Redeeem Drypers Point Shop

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? Baru-baru ni kinah ada tebus point daripada Drypers Point Shop tau. Agak lama jugak kinah simpan point ni sejak Marzaqah Thahirah lahir lagi. Kinah tebus point dalam bulan Ogos aritu dan sekarang baru dapat. Mula-mula ada gak rasa entah sampai ke tidak barang yang ditebus tu sebabnya aritu dalam email beritahu dalam 4 hingga 6 minggu ni kira dah lebih minggu dah ni. 

Petang semalam sambil teman Marzaqah Thairah tengok upin ipin ada mamat mana ntah yang call sebut nama penuh dan tanya rumah kat mana sebab nak hantar barang. Aikkk pelik juga pada mula tu mana ada kinah beli online baru-baru ni. Haa baru teringat kinah ada tebus point, ni mesti daripada Drypers.  

 Nah ni bungkusannya. Sebenarnya first time dapat daripada Super Reach Deliveries sebab tak pernah dengar nama company ni biasanya Gdex, Abx, Skynet, Poslaju je yang biasa kita dengar.

Kandungannya taraaaa baby talcum dan baby wipes. Semua ni bernilai 850 point. Masa nak tebus tu banyak barang yang dah outstock jadi kinah pilih yang ni. Jadi bila tiba stock habis tak sempat nak beli boleh guna. Lepasni boleh kumpul mata dengan gigih lagi. Takpe ada dua pack belum masuk point lagi. Ada barang best kita tebus lagi ye dik.

  Ni muka budak excited dapat hadiah kebetulan jatuh pada hari lahir dia hari ni. Aii teringat balik masa kat labour room dah setahun rupanya ye. Huhu.. 

Happy birthday anak ibu. Semoga membesar dengan jayanya dan jadi anak yang baik dan sihat dan sentiasa gembira selalu.

Pss: Nasib baik dapat parcel semalam. Kalau tak jenuh nak ambil parcel sebab dah balik kampung. Huhu

Post a Comment

0 Comments