Masih Demam Lagi

by - Sunday, October 09, 2016

Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak bersiaran hari ni baru munculkan diri. Selepas cucuk campak 5 hb aritu sehingga kini (ketika sedang menaip ni) Marzaqah Thahirah masih lagi demam. Dah bermacam petua lemon, petua asam jawa panasnya on off. Risau betul hati ni. Selera makan pun kurang susu pun minum sikit. Badan pun dah semakin susut. Hari kedua dia demam kami dah bawa pergi ke Hospital Kuala Kubu Bharu pada masa tu bila suhu diambil 36 celcius. Doktor kata takpe dah nak baik. Lega hati kami. Bila masuk hari ketiga badannya masih panas lagi. Kami pergi ke Hospital Selayang pula. Bila cek suhu naik balik 38.4 celcius aduh. Bila masuk bilik doktor dan buat pemeriksaan semuanya normal kecuali tekaknya ada sedikit merah.  Walau apapun doktor mintak jugak amik darah terpaksa jugala dah demam lama. Bila dapat keputusan doktor kata keputusannya ok. Takde menunjukkan denggi ke ape. Doktor cuma bekalkan ubat demam, antibootik untuk dimakan. Itupun masih lagi panas die on off. Mintak neneknya buatkan air tawar juga. Pasni nak cuba golekkan telur rebus pulak la. Harapnya berkesan dan demam Thahirah sembuh.

Pss: Doakan Marzaqah Thahirah cepat sembuh ye. TQ



You May Also Like

1 Pengomen Tegar

  1. InsyaAllah...kita usaha Allah akan bantu kita kan..

    Semiga cepat sembuh..

    ReplyDelete