Friday, 21 October 2016

Makan Harta Anak Yatim

Assalamualaikum. Kecoh apabila dikatakan seorang bapa saudara dikatakan menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan diri sendiri. Menurutnya wang hasil derma orang ramai kepada anak saudaranya iaitu anak kepada mangsa kemalangan Duke pada tahun lepas adalah hakknya selepas wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaunnya dan telah bertanyakan hal ini kepada mufti. Namun mufti menafikannya. Sejauh mana dakwaan ini biarlah pihak polis membuat siasatan. Jika benar terbukti dia bersalah, dia akan menerima balasannya. Jika terbukti tidak bersalah hentikan melemparkan tuduhan ini. Jika benar dia bersalah, biarlah Allah sahaja yang membalasnya. Siapalah kita untuk membuat hukuman. Apabila kita telah diberikan amanah, kita seharusnya jujur, dan telus melaksanakan tanggungjawab itu. Jika tidak, kita telah gagal menggalas amanah yang telah diberikan. Jangan hanya janji tinggal janji.


1 comment:

  1. Kalau fikir logik akal pun, orang bank-in untuk anak anak yatim tu, mestilah bukan hak kita. Wang mmg mengaburi mata, kesian yang tertindas.

    ReplyDelete