Monday, 28 April 2014

Sakit Mata

Monday, April 28, 2014 14 Comments
Assalamualaikum semua

Baru ni kinah kena sakit mata. Bengkaknya tak terkata sampai nak buat kerja pun dah tak boleh nak  fokus. Pandangan semakin kelabu nak tekan keyboard pun dah tak nampak. Parahh. Lepas siap semua kerja kinah, kinah pergi klinik Greentown Ipoh. Dapat MC dua hari huhuhu. Syoknya dapat cuti. Yaey magariba. Sabtu kinah pergi cek mata sebab doktor suruh cek mata. Mata belah kanan power makin tinggi, belah kiri power makin rendah tapi silau pula makin tinggi. Oleh sebab cermin sekarang ni dari zaman belajor lagi, kini tiba masa untuk tukar yang baru. Sabor je la. Lebih baik pakai cermin mata dari contact lens sebabnya kinah ni cuai kuikui. 

 

T eringin nak pakai cermin mata hitam ray ban huhu. Mata pun rabun nak ray ban apenye hahah. 


Sunday, 13 April 2014

Berangkat Ke Kuala Lumpur Untuk Menghadiri Sesi Latihan SPAD ICOP-SAFETY

Sunday, April 13, 2014 9 Comments
Assalamualaikum semua,

Jumaat lepas dapat surat daripada SPAD untuk hadiri Sesi Latihan SPAD ICOP-SAFETY. Bos dengan muka selambanya "Nurul, you pergila sesi latihan ni". Alamak, kinah kena pergi pulak sesi latihan ni. Hmm pergilah dah orang lain tak boleh pergi. Hari ni dapat tiket kereta api. Wahhhh  ni first time kinah naik ETS ni, excited ni nak pergi hihi. Semoga perjalanan kinah berjalan lancar. In Sha Allah 

sumber: MalaysiaAsia.my


Saturday, 12 April 2014

Pasar Raya Halal Buka Cawangan di Malaysia

Saturday, April 12, 2014 3 Comments

Assalamualaikum semua

Pasar raya halal buka cawangan di Malaysia
Kerjasama Lulu, FELDA babit pelaburan RM647 juta 
Dubai: Pasar raya halal terbesar di Asia Barat akan membuka cawangannya di Malaysia dengan kerjasama FELDA pada tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
Emiriah Arab Bersatu (UAE) membuka langkah kepada kepada Kumpulan Antarabangsa Lulu untuk bertapak di negara ini. 
Timbalan Perdana Menteri berkata, hubungan baik antara Malaysia dan “Pasar raya Lulu yang mempunyai lebih 100 rangkaian perniagaan di Asia Barat dan juga India akan membuka enam cawangannya di Malaysia. Perbincangan ini adalah susulan pertemuan saya dengan pemilik pasar raya berkenaan, Yusof Ali MA, sebelum ini.

Pasaraya Lulu hmmm menarik tu  

3 Maut 10 Parah Bas Terbalik Di Bentong

Saturday, April 12, 2014 1 Comments

Assalamualaikum semua,

Tiga termasuk sepasang suami isteri maut manakala sepuluh lagi cedera parah dalam nahas bas terbalik di Bentong. Dalam kejadian kira-kira pada jam 12.30 malam dipercayai bas itu memotong beberapa kenderaan lain hingga menyebabkan bas itu hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh dan merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di KM11 Jalan Bentong - Raub dekat Bilut. Bas malang itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu Kelantan.

 Foto
Keadaan bas yang terbalik
Sumber: Berita Harian online

Semoga perjalana Kinah ke Kuala Lumpur nanti selamat dan berjalan dengan lancar.



Thursday, 10 April 2014

Safi Balqis White Trilogy

Thursday, April 10, 2014 1 Comments
Assalamualaikum semua

Hari ni kinah beransur pulih dari demam yang panjang alhamdulillah. Kali ni kinah nak cerita mengenai produk penjagaan kulit yang kinah pakai. Kinah sebenarnya pengguna produk Safi Balqis Perfect 10. Haaa cerah sempurna dalam masa 2 minggu aje. Dulu duta safi ni Shila Amzah tapi sekarang ni Safi baru sahaja melancarkan produk terbaru mereka Safi Balqis White Trilogy. Kali ni Hanis Zalikha dilantik sebagai duta produk Safi yang terbaru ni, kenal Hanis Zalikha?? Tak kenal tak tau la kinah. 

Hanis Zalikha Safi Balqis
Hanis Zalikha duta baru produk Safi Balqis White Trilogy. Cantiknya dia

Oleh kerana Safi keluar produk baru dan kinah pun tak lepaskan peluang untuk menggunakannya. Lagi pun kinah dah rasi dengan Safi Balqis ni tak mau dah produk lain. Wangi pulak tu. 

Hanis Zalikha Safi Balqis
Produk terbaru dari Safi 

Hanis Zalikha Safi Balqis
Sedapnya buah kiwi

Gambar ni kinah amik dari http://www.budiey.com

Tuesday, 8 April 2014

Ambil Darah Untuk FCB

Tuesday, April 08, 2014 2 Comments

Assalamualaikum semua

Semalam entri bergambar je, hari ini entri bertulis pulak huhu. Yer kinah tak sihat. Kinah demam masuk hari ini dah 5 hari. Hmmm lama kan. Sebenarnya kinah dah pergi klinik swasta masa mula-mula kena demam hari tu, masa tu suhu badan kinah 38.2 hmm. Hari ini kat opis dah seram-seram sejuk sampai hidung berdarah. Lepas office hour tadi kinah pergi Klinik Greentown dekat Ipoh tak tahan sangat dah mata berair hidung berdarah. Jumpa doktor terus beritahu doktor yang kita ni demam dah lima hari. Terbeliak mata doktor tu. Sekali cek suhu badan 36, kali ni ada kurang sikit tak macam mula-mula hari tu sampai dapat 2 hari MC. Doktor cakap disebabkan awak demam dah 5 hari kena amik darah untuk FCB. Melilau la mencari bilik amik darah dan serah darah tu pada makmal. 


Tunggu punya tunggu nama kinah dipanggil untuk ambil keputusan. Tak faham langsung amenda la diorang tulis. Kinah bawak keputusan darah pada doktor semula. Lepas doktor teliti keputusan darah kinah, alhamdulillah darah kinah normal tak apa pun yang pelik huhu. Apa lagi kinah kena telan ubat aje la minggu ni. Sabor je la.


P/S: Jagalah kesihatan anda semua.

Tuesday, 1 April 2014

Sidang media harian MH370 dibatalkan

Tuesday, April 01, 2014 2 Comments
Assalamualaikum semua..
Kali ni kinah nak share mengenai sidang media harian MMH370. Berita ni dipetik daripada Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Sidang media harian mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada jam 5.30 petang hari ini dibatalkan.
Pembatalan sidang media itu dimaklumkan oleh sekretariat bilik media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira 1 tengah hari tadi.
Bagaimanapun, petugas media dari dalam dan luar negara tetap berkampung di PWTC bagi menunggu sebarang kenyataan akhbar daripada Kementerian Pengangkutan atau sebarang perkembangan terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 yang kini memasuki hari ke-25.
Sidang media hari ini dibatalkan kerana Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Menteri Pertahanan, kini berada di ibu pejabat Pusat Pemerintah Pasifik Amerika Syarikat di Hawaii untuk menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Amerika Syarikat-ASEAN.
Dalam sidang media semalam, Hishammuddin berkata beliau akan berkongsi maklumat mengenai perkembangan terkini pencarian MH370 dengan rakan-rakan sejawatannya dari negara-negara Asean dan kerajaan Amerika Syarikat.
Selain itu, lokasi sidang media akan datang yang sebelum ini diadakan di Dewan Tun Hussein Onn kini dipindahkan ke Dewan Tun Razak.

- BERNAMA

Pekerja Bank Curi RM10.8j Untuk Melanggan Pelacur

Tuesday, April 01, 2014 3 Comments
Assalamualaikum semua.

Hari ni kinah tertarik dengan tajuk Beritta Harian Online mengenai curi duit untuk melanggan pelacur. Nasibla kejadian ni berlaku di luar negara. Kalau dalam negara kita berlaku kes macam ni memang habis kena bambu pegawai bank tu. Lebih mendukacitakan, pegawai tu dah berkahwin dan mempuyai dua anak, hmm dah kahwin tapi masih melanggan pelacur. Macam-macam hal la sekarang ni. 


London: Seorang pekerja bank yang sudah berkahwin dan mencuri lebih 2 juta pound (RM10.8 juta) dari Barclays serta membelanjakannya untuk pelacur dipenjara selama tujuh tahun.
John Skermer, 45, membuka akaun bank palsu dengan overdraf 1 juta pound (RM5.4 juta), sebelum menyalurkan wang terbabit ke dalam akaun peribadinya. 
Beliau membelanjakan hampir kesemua wang terbabit untuk melanggan pelacur, malah berhabis sebanyak 1 juta pound untuk seorang pelacur saja. 
Lelaki terbabit didakwa menghabiskan masa beberapa bulan bersama wanita Thailand yang dikenali sebagai Kookai, dengan makan angin ke London dari Cheshire dan menginap di hotel mewah serta makan di restoran terkemuka.
Sepanjang tempoh itu, isteri Skermer, Tracym 33, yang dikahwininya selama 10 tahun serta mempunyai dua anak tidak mengetahui identiti suaminya itu. 
Bank kesan akaun palsu

Malah lelaki terbabit membohongi isteri dan keluarganya dengan mengatakan beliau terpaksa bekerja luar untuk membantu polis menyiasat kes penipuan.
Jawatannya sebagai ketua keselamatan teknologi maklumat (IT) membolehkan beliau mencuri sejumlah 2.1 juta pound dari bank tanpa dapat dikesan sepanjang lima tahun. Tetapi penipuan terbabit akhirnya terbongkar apabila kemas kini keselamatan di bank terbabit mengesan akaun palsu.
Ketika beliau diminta menyiasat perkara itu, beliau akhirnya membuat pengakuan.
Malah Skermer turut membelanjakan sejumlah wang untuk percutian golf mewah, tiket menyaksikan perlawanan Manchester United dan sebuah kereta pacuan empat roda berharga 35,000 pound (RM190,000). - AGENSI

Sumber daripada Berita Harian online

 

Total Pageviews