Saturday, 8 March 2014

Kehilangan Pesawat MH370


Assalamualaikum semua, hari ini semua tajuk berita mengenai pesawat MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan hingga kini. Kini semua pihak berusaha menggembleng tenaga untuk misi mencari dan menyelamat. Diharap pada semua tidak menyebarkan sebarang spekulasi di laman sosial mengenai kejadian ini dan berdoa supaya proses misi mencari dan menyelamat dipermudahkan. Semoga semua penumpang berada dalam baik hendaknya.



Friday, 7 March 2014

Satu Hari Di Opis


Assalamualaikum semua..

Ni la keje kinah setiap hari kat office. Tengok fail kuning tu, bersusun kahkah

Hari ni punya sale dah update. Esok pulak sambung.

Dapat CPUV


Assalamualaikum semua,

Lama kinah tak update pasai CPUV. Sebabnya kinah dah lama tak dapat CPUV. Last masa bulan Januari haritu. Alhamdulillah, walaupun blog ni kurang diberi perhatian tapi pihak Nuffnang masih sayang pada kinah cewahhh perasan je la. Kali ni CPUV daripada Line Shopping. Saja je tadi bukak web Nuffnang tak sangka pulak ada masyukkk. Terima Nuffnang dan pada semua yang sudi singgah blog ni. 

 psss: Nampak iklan ni jangan lupa tekan yer hihihi terima kasih :)

Monday, 3 March 2014

Bila Dah Bekerja

Assalamualaikum semuaa,

Hari ni genap seminggu kinah kerja dekat Perak Transit. Agak mencabar juga kerja kat sini. Orang ingat kerja kat sini rilek je dan hanya fikir jaga tiket. No No!!!! Selain daripada mengawal tiket-tiket dan agihkan tiket kepada konduktor yang berkenaan, kami juga akan sentiasa update tiket tu untuk dikira bagi memastikan tiada sebarang short,  mana-mana yang short tu kami akan kira sebanyak dua kali bagi memastikan jumlah yang terdapat pada waybill dan collection daripada konduktor adalah tepat. Selain itu, kinah juga diberi tugas untuk update penggunaan diesel, pada masa ni baru la tahu betapa pentingnya Microsoft Excell huhu (masa sekolah dulu malas belajar). Banyak sebenarnya tanggungjawab kami. Di office, terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Sektor General, Sektor Ipoh dan Sektor Kampar. Antara ketiga sektor ni, sektor Ipoh banyak sikit kerjanya sebab kebanyakannya menggunakan mesin. Jadi jalan pengiraannya panjang sikit berbanding dengan sektor lain. Kinah yang baru ni pun pening apatah lagi kerani lama huhu. Selain itu, bila kerja kat sini kitorang memang selalu bertekak dengan konduktor, mana taknya kami tak siap lagi kira diorang dah tanya sudah kira ke collection kami. Bila betul jumlah pada waybill senyap la. Kalau tak sama jumlah diorang akan tanya apa kesalahan diorang dan kata kami salah kira, bila cek balik rupanya salah diorang jadi secara tak langsung duit tu short, bila kami kata kami dah kira betul dan lepas penat bertekak barula diorang menaku salah, tambah pula kebanyakan konduktor dah masuk golongan veteran. Jadi faham je la. Jumaat lepas bos suruh pergi taklimat PERKSEO, alahai kinah bila dengar taklimat yang lemah ni. Tapi kinah gagahkan juga sebab nanti kinah kena handle PERKESO pekerja. Walaupun penat kerja ni, ada benefitnya tau, staff dapat naik bas percuma ke semua destinasi Perak Transit yuhuuuu syokk ooo paling jauh boleh pergi ke Cameron Highland tau. Tapi pergi sorang mana seronok, kena bawak partner barula seronok jalan. Kalau nak berjalan kenala apply cuti awal sikit sebab faham je la kerja dengan company bas, bas mana ada cuti. Kami kerja dari Isnin hingga Ahad dan kami punya rest day hanya satu hari sahaja. Entahla raya tahun ni macam mana. Agaknya dapat cuti ke tak ye huhu

Sunday, 2 March 2014

Semakan Keputusan SPM Secara Online dan SMS

Assalamualaikum semua...

Pada adik-adik SPM 2013 tak lama lagi boleh semak keputusan melalui online. Tak macam zaman dulu kena pergi sekolah ambil keputusan. Sekarang semua berada di hujung jari sahaja. Keputusan SPM 2013 dijangka akan keluar pada 19 Mac 2014. Sabar menanti ye adik-adik semua. 

Nak tahu macam mana nak cek keputusan adik-adik bolehla lawat laman web ni 


(Sila klik gambar ni)

Mana Satu Pilihan Anda?

Assalamualaikum, agak lama juga kinah tak berblog kan. Da  bersawang blog ni. Hari ni kinah nak buat anda semua berfikir dan beri pendapat mengenai satu situasi.

Anda merupakan seorang pegawai perubatan. Suatu hari anda ternampak satu kemalangan di lebuh raya ketika anda dalam perjalanan pulang ke rumah. Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori. Anda berhenti untuk membantu mangsa kemalangan tersebut. Apabila anda menghampiri kenderaan yang terlibat dengan kemalangan itu anda mendapati salah seorang mangsa tersebut merupakan suami atau isteri anda serta kekasihnya sedang cedera parah dan harapan untuk hidup adalah tipis. Isteri atau suami anda pada masa itu sedang mengalami pendarahan yang sangat banyak dan memerlukan bantuan. Pada masa yang sama kekasih pasangan anda juga mengalami pendarahan turut memerlukan pertolongan dari anda.
Persoalannya mangsa yang manakah perlu anda selamatkan??????? 

motivational inspirational love life quotes sayings poems poetry pic picture photo image friendship famous quotations proverbs


Giveaway [1] : FanPage Publishing by yanapinkblossom.blogspot




AssaLamuaikum semua lama tak join giveaway. Jom join ramai2



HADIAH :
1x Thumb Drive TOSHIBA 8GB
1x Sibyl Earphone (Pink)
1x USB Notebook/PC LED Light
1x SKII Signs Eye Mask
1x Skin Food Shea Butter Facial Mask Sheet
1x Carrot Collagen Eye Sheet
1x Multipurpose Marker Straps
(*Gambar-gambar hadiah akan diupdate kemudian.....)


TARIK TUTUP : 21 MAC 2014 , 8.00 MALAM


© Love Is Simple
Maira Gall