Tak Dapat Diskaun daripada Kad Siswa

  • Thursday, October 20, 2016
  • By Kin Naz
  • 1 Comments

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Bila baca tajuk di atas mesti korang akan tertanya-tanya kinah ni belajar lagi ke? Eh takk la. Kinah dah habis belajar dah. Kinah sebenarnya dah lama nak up entri ni tapi takutla kinah sorang je alami perkara ni. Bila terbaca akhbar Berita Harian pada 19 Oktober lepas barulah kinah tahu rupanya ramai lagi yang kena. Kad diskaun ni diberikan kepada mahasiswa sebagai kemudahan untuk mereka bagi memenuhi keperluan hidup. Tapi entah macam mana matlamat program ni tak mencapai matlamat utamanya. Kinah dulu pernah gunakannya di sebuah pasar raya terkemuka di Malaysia ni. Apa yang juruwang katakan pada kinah ialah pakai kad ni tak dapat diskaun pun sebenarnya. Terkesima sekejap. Abistu yang perabih duit nak keluarkan kad ni dan edarkan tu apa bendanya. Padahal pasar raya tersebut turut tersenarai sebagai syarikat dagangan. Sejak daripada tu kinah malas dah nak guna kad ni. Harap lawa je tapi tak boleh guna. Buat sakit hati je. Kad siswa kinah ni pun dah tamat tempoh dah. Saja simpan nak buat kenangan tunjuk anak cucu nanti.

Kad diskaun siswa ni kinah blurkan butiran peribadi supaya tidak ada berlakunya salahguna nanti. Pada mahasiswa di luar sana tu nampaknya perlu mencari jalan bagaimana nak survive sepanjang berada di universiti. Masih banyak lagi program anjuran universiti yang dapat membantu para mahasiswa untuk menjalankan perniagaan terutamanya. Rebutlah peluang yang ada. Bukan kesenangan pada orang lain tapi untuk anda juga. Selamat maju jaya.

You Might Also Like

1 Pengomen Tegar

  1. Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
    Register in comments: blog name; blog address; and country
    All entries will receive awards for your blog
    cordially
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    ReplyDelete