Sunday, 16 October 2016

Bila Baju Tak Berlipat

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? Cerita kali ni pasai bila baju tak berlipat semakin meninggi dalam bakul. Pemalas betul kan. Haaa bukanlah pemalas sebenarnya cuma kurang rajin. Kadang-kadang masa untuk melipat baju ni digunakan untuk aktiviti lain. Cubalah tanya mana-mana ibu, sempat ke tidak nak lipat semua baju- baju ni terutama bagi ibu-ibu yang berkerjaya. Memang tak akan sempat. Ada masa pun pada hujung minggu. Itupun belum tentu berlipat haha.
 
Baru-baru ni kan Marzaqah Thahirah demam, bila demam asyik nak mengempek je. Jadi semua aktiviti seharian tergendala terutama membasuh baju dan lipat baju. Aduhh basuh baju ok lagi, masukkan kain dalam mesin dan tunggu. Bila dah kering dan nak lipat tu bercinta sikit. Walau macam mana sekalipun kena gagahkan diri juga untuk melipat. Tak melipat susah pula bila dah tak ada baju nak pakai hihi. 

Ada juga yang ingin membantu. Tapi kita melarangnya. Biasalah kalau orang laki buat kerja main tangkap muat je. Nanti kain si anak pergi tempat ibu, kain si ayah pergi tempat anak. Daripada nanti buat dua kali kerja baik tak payah.  Huhu. Mohon jangan terasa ye hihi.

Bila bakul baju kosong. Waa heaven betul rasanya walaupun sekejap je kosong tu hihi. 

Kalau korang macam mana pulak. Rajin ke tidak melipat baju? Atau biarkan dulu samapi tinggi gunung. Cuba kongsikan sikit. 

No comments

Post a Comment

© Love Is Simple
Maira Gall