6 Disahkan Maut Dalam Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA)

by - Tuesday, October 25, 2016


JOHOR BAHRU 25 Okt. - Polis mengesahkan lima pesakit maut dalam kejadian kebakaran di tingkat dua, unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun masih belum dapat mendedahkan identiti kesemua mangsa.

“Setakat ini kami dapat mengesahkan lima pesakit maut dalam kebakaran ini. Laporan penuh berhubung kebakaran ini akan menyusul kemudian,” katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sulaiman turut menasihatkan orang ramai tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih dan diviralkan di laman sosial.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 9 di ICU selatan menyebabkan kesemua pesakit di bangunan yang terlibat di bawa keluar dari tempat selamat. -  SUMBER DARIPADA UTUSAN ONLINE


You May Also Like

2 Pengomen Tegar