Sunday, 18 September 2016

Mee Racun 3G


Assalamualaikum semua, sebenarnya tak tahu apa nak dituliskan di blog kesayangan ni. Bila tanya pendapat suami apa yang nak dikarangkan, beliau cadangkan supaya kinah ceritakan makanan yang kami makan ketika berada di Johor. Pada mulanya apabila sampai di Batu Pahat perut dah mula berkeroncong minta diisi. Banyak kedai makan kat Batu Pahat tu, tapi bila kita dah datang dari jauh takkanla nak makan kat kedai mamak pulak kan. Semestinya nak mencuba makanan yang famous kat situ. Kinah pun pergila tanya en google, tiba-tiba terjumpa satu makanan ni iaitu Mee Racun 3G. Menurut portal tersebut jika dah sampai Batu Pahat memang tak sah kalau tak cuba Mee Racun ni. Kinah pun tak pernah cuba. Apa lagi buka waze dan terjah. Kedai ni terletak betul-betul di tepi jalan raya. Excited nak mencuba mee racun makin membuak-buak. Servis pun cepat.  Kami nak mencuba apa yang istimewa sangat mee racun ni


Terliur kan. Gambar ni kinah pinjam dari google. Lebih kurang macam ni la rupayanya mee racun tu. Kinah tak sempat nak snap gambar sebab bateri dah habis huhu. Rasanya masam manis lebih kurang macam tu la rasanya kinah tak tau macam mana nak gambarkan. Siap ada straw lagi nak sedut gearbox tu. Agaknya racun tu kat gearbox tu kot hihi. Harganya pun berpatutan. Kalau nak tau macam mana rasanya mee racun ni bila sampai je Batu Pahat sila onn waze anda. Sekarang ni orang pakai waze je senang. 

11 comments

  1. wow... gearbox tu.. fuh nampak un dah sedap..
    berapa harga sepinggan dia tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ada orang tolong jawabkan sebab die yang bayor hehe

      Delete
  2. kalau tgk nama mi ni..seram nk mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pada mulanya memang takut nak makan dah makan ok je tak masuk sepital ok la tu hehe

      Delete
  3. Mmmmmm.... terasa lapar balik.. Saya mmg suka masakan mee yang berkuah mcm ni :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolelah try nanti mee racun ni :-)

      Delete
  4. nama makanan tu buat orang takut nak makan. hihi.
    nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama je racun. Tapi tak da racun pun hehe.

      Delete
  5. mee racun memang sedap kalau ayah kak mia yang masak...

    psstt.. mia nak jemput untuk join ga.. http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa tak yah nak pergi ke Batu Pahat nak makan mee ni kan kak mia. Insya Allah nanti kita try ye. Rindu gak nak bercontest macam dulu-dulu

      Delete

© Love Is Simple
Maira Gall