Hilangkan Kesan Kuning Pada Baju

Assalamualaikum semua. Buntu? Tak tahu macam mana cara nak hilangkan kesan kuning pada baju akibat pemakaian deodaran. Bau badan tak ada tapi kesan kuning tu menghilangkan keyakinan kita untuk berhadapan dengan orang. Kinah pun mengalami masalah yang sama baju ada kesan kuning terutama pada baju yang berwarna putih. Kinah google dan akhirnya terjumpa daripada portal mingguan wanita. Kinah kongsikan pada semua ye.

1. Alkohol
Sapu sedikit alkohol di bahagian yang kotor. Jika kesan kotoran degil, anda boleh sapukan dulu dan rendamkan kain tersebut sementara waktu dan bilas.

2. Cuka
Campurkan cuka dan air suam dalam jumlah yang sama dan sapu di baju yang kotor. Rendam kain dalam larutan selama beberapa jam. Bilas dengan air sejuk dan lihat kotoran pasti pudar.

3. Pantyhose (sarung kaki yang nipis)
Cara ini sangat membantu menghilangkan kesan kuning deodorant di baju. Hanya gosok perlahan-lahan dan kotoran akan hilang. Geseran sarung kaki dengan kain baju membantu untuk menyingkirkan kotoran lebih cepat. Ok, lepas ni anda boleh cari stokin yang jenis nipis tu, ya!

4. Baking soda dan air
Untuk menghilangkan noda dan kuning ketiak di baju anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bilas.

5. Aspirin
Petua ini hanya boleh digunakan untuk baju warna putih sahaja. Larutkan dua tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotor dan rendam selama 2 jam. Kemudian cuci dengan air biasa diikuti dengan sabun basuh.

6. Limau Nipis
Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodorant dan biarka beberapa minit, kemudian letak sabun basuh. Cuci seperti biasa.

Ha lepasni ibu-ibu kat luar sana bolehlah cuba petua daripada mingguan wanita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


hilangkan kesan kuning pada baju

Post a Comment

7 Comments