Tren Kargo Tergelincir

Gambar daripada Kosmo Online



BATU GAJAH - Sebanyak 25 buah gerabak kereta api termasuk dua bahagian enjin lokomotif tergelincir dari landasan di Kampung Bakap di sini pada awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 3.43 pagi itu, kereta api yang tidak membawa sebarang muatan dalam perjalanan dari Kuang, Selangor ke Tasek, Ipoh.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd. Nasri Omar berkata, kereta api tersebut sedang dalam perjalanan untuk mengambil bekalan simen.
Menurutnya, akibat kemalangan itu telah menyebabkan berlakunya kebakaran kecil di bahagian enjin kereta api.
"Sebanyak 15 buah gerabak masih berada di landasan kereta api dan pihak Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah bertindak menutup kedua-dua arah laluan hal ini menyebabkan perkhidmatan ETS tergendala.
"Anggota bomba juga telah membuat pemadaman kebakaran dan menutup bekalan elektrik di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo!. - Sumber daripada KOSMO ONLINE




You Might Also Like

2 Pengomen Tegar

  1. Tengok berita tadi.. boleh tahan teruk kesannya... Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kesian yang nak balik kampong tu

      Delete