Friday, 21 February 2014

Alhamdulillah, Rezeki

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah semalam berjaya juga kinah pergi interview di UTC Ipoh sungguhpun bersesak dengan ribuan manusia. Siapa interview kat sana semalam tahulah keadaannya sampai ada yang pengsan. Itulah realitinya sekarang, ramai yang datang untuk interview tapi kekosongan hanya beberapa sahaja. Ikut pada rezeki masing-masing. Ada rezeki adalah, tak ada rezeki tak adalah. Nak cerita pasai semalam, kinah sampai UTC dalam 8.30 pagi macam tula biasala kita naik bas lambat sikit itupun dah berbaris panjang untuk tunggu pendaftaran. Ramai gila sampai berpeluh panas. Bila waktu pendaftaran buka sikit demi sikit bergerak masa tu aksi tolak himpit semua ada. Sabor je la. Lepas bersesak berpulas berhimpit akhirnya kinah dapat juga nombor giliran lepas die cek sijil kinah tu. Itupun acara tolak himpit masih ada last kinah dan mia (baru je kenal masa tu) keluar dari ribuan manusia tu untuk isi borang sambil tunggu member kinah hantar resume. Rumah takde printer suruh memberla kebetulan die kerja dekat area situ. Lepas sekian lama tunggu akhirnya nombor giliran kami dipanggil. Alamak nak tempuh balik ribuan manusia lagi. Rempuh je la lepas tunjuk nombor pada pegawai yang bertugas dan masuk ke Pusat Jobs Malaysia tu. Kami duduk pada kerusi disediakan dan tunggu turn kami. Lepas kena temuduga tu nak keluar tu masih sesak lagi. Haish kami berbisik sesama kami nape la tak buat kat dewan, besar sikit. Lepastu kinah rehat dulu kat gym berhampiran Jobs Malaysia kebetulan member yang hantar resume tu kerja kat situ. Sahaja amik nafas dan sembang jap pastu kinah cadang nak balik. Member suruh tunggu katanya petang tu ada lagi walk interview dari Proton bila pergi intai untuk lelaki je kinah kata aku nak baliklah. Member hantar ke bus stesen Medan Kidd. Sementara tunggu bas nak balik, kinah ternampak satu jawatan kosong sebagai kerani dekat Perak Transit. Haish pergi tanyalah kat kaunter tu. Orang tu suruh tunggu dulu sebab time rehat. Nanti dia panggil bawak kinah pergi office. Lepas beberapa minit kinah tunggu, orang tu panggil dan kinah pun ikut pergi office. Lepas isi borang semua kinah di temuduga oleh admin yang benama Michelle. Semua kat situ friendly la. Lepas ditemuduga kinah balik. Masa dalam bas nak on the way balik seorang staff mereka call suruh datang interview kali kedua dengan bos pulak. Kinah pun pergila pagi tadi, lepas ditemuduga akhirnya kinah diterima. Alhamdulillah tak terkata. Kinah mula kerja Isnin ni. Antara kemudahan kerja kat situ kinah naik bas free huhuhu jimat gaji den. Ok la itu je nak cerita kali ni. 

 

Wednesday, 19 February 2014

Semakin Ketandusan Idea

Assalamualaikum semua...

Perasan tak lately kinah jarang updatekan (bajet retis la tu huhu) Sebenarnya kinah kadang-kadang tak tahu nak update ape bila intenet laju macam Usain Bolt tapi bila time intenet slow rupa siput mulala idea datang mencurah-curah. Sabor je la. Aritu blogger cik Amal tanya kinah pasai segmen pencarian Bloglist Februari aritu dah tamat ke? Sebenarnya cik Amal kinah dah anjak tarikh pada 3 Februari aritu tapi disebabkan tiada sambutan yang menggalakkan kinah rasa baik kinah batalkan dan hadiah tu akan dipostpone pada segmen yang akan datang. Kinah lupa nak info sebab keadaan intenet yang tak berapa mesra alam masa tu. Maaf sangat-sangat pada yang join tu. Harap sangatla ada sambutan masa tu. Sekarang ni kinah tengok terlampau banyak segmen dan giveaway yang sedang rancak berjalan pada masa ni. Dulu kinah memang rajin join giveaway, segmen semua tu tapi sekarang kinah dah mula kurangkan penglibatan kinah bukan tak nak bagi support, tapi disebabkan terlampau banyak syarat kinah terpaksa fikir 2 3 kali nak join takot kouta intenet habis nanti bising adik-adik teman sebab diorang tak leh online huhu. Selain daripada tu, ditambah pula dengan sambal malas nak bukak laptop nak tunggu loading menyebabkan bertambah penyakit malas kinah ni. Kinah bukak laptop kalau teringin nak tengok movie yang kinah sempat ambil daripada adik masa cuti raya Cina dulu.

PSS: Esok kinah ada inteview dekat Jobs Malaysia doakan kinah berjaya yer. Terima Kasih semua.

Monday, 17 February 2014

FEBRUARY 2014 GIVEAWAY

Assalamualaikum semua, agak lama kinah tak join Giveaway. Kali ni kinah nak join giveaway akak mazatul.


Jom join tarikh tutup lambat lagi. Oh ye kata kak Mazatul penyertaan kurang daripada 50 orang penyertaan automatik dibatalkan. Tunggu apa lagi, nak join click pada banner 

Sunday, 16 February 2014

Realiti Pada Masa Kini



Assalamualaikum semua? Apa khabar, sihat?? Harap sihat hendaknya. Pada musim kemarau yang melanda sekarang ni jangan lupa perbanyakkan minum air kosong. Sekarang ni macam-macam hal yang berlaku di negara kita antaranya kemarau yang sedang melanda sehingga empangan dibeberapa buah negeri berada pada tahap kritikal selain itu dengan berlakunya kebakaran hutan dibeberapa buah negeri. Apa yang berlaku anggap saja ujian daripada Allah SWT dan bila difikirkan balik kebakaran yang berlaku kebanyakkannya adalah kecuaian manusia yang mana begitu gemar membuat pembakaran terbuka, membuang puntung rokok merata-rata tempat. Sedar atau tak sedar perbuatan anda itu akan mengundang bahaya bukan sahaja pada diri anda malah pada masyarakat sekitar. Nak kata tiada kempen, dah bermacam-macam kempen dah dijalankan oleh pihak berkuasa namun masih ada lagi yang tak amik kisah akan hal ni dan masih teruskan juga dengan aktiviti mereka tu. Jadi kempen yang dibuat tu umpama mencurah air ke daun keladi. Petang semalam masa nak siram bunga kinah nampak kepulan asap hitam di belakang kawasan taman kinah ni, itu tak lain tak bukan pembakaran terbuka la tu, wahai tuan puan sekalian ingatlah kita ni cuma pinjam dunia ni daripada anak cucu cicit kita, jadi bermula dari sekarang lah kita perlu pelihara bukan bila dah rosak, dah musnah baru nak pelihara. Sama-samalah kita renungkan. 

© Love Is Simple
Maira Gall