Cbox Semak Dengan Link Iklan

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Mengeluh panjang kinah hari ni. Kinah sebenarnya nak membalas kunjungan yang singgah di Cbox kinah ni. Tapi bila ditekan link rupanya link iklan. Tolonglah Cbox tu digunakan untuk kinah menjejak balik mereka yang pernah singgah ke sini. Guna nama lain-lain tapi sebenarnya link iklan orang yang sama. Lama dah kinah perhati benda ni. Kalau betul nak orang klik iklan gunakanlah dengan cara yang betul, banyak lagi kaedah lain. Bukan spam macam ni. Awak buat macamni ingat orang suka ke. Mati-mati la kinah ingat nama sekian yang jengah. Lepasni sekali lagi kinah tengok ada sampah sarap menyemak dekat Cbox tu siapla. Nak orang klik iklan dengan ikhlas bagi link dengan cara yang betul. Bukan dengan MENIPU. Kinah pun ada jugak join share iklan ni pun tak berani nak buat macamni.





You Might Also Like

1 Pengomen Tegar