Saturday, 29 March 2014

Isteri Untuk Disewa

Assalamualaikum semua.

Lama kinah tak update blog. Kali ni kinah nak update pasai novel. Novel ni encik abang yang belikan. Tajuknya Isteri Untuk Disewa. Bila baca sinopsis dibelakang nampak macam best jer. Banyak lagi buku encik abang bagi semua dalam proses menunggu untuk dibaca. Antara buku yang kinah dapat ialah himpunan 1001 resepi masakan, Wanita Solehah dan Hadiah Buat Muslimah. 

Terima kasih abang <3 ^_^



Wednesday, 26 March 2014

Wordless Wednesday



Tak tahu nak cerita apa hari ni. Perkongsian sahaja 

Tuesday, 25 March 2014

Akhirnya Tahu Juga Lokasi Akhir MH370


Assalamualaikum semua. 

Bukak televisyen, radio, internet semua update mengenai Mh370 Yang elah hilang dari radar pada 8 Mac lepas. Bebrapa minggu mengesan pesawat itu dengan bantuan daripada 26 buah negara akhirnya kita semua tahu juga di manakah lokasi akhir pesawat malang tersebut. Berita yang disampaikan oleh Perdan Menteri kita menggemparkan seluruh negara pabila beliau telah mengesahkan lokasi ahir pesawat itu di Lautan Hindi. Kini operasi mencari giat dijalankan. Semoga keluarga semua penumpang MH370 bersabar dan tabah menghadapai dugaan Allah S.W.T. Salam Takziah dan Al-Fatihah kepada semua penumpang yang beragama Islam.


Monday, 24 March 2014

Tanggung Kesalahan Orang Lain!!!


Assalamualaikum semua, salam Isnin. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ni kinah terpanggil untuk berkongsi serba sedikit mengenai menaggung kesalahan orang lain. Hal ni ada melibatkan seorang pekerja di tempat kinah ni. Dia didapati bersalah atas tuduhan tidak mengeluarkan tiket kepada penumpang. Itu merupakan satu kesalahan yang serius. Setelah disoal siasat kami dapati sebenarnya hasil collection mereka bukan untuk dia sahaja. Tapi dikongsi dengan orang lain. Menjadi tak seronoknya dia sanggup terima kesalahan itu sungguhpun ada lagi yang terlibat dalam hal ni. Memang tidak adil bagi dia lagipun dia tak nak beritahu siapa lagi yang terlibat. Bila dia begini, mendiamkan diri namanya automatik jadi buruk dan malu.

p/s: Kalau anda mengalami situasi macam ni, adakah anda inin melindungi mereka yang turut terlibat sama?
 Cuba bagi pandangan sikit dalam hal ni.


Sunday, 23 March 2014

Slim Fast Diet Punya Pasall


Assalamualaikum semua, ingat lagi kinah menang giveaway slimfast diet dekat blog Kak Mia. Aritu kinah ada minum satu sachet tau. Kesannya selepas 5 hingga 7 jam kinah dah start masuk tandas dekat 3 kali. Perut memulas tak boleh nak cakapla. Nak amalkan ni boleh tapi haaa ada tapinya tau. Kinah kerja 6 hari seminggu cuti satu hari, komitmen nak pergi tandas tu yang problemnya. Sakitnya nk membuang pun tak tentu. Haritu masa on the way nak pergi kerja tetiba perut meragam, nasib kedai mamak dekat tumpang kedai mamak la aritu , seriau betul kalau sakit dalam bas mana nak cari toilet dalam bas. So kinah rasa kinah terpaksa hold dulu minum slimfast diet untuk satu tempoh yang kinah akan info kemudian. 

Teruskan berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan MH370.



© Love Is Simple
Maira Gall