Sunday, 25 September 2016

# Luahan Hati

Hormati Kejiranan Anda

Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu kepada semua. Bila hujung minggu mesti ada majlis perkahwinan. Kinah pun ada terima jemputan perkhawinan di kawasan perumahan kami pada hari ini. Nak dijadikan cerita, malam tadi adalah malam berinai. Memang meriahla siap ada karaoke. Tapi yang tak sedapnya pulak mereka buat pada waktu malam. Mula dalam pukul 8.00 malam bolehla terima lagi. Tapi mereka mula dah nak pukul 10 malam. Agak-agakla kan. Tak hormat orang sekeliling langsung. Karaoke kuat-kuat dah malam-malam, malam la masa orang nak berehat, budak nak tidur. Bila ditegur boleh dikatanya bawak anak jauh sikit. Nak jauh mana lagi kami nak bawa. Dah malam. Memang orang yang buat macamni langsung tak fikir orang lain. Awak nak buat karaoke boleh je tapi biarlah kena pada tempat dan masa. Tu ha dewan komuniti dekat je tu nape la tak buat kat situ takda siapa nak marah. Elok-elok orang nak mendoakan kebahagiaan lain pulak nanti orang doa. Geram betul. Majlis berinai dan karaoke tu tamat pada pulul 11.30 malam. Mungkin ada campur tangan daripada pihak polis la tu sebab tib a-tiba senyap je. 


No comments:

Post a Comment

loading...

Total Pageviews