Thursday, 23 January 2014

Rice Dispenser (Tupperware)

Assalamualaikum
 oleh kerana ada yang tanya pasal rice dispenser, kinah update kat bawah ni yer.

Sekarang ni tengah promosi



Berminat??? PM kinah yer 


Jom Cuci Mata Dengan Tupperware

Assalamualaikum semua minat tak dengan produk tupperware ni?



1. 1111 1172
Purple Pitcher (1) 2.3 L
RM54.50

2. 1111 0819
Purple Mugs And Seals (4) 350 ml
RM49.20

A828
Lavender Set
Comprises:
Purple Pitcher (1) 2.3 L
Purple Mugs And Seals (4) 350 ml
RM103.70

1111 0839
Purple Allegra Serving Centre (1)
RM89.00




1111 0818
Tall Canister (1) 10.0L
RM 84.00

A807
Tall Canister (2) 10.0L
RM 168.00 

Minat PM kinah kat sini yer ----> Nurul Sakinah


Wednesday, 22 January 2014

Kecik-Kecik Dah Pakai Spek Mata


Assalamaualaikum semua

Comeikan baby ni, kecik-kecik dah pakai spek

,kali ni kinah lewat sikit nak update entri sebab nak beri peluang pada si adik nak isi borang UPU. Pada adik-adik di luar sana buatlah keputusan yang terbaik demi masa depan. Topik kinah hari ni bukan nak cerita pasai isi borang upu ni. Kinah nak cerita sikit mengenai pemakaian cermin mata dalam kalangan kanak-kanak. Kesian kat adik-adik kecik-kecik dah pakai cermin mata, ini secara tak langsung akan membataskan aktiviti mereka. Jangan fikir budak yang pakai cermin mata ni tak boleh join aktiviti lasak-lasak,mereka boleh lakukan tapi ada batasnya.

Kalau kinah berjalan di shopping mall, pasar malam mesti terjumpa kanak-kanak yang pakai cermin mata. Antara faktor yang menyebabkan pemakaian cermin mata dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan keturunan. Jika dah mak dan ayahnya pemakai cermin mata tegar si anak, confirm pakai juga. Sebagai contoh family kinah majoriti kami sekeluarga terutama belah mak memang pakai cermin mata. Faktor seterusnya ialah tabiat menonton televisyen dan menghadap komputer dengan jarak yang dekat. Perkara ni memang budak-budak suka, makin kita larang lagi diorang buat. Ish2. Harap pada ibu bapa di luar sana pantau segala aktiviti anak-anak anda terutama menonton televisyen jika tak pantau alamatnya tak lama lagi pakai cermin mata la diorang.

Bila dah mula pakai cermin mata semua aktiviti jadi terbatas, yang lelaki minat main bola macam mana nak main bola kalau dah bercermin mata, memang ada yang main bola tapi risikonya tinggi. Begitu juga pada yang bercita-cita nak masuk dalam badan beruniform cita-cita tu akan terkubur oleh kerana syaratnya penglihatan mestilah jelas. Serius kinah beritahu kalau dah sekali pakai cermin mata akan melekatla cermin tu sampai bila-bila. Kadang-kadang jeles gak tengok kawan-kawan tak pakai spek  ni nampak lebih bebas. Sepanjang kinah pakai spek ni dah 4 kali dah kinah tukar huhuhu. Nampak gayanya kena tukar lagi ni sebab dah kelabu asap je rasanya. 

p/s Hargailah dan bersyukurlah segala anugerah yang telah diberi oleh Allah S.W.T.

Tuesday, 21 January 2014

Fenomena Ais Mini Tidak Akan Berlaku Di Malaysia


Assalamualaikum

Siapa baca akhbar kosmo semalam mengenai fenomena ais mini? Semalam akhbar kosmo ada mengeluarkan berita Matahari menyejuk akan mengancam bumi. Fenomena zaman ais mini yang diramalkan akan berlaku 40 tahun lagi berkemungkinan besar tidak akan berlaku di Malaysia kerana kedudukannya di garisan khatulistiwa yang mempunyai penerimaan cahaya yang banyak pada sepanjang tahun.

Menurut Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Fizik, Univeristi Sains Malaysia (USM), Prof Madya Chong Hon Yew, fenomena itu berlaku apabila aktiviti matahari berada pada tahap minimum sehingga menyebabkan berlakunya letusan solar pada permukaan matahari berkurangan dan menyebabkan matahari menyejuk.Pakar astronomi juga memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji perubahan ini dan beliau tidak dapat memberikan ramalan negara mana yang akan terjejas kerana belum pasti sama ada fenomena itu akan berlaku dalam masa 40 tahun lagi. Beliau mengulas berdasarkan laporan akhbar Kosmo semalam bahawa sepasukan saintis Britain mendapati terdapat tanda-tanda matahari mula menyejuk dan berkemungkinan dunia akan dilanda zaman ais mini pada 40 tahun lagi.

Pada kinah, ini semua hanya ramalan sahaja. Segala yang berlaku pada masa akan datang hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. 



Kerja Sekarang Wajib Pakai Kabel Yer??

Assalamualaikum semua..

Dah dekat dua bulan dah kinah konvo, tapi sampai sekarang masih belum ada kerja lagi yang lekat. Hmm entahla. Baru-baru ni kinah ada apply guru ganti dan sekolah tu pulak tempat mak saudara kinah kerja. Nak dijadikan cerita, lepas kinah hantar semua dokumen pada mak cik kinah dan permohonan tu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah. Lama jugak kinah tunggu keputusan dari PPD dan tadi kinah dapat mesej dari mak cik. Bad news  kinah dapat. Sampai sekarang PPD tak bagi keputusan dan yang paling tak syok sekali bila ketua panitia sekolah tu nak melobi anak saudara dia pulak dengan alasan kinah ni pernah mengajar ke? Mampu ke nak mengajar. Sekarang ni kan pakai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ok la memang kinah tak ada pengalaman mengajar, tapi at least benda tu kita boleh belajarkan. Kinah pun dah tak harap dah kerja tu.


Kinah tak faham la sekarang ni, mana-mana kerja semuanya pakai kroni. Dulu kinah pernah pergi interview, kerja sebagai admin cum sale, bajet dapatla, rupanya hampa. Kebetulan pulak kawan kepada sepupu kinah kerja kat situ bagitahu rupanya jawatan tu dah ada orang dah. Interview tu kira buat syarat ajer. Kinah rasa #$%#@@ yela kita penat pergi interview dengan harapan dapatla kerja tu rupanya dah ada calon. Calon tu pulak sebenarnya adik kepada technician kat situ. Lagi kinah rasa ##%#%^@.  Masa kinah hang out dengan sepupu hari tu dia bagitahu budak tu problem pulak. Hmm nasibla, orang yang betul-betul nak kerja tak dapat, orang yang entah mana dapat pulak, bila ada problem hadapila yer. Baru-baru ni kinah ada We Chat dengan crime buddies masa dekat u dulu. Dia kata sekarang ni memang payah sikit nak dapat kerja, kita kena rajin keluar cari, dah cari tapi masih tak ada pergi interview pun penat je yang dapat sebab dah ada calonnya. Entahla, orang yang tak ada kabel kuat ni payah gak nak dapat kerja. Kinah tak memilih kerja pun, kinah harap satu hari nanti adala kerja untuk kinah. 


 

Sunday, 19 January 2014

Jom Join WhoHAA!.com

Assalamualaikum semua. malam ni kinah tak da buat apa-apa, so malam ni kinah nak share sikit pasai satu laman web yang menawarkan hadiah percuma. Sapa yang tak nak hadiah percumakan. Apa yang perlu korang lakukan ialah dengan menjawab beberapa soalan mudah untuk mengumpul point. Bila point dah cukup, bolehla tebus barang yang korang minat. Memang sebenarnya dah agak lama orang promote laman web ni cuma kina je yang tak berapa rajin nak post hukhuk.

Pada yang nak join, boleh klik kat atas ni tau

Lepastu ikut step yang diberi ^_^

RM1,000 Ang Pow Giveaway By Nile.Com.My

Assalamualaikum, siapa nak menang wang tunai??

Jom kita join ramai-ramai mana tau tuah kita kan



Tarikh tutup adalah 21/1/2014


Alexa Waiting For You


Assalamualaikum semua, 

Orang sibuk tayang alexa diorang. Kinah pun nak tayang jugala. Tapi kinah punya tak segempak korang punya

Pada yang nak cek jugak, boleh tekan kat sini 

Nuffnang Versus Komli

Assalamualaikum semua...

Lama rasanya tak online, post yang lepas-lepas tu kinah buat autopost. Pergi bercuti mana sempat nak update entri hehehe. Baru-baru ni, kinah ada apply Komli. Nak tau apa tu Komli? dan perbezaan antara Nuffnang dan Komli? Boleh rujuk di sini

Macam Bestkan!!!!

Kenapa tiba-tiba nak beralih arah? Sebabnya Nuffnang kinah tengok dah tak hot macam dulu. Dulu masyukkk je, sejarang ni nak dapat satu CPUV pun dah susah. Kinah perhati ramai juga blogger sekarang nak curang dengan Nuffnang hmmm, Nuffnang kena buat something untuk tarik balik perhatian kami ni. Kinah sebenarnya dah apply pun Komli dan dah dapat feedback dari pihak Komli, sekarang kinah tengah tunggu coding tuk iklan pulak. Wait and see ^_^




Tak sabar nak dapat earning banyak-banyak!!!!

© Love Is Simple
Maira Gall