Monday, 31 March 2014

Review SlimFast Diet

Monday, March 31, 2014 17 Comments
Assalamualaikum semua

Minta maaf pada kak Mialiana sebab kinah lewat hantar review. Agak sibuk lately. Hari ni kinah nak kongsikan penglaman kinah sepanjang beberapa hari kinah menggunakan slim fast diet ni.

Hari pertama kinah minum biasa la belum nampak lagi perubahannya. Tapi agak kerap masuk ke tandas sampai susah hati kalau sakit perut masa nak pergi kerja huhu.

Hari yang seterusnya pun sama sakit perut, tapi pada masa tu dah nampak kempis sikit perut ni. Mana taknya asyik membuang aje. Makan je cukup masa masuk tandas.

Begitula seterusnya samapai habis kinah minum. Perut kinah pun dah makin kempis dah tak buncit dah macam dulu. Produk ni memang berkesan pada mereka yang benar-benar nak kurus.

Lihatlah testimoni mereka yang telah berjaya menggunakan produk ni





Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.


Sunday, 30 March 2014

Saturday, 29 March 2014

Isteri Untuk Disewa

Saturday, March 29, 2014 3 Comments
Assalamualaikum semua.

Lama kinah tak update blog. Kali ni kinah nak update pasai novel. Novel ni encik abang yang belikan. Tajuknya Isteri Untuk Disewa. Bila baca sinopsis dibelakang nampak macam best jer. Banyak lagi buku encik abang bagi semua dalam proses menunggu untuk dibaca. Antara buku yang kinah dapat ialah himpunan 1001 resepi masakan, Wanita Solehah dan Hadiah Buat Muslimah. 

Terima kasih abang <3 ^_^



Wednesday, 26 March 2014

Tuesday, 25 March 2014

Akhirnya Tahu Juga Lokasi Akhir MH370

Tuesday, March 25, 2014 5 Comments

Assalamualaikum semua. 

Bukak televisyen, radio, internet semua update mengenai Mh370 Yang elah hilang dari radar pada 8 Mac lepas. Bebrapa minggu mengesan pesawat itu dengan bantuan daripada 26 buah negara akhirnya kita semua tahu juga di manakah lokasi akhir pesawat malang tersebut. Berita yang disampaikan oleh Perdan Menteri kita menggemparkan seluruh negara pabila beliau telah mengesahkan lokasi ahir pesawat itu di Lautan Hindi. Kini operasi mencari giat dijalankan. Semoga keluarga semua penumpang MH370 bersabar dan tabah menghadapai dugaan Allah S.W.T. Salam Takziah dan Al-Fatihah kepada semua penumpang yang beragama Islam.


Monday, 24 March 2014

Tanggung Kesalahan Orang Lain!!!

Monday, March 24, 2014 8 Comments

Assalamualaikum semua, salam Isnin. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ni kinah terpanggil untuk berkongsi serba sedikit mengenai menaggung kesalahan orang lain. Hal ni ada melibatkan seorang pekerja di tempat kinah ni. Dia didapati bersalah atas tuduhan tidak mengeluarkan tiket kepada penumpang. Itu merupakan satu kesalahan yang serius. Setelah disoal siasat kami dapati sebenarnya hasil collection mereka bukan untuk dia sahaja. Tapi dikongsi dengan orang lain. Menjadi tak seronoknya dia sanggup terima kesalahan itu sungguhpun ada lagi yang terlibat dalam hal ni. Memang tidak adil bagi dia lagipun dia tak nak beritahu siapa lagi yang terlibat. Bila dia begini, mendiamkan diri namanya automatik jadi buruk dan malu.

p/s: Kalau anda mengalami situasi macam ni, adakah anda inin melindungi mereka yang turut terlibat sama?
 Cuba bagi pandangan sikit dalam hal ni.


Sunday, 23 March 2014

Slim Fast Diet Punya Pasall

Sunday, March 23, 2014 7 Comments

Assalamualaikum semua, ingat lagi kinah menang giveaway slimfast diet dekat blog Kak Mia. Aritu kinah ada minum satu sachet tau. Kesannya selepas 5 hingga 7 jam kinah dah start masuk tandas dekat 3 kali. Perut memulas tak boleh nak cakapla. Nak amalkan ni boleh tapi haaa ada tapinya tau. Kinah kerja 6 hari seminggu cuti satu hari, komitmen nak pergi tandas tu yang problemnya. Sakitnya nk membuang pun tak tentu. Haritu masa on the way nak pergi kerja tetiba perut meragam, nasib kedai mamak dekat tumpang kedai mamak la aritu , seriau betul kalau sakit dalam bas mana nak cari toilet dalam bas. So kinah rasa kinah terpaksa hold dulu minum slimfast diet untuk satu tempoh yang kinah akan info kemudian. 

Teruskan berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan MH370.



Thursday, 20 March 2014

Alhamdulillah CPUV Ke 4 & 5

Thursday, March 20, 2014 9 Comments

Assalamualaikum semua. 

Hari ni hari rest day kinah jadi rest la sungguh-sungguh dekat rumah. Sebenarnya bos suruh kinah kerja hari ni, bila kinah fikirkan balik jangan kerana duit badan yang binasa. Baik duduk diam-diam dekat rumah bersantai hahaha. Bila dah bersantai, kinah rasa inilah masa untuk kinah bukak blog yang hidup segan mati tak mau ni. Selain bukak blog, kinah bukak Nuffnang tengok pada bahagian earning. WAAAAAAA terkezut mak bila ada 5 iklan yang tengah on going. Biar betullllll!!!! Tapi itulah kebenarannya. Tak sangka Nuffnang masih sayang kinah, bagi peluang lagi pada kinah dapat CPUV. Dulu kinah pernah curang dengan Nuffnang, kinah pasang KOmli. Tapi bila difikirkan balik baik kinah pasang balik Nuffnang. Senang kojer teman. Kali ni kinah dapat 2 CPUV tau. satu 19 hb dan satu lagi 20 hb. Alhamdulillah rezeki. Kinah sebenarnya pelik jugak, sebabnya UV kinah tak la banyak macam dulu. Sejak kerja ni UV kinah jatuh. Satu hari ada la dalam 20 UV je. Itu kinah pelik.Sebab dulu kalau nak dapat CPUV ni UV kena 100 lebih dalam satu hari. Kinah punya UV jauh dari target. Syukur dapat jugakkan. CPUV ke 4 dan 5 kinah daripada Tesco Online March Mother dan satu lagi Digi-Project Red.

Kinah tak dapat nak printscreen yer disebabkan internet slow. So pada sesiapa yang datang singgah sini, kalau rajin tekanlah iklan yang atas tepi dengan tengah tu yer. Terima kasih Nuffnang, terima kasih semua



Tuesday, 18 March 2014

Saturday, 15 March 2014

CPUV Lagi

Saturday, March 15, 2014 5 Comments

Assalamualaikum semua, alhamdulillah rezeki tak putus-putus. Dapat CPUV lagi walaupun kinah dah jarang sangat update blog sejak bekerja ni. Banyak benda nak buat. Kerja kat Opis makin menimbun. Isnin ni lak kinah terlibat dengan domestic inquiry. Sabor jela. Ha dah tau kan betapa busy tuan empunya blog ni sambai terabai blog. Walaupun dah terabai tapi pihak Nuffnang masih sayang pada kinah tau. Dapat lagi CPUV. Cpuv kali ni daripada Herbal Essence. Nak printscreen tak nampak lagi bayangnya. Baru start semalam. Masuk yang ni dah tiga ketui CPUV. Hope berjoget lama sikit yer. Terima kasih juga pada yang sudi menjengah blog yang dah rupa hidup segan mati tak mau ni huhuhu.





Tuesday, 11 March 2014

CPUV Lagi

Tuesday, March 11, 2014 4 Comments

Assalamualaikum semua, kinah rasa baru je update pasai CPUV ni. Alhamdulillah sekali lagi pihak Nuffnang bagi peluang pada kinah. Kiranya ini CPUV yang kedua untuk tahun ni. Alhamdulillah walaupun UV kinah tak tiptop macam top blogger tapi dapat juga CPUV. Harapnya dua  ketui CPUV ni berjalan lama sikit baru masyukkk. Terima kasih semua yang sudi singgah sini. CPUV kali ni daripada Popular Bookstore. 


Nampak iklan Popular jangan segan silu tekan yer hehehehe

Monday, 10 March 2014

Menang Giveaway SlimFast Diet Di Mialiana.Com

Monday, March 10, 2014 8 Comments

Assalamualaikum semua, apa khabar semua? Masing-masing sekarang tengah sibuk untuk mengetahui perkembangan pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu lepas. Semoga mereka semua berada dalam keadaan yang baik. Oh ye, lari pulak dari tajuk. Sebenarnya kinah baru je menang giveaway daripada Mialiana.Com. Dah lama kinah tak menang giveaway. Alhamdulillah rezeki. Kinah sebenarnya baru saja memenangi Slimfast diet. Nak diet la mak pun dah komen badan dah naik sejak jadi penanam anggur yang berjaya. Kini dah ada koje sikit demi sikit nak cuba menurunkan berat badan mak kata nanti baju kawin tak muat. Sentap sekejap huhuhuhuhu


Jeng-jeng kinah menang ni la. Lepas minum ni selepas sepuluh hari kinah kena buat entri review tau.

Tunggu ekkkk


Saturday, 8 March 2014

Kehilangan Pesawat MH370

Saturday, March 08, 2014 4 Comments

Assalamualaikum semua, hari ini semua tajuk berita mengenai pesawat MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan hingga kini. Kini semua pihak berusaha menggembleng tenaga untuk misi mencari dan menyelamat. Diharap pada semua tidak menyebarkan sebarang spekulasi di laman sosial mengenai kejadian ini dan berdoa supaya proses misi mencari dan menyelamat dipermudahkan. Semoga semua penumpang berada dalam baik hendaknya.



Friday, 7 March 2014

Dapat CPUV

Friday, March 07, 2014 1 Comments

Assalamualaikum semua,

Lama kinah tak update pasai CPUV. Sebabnya kinah dah lama tak dapat CPUV. Last masa bulan Januari haritu. Alhamdulillah, walaupun blog ni kurang diberi perhatian tapi pihak Nuffnang masih sayang pada kinah cewahhh perasan je la. Kali ni CPUV daripada Line Shopping. Saja je tadi bukak web Nuffnang tak sangka pulak ada masyukkk. Terima Nuffnang dan pada semua yang sudi singgah blog ni. 

 psss: Nampak iklan ni jangan lupa tekan yer hihihi terima kasih :)

Monday, 3 March 2014

Bila Dah Bekerja

Monday, March 03, 2014 11 Comments
Assalamualaikum semuaa,

Hari ni genap seminggu kinah kerja dekat Perak Transit. Agak mencabar juga kerja kat sini. Orang ingat kerja kat sini rilek je dan hanya fikir jaga tiket. No No!!!! Selain daripada mengawal tiket-tiket dan agihkan tiket kepada konduktor yang berkenaan, kami juga akan sentiasa update tiket tu untuk dikira bagi memastikan tiada sebarang short,  mana-mana yang short tu kami akan kira sebanyak dua kali bagi memastikan jumlah yang terdapat pada waybill dan collection daripada konduktor adalah tepat. Selain itu, kinah juga diberi tugas untuk update penggunaan diesel, pada masa ni baru la tahu betapa pentingnya Microsoft Excell huhu (masa sekolah dulu malas belajar). Banyak sebenarnya tanggungjawab kami. Di office, terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Sektor General, Sektor Ipoh dan Sektor Kampar. Antara ketiga sektor ni, sektor Ipoh banyak sikit kerjanya sebab kebanyakannya menggunakan mesin. Jadi jalan pengiraannya panjang sikit berbanding dengan sektor lain. Kinah yang baru ni pun pening apatah lagi kerani lama huhu. Selain itu, bila kerja kat sini kitorang memang selalu bertekak dengan konduktor, mana taknya kami tak siap lagi kira diorang dah tanya sudah kira ke collection kami. Bila betul jumlah pada waybill senyap la. Kalau tak sama jumlah diorang akan tanya apa kesalahan diorang dan kata kami salah kira, bila cek balik rupanya salah diorang jadi secara tak langsung duit tu short, bila kami kata kami dah kira betul dan lepas penat bertekak barula diorang menaku salah, tambah pula kebanyakan konduktor dah masuk golongan veteran. Jadi faham je la. Jumaat lepas bos suruh pergi taklimat PERKSEO, alahai kinah bila dengar taklimat yang lemah ni. Tapi kinah gagahkan juga sebab nanti kinah kena handle PERKESO pekerja. Walaupun penat kerja ni, ada benefitnya tau, staff dapat naik bas percuma ke semua destinasi Perak Transit yuhuuuu syokk ooo paling jauh boleh pergi ke Cameron Highland tau. Tapi pergi sorang mana seronok, kena bawak partner barula seronok jalan. Kalau nak berjalan kenala apply cuti awal sikit sebab faham je la kerja dengan company bas, bas mana ada cuti. Kami kerja dari Isnin hingga Ahad dan kami punya rest day hanya satu hari sahaja. Entahla raya tahun ni macam mana. Agaknya dapat cuti ke tak ye huhu

Sunday, 2 March 2014

Semakan Keputusan SPM Secara Online dan SMS

Sunday, March 02, 2014 5 Comments
Assalamualaikum semua...

Pada adik-adik SPM 2013 tak lama lagi boleh semak keputusan melalui online. Tak macam zaman dulu kena pergi sekolah ambil keputusan. Sekarang semua berada di hujung jari sahaja. Keputusan SPM 2013 dijangka akan keluar pada 19 Mac 2014. Sabar menanti ye adik-adik semua. 

Nak tahu macam mana nak cek keputusan adik-adik bolehla lawat laman web ni 


(Sila klik gambar ni)

Mana Satu Pilihan Anda?

Sunday, March 02, 2014 3 Comments
Assalamualaikum, agak lama juga kinah tak berblog kan. Da  bersawang blog ni. Hari ni kinah nak buat anda semua berfikir dan beri pendapat mengenai satu situasi.

Anda merupakan seorang pegawai perubatan. Suatu hari anda ternampak satu kemalangan di lebuh raya ketika anda dalam perjalanan pulang ke rumah. Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori. Anda berhenti untuk membantu mangsa kemalangan tersebut. Apabila anda menghampiri kenderaan yang terlibat dengan kemalangan itu anda mendapati salah seorang mangsa tersebut merupakan suami atau isteri anda serta kekasihnya sedang cedera parah dan harapan untuk hidup adalah tipis. Isteri atau suami anda pada masa itu sedang mengalami pendarahan yang sangat banyak dan memerlukan bantuan. Pada masa yang sama kekasih pasangan anda juga mengalami pendarahan turut memerlukan pertolongan dari anda.
Persoalannya mangsa yang manakah perlu anda selamatkan??????? 

motivational inspirational love life quotes sayings poems poetry pic picture photo image friendship famous quotations proverbs


Giveaway [1] : FanPage Publishing by yanapinkblossom.blogspot

Sunday, March 02, 2014 3 Comments



AssaLamuaikum semua lama tak join giveaway. Jom join ramai2



HADIAH :
1x Thumb Drive TOSHIBA 8GB
1x Sibyl Earphone (Pink)
1x USB Notebook/PC LED Light
1x SKII Signs Eye Mask
1x Skin Food Shea Butter Facial Mask Sheet
1x Carrot Collagen Eye Sheet
1x Multipurpose Marker Straps
(*Gambar-gambar hadiah akan diupdate kemudian.....)


TARIK TUTUP : 21 MAC 2014 , 8.00 MALAM


loading...

Total Pageviews