mana mereka akan berada di hadapan dan akan menghadapi dulu segala bahaya yang mungkin boleh mengancam pengikutnya. 

8. Pembalak


Kayu-kayu besar disekeliling mereka langsung tidak menggugat mereka untuk meneruskan pekerjaan mereka bagi memenuhi keperluan industri. Ancaman hidupan liar bukanlah satu ancaman bagi mereka. 

9. Zookeeper 


Menjaga haiwan bukanlah satu perkara yang mudah. Kita perlu memahami dan menyayangi haiwan tersebut seperti teman kita sendiri. Mereka perlu menghadapi haiwan yang berbahaya untuk memberikan makanan, minuman, membersihkan kandang mereka dan sebagainya. Jika haiwan tersebut jinak amatlah mudah untuk mengendalikannya namun awas jika haiwan tersebut hilang pertimbangan fikir-fikirkanlah.

10. Pengutip Sisa Pepejal


Semua orang begitu tidak suka jika kenderaan ini melewati kenderaan mereka. Tapi sedarlah kita, jika tiada mereka tentu negara kita ditimbuni dengan sampah sarap. Jangan pandang hina pekerjaan mulia ini. Jangan ingat tugas mereka begitu mudah, mereka juga turut terdedah dengan bahaya yang mana kaca-kaca pecah, kayu dan bau-bau busuk boleh mengancam keselamatan dan kesihatan mereka. Berterima kasihlah pada mereka.




4 comments:

  1. wah gambar malim gunung tu.. malim gunung time kami hiking ritu..wkwkwkwk..

    btw yup 10 ni memang sgt berisiko.. Apa pun moga di jauhakn dari sesuatu yang tak di ingini

    ReplyDelete
  2. x sanggup la abam kie bekerja mcm tu. baik terus jd cikgu je la.

    ReplyDelete

  3. blogwalking :D theathra.blogspot.my

    ReplyDelete