Sidang media harian MH370 dibatalkan

Assalamualaikum semua..
Kali ni kinah nak share mengenai sidang media harian MMH370. Berita ni dipetik daripada Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Sidang media harian mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada jam 5.30 petang hari ini dibatalkan.
Pembatalan sidang media itu dimaklumkan oleh sekretariat bilik media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira 1 tengah hari tadi.
Bagaimanapun, petugas media dari dalam dan luar negara tetap berkampung di PWTC bagi menunggu sebarang kenyataan akhbar daripada Kementerian Pengangkutan atau sebarang perkembangan terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 yang kini memasuki hari ke-25.
Sidang media hari ini dibatalkan kerana Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Menteri Pertahanan, kini berada di ibu pejabat Pusat Pemerintah Pasifik Amerika Syarikat di Hawaii untuk menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Amerika Syarikat-ASEAN.
Dalam sidang media semalam, Hishammuddin berkata beliau akan berkongsi maklumat mengenai perkembangan terkini pencarian MH370 dengan rakan-rakan sejawatannya dari negara-negara Asean dan kerajaan Amerika Syarikat.
Selain itu, lokasi sidang media akan datang yang sebelum ini diadakan di Dewan Tun Hussein Onn kini dipindahkan ke Dewan Tun Razak.

- BERNAMA

You Might Also Like

2 Pengomen Tegar

  1. Terfikir gak perlu ke sidang media jika belum ada maklumat terkini, jadi eloklah buat jika ada apa2 yang terbaru je...

    ReplyDelete
  2. Wa alaikumusalam
    warahmatullahi
    wabarukatuh Kinah :)

    Moh le kite semua doakan semoga
    segala pencarian bangkai tersebut
    di permudahkan oleh Allah swt..
    Al fatihah..

    ReplyDelete