Belajar menggunakan Flash Card

  • Thursday, September 15, 2016
  • By Kin Naz
  • 0 Comments

Assalamualaikum semua. Nampaknya setahun sekali je kinah update blog ni. Teruk sungguh ye. Biarlah ini blog saya suka hatila bila mau update ye dak. Huhu. Pejam celik dah 11 bulan dah si kecik ni. Seronok tengok dia membesar di depan mata kita selain itu kita dapat melihat perkembangannya.

Sekarang ni si kecik yang bernama Marzaqah Thahirah ni dah mula belajar nak berdiri bila dia dapat berdiri mulalah tepuk tangan sambil tersengih dengan gigi enam batang die tu menunjukkan tanda kejayaan dia. Suka ye kau nak. Rasanya dah boleh mula ajar menggunakan kad imbasan atau dalam bahasa omputihnya flash card. Berminat die dengan benda tu yela dah berwarna warni suka la die. Tapi flash card ni tunjuk pada die sekejap je dah nama pun kad imbas. Selain tunjuk kad imbas tu kita kena sebut perkataan dengan jelas. Walaupun die masih belum mengerti lagi at least kita dah bagi pendedahan padanya.


You Might Also Like

0 Pengomen Tegar