Friday, 23 September 2016

# Jalan-jalan cari makan

Jalan-jalan Cari Makan

Assalamualaikum semua kali ni kinah nak bercerita sikit mengenai minuman dan makanan yang pernah menjadi viral satu ketika dulu. Masa tu kinah tak berkesempatan nak dapatkannya. Semalam lepas beli barang keperluan dapur dan rumah kami sekeluarga singgah di pasar malam di pekan Slim River. Huhu jauh berjalan pergi pasar malam padahal kat rumah ni pun ada pasar malam juga hihi. Habis kami pusing pasar malam kat pekan tu. Hasilnya......

Taraaaaaaa puding cikedut dan pau cendawan. Dah lama kinah nak try tapi tula pasar malam kat rumah ni tak ada orang pun yang jual ni.

Ni gambar daripada google. Kinah tak sempat nak snap gambar sebab dahaga sangat hihi. Memang sedap. Harganya RM5.00 sahaja. 

Kenalkan ni makanan apa? Siapa tau? Haaaa ini la pau cendawan yang viral masa bulan ramadhan dulu. Sampai berbaris orang nak dapatkannya. Kinah cari juga orang jual pau cendawan kat sini last kinah jumpa di pasar malam pekan Slim River. Tak payah nak beli jauh-jauh sampai ke Danau Kota dan Putrajaya. Harganya RM4.00 sahaja. Berbaloilah makan. 

Pada sesiapa yang nak dapatkan pau cendawan dan puding cikedut ni bolehlah dapatkan di pasar malam Slim River. Macam-macam ada dijual kat sana walaupun pekannya kecil tapi seribu satu keperluan ada di situ. 

2 comments:

  1. pau tu da rasa.puding tu belum, tengok gambar puding teringat aiskrim paddle pop pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nana macam aiskrim paddle pop. Hihi

      Delete

Total Pageviews