Friday, 14 October 2016

# Rancangan Televisyen

Gegar Vaganza Musim Ketiga

Assalamualaikum semua. Ha tak lama lagi akan melandalah demam Gegar Vaganza musim yang ketiga. Sekejap je dah musim ketiga. Setelah musim pertama dan kedua mendapat sambutan yang menggalakkan jadi muncul musim ketiga dengan penglibatan artis yang otai suatu ketika dahulu.

 
Antara artis yang akan menghangatkan lagi musim ini ialah Zarul Umbrella, Ameng Spring, Rem, Gmie, Nora, Elly Mazlien, Siti Sarah, Zul eda, Azharina dan Shid dimeriahkan lagi dengan gandingan pengacara yang tidak asing lagi yang akan membuatkan konsert itu semakin meriah. Siapa lagi kalau bukan Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Keletah mereka membuatkan penonton tidak kering gusi.


Jadi janganlah ketingglan untuk menyaksikan konsert Gegar Vaganza yang pertama pada Ahad ini iaitu 16 Oktober 2016 di saluran Astro Ria 104 pada 9.00 malam.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews