Sunday, 2 March 2014

Mana Satu Pilihan Anda?

Assalamualaikum, agak lama juga kinah tak berblog kan. Da  bersawang blog ni. Hari ni kinah nak buat anda semua berfikir dan beri pendapat mengenai satu situasi.

Anda merupakan seorang pegawai perubatan. Suatu hari anda ternampak satu kemalangan di lebuh raya ketika anda dalam perjalanan pulang ke rumah. Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dengan sebuah lori. Anda berhenti untuk membantu mangsa kemalangan tersebut. Apabila anda menghampiri kenderaan yang terlibat dengan kemalangan itu anda mendapati salah seorang mangsa tersebut merupakan suami atau isteri anda serta kekasihnya sedang cedera parah dan harapan untuk hidup adalah tipis. Isteri atau suami anda pada masa itu sedang mengalami pendarahan yang sangat banyak dan memerlukan bantuan. Pada masa yang sama kekasih pasangan anda juga mengalami pendarahan turut memerlukan pertolongan dari anda.
Persoalannya mangsa yang manakah perlu anda selamatkan??????? 

motivational inspirational love life quotes sayings poems poetry pic picture photo image friendship famous quotations proverbs


3 comments

  1. OMG rumitnya .__. Kedua-duanya nyawa T_T call ambulans dulu xD

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cik Kinah ,
    Waaah mencabar jugak soklan ni nih.. hmm camne pun teman nk bg pendapat secara umum dan apa yang terlintas pada fikiran teman yang idak ler seberapa..

    1 - kita perlu ingat pada firman Allah swt dalam surah Ar-Rahman menyebutkan jika kita berbuat kepada perbuatan yang ehsan maka balasan ehsan jua yang akan kita dapat . Maka dalam situasi macam ni teman cadangkanlah yer pada kekita tu supaya buanglah ego kita ..
    seburuk mana pun Isteri / suami itu jika di beri peluang Insya Allah dia pasti akan berubah . Iblis dan Armada ketenteraan nya sangat jahat seperti dalam firman Allah swt dalam surah yasin ada menyatakan bahawa
    " Hai Anak Cucu Adam Mengapakah Engkau ingin menjadikan Iblis itu sahabat mu sedangkan dengan jelas Iblis itu adalah musuh yang nyata ingin menyesatkan kamu " .

    2- Allah swt itu Maha Adil dan Maha Pemurah terhadap hamba-hamba Nya
    dangan jelas memberikan dua jalan atas pilihan kita sendiri . Jadi , jika kita sendiri tidak membantu ahli keluarga kita . Siapa lagi dan pada masa yang sama teman setuju dengan pendapat Sedara Yun Sing .
    first repornden tindakkan kita adalah call ambulan dan jika kita mengetahui
    ( kepakaran ) untuk menghentikan pendarahan tersebut . adalah lebih baik
    dan dengan pantas kita lakukannya demi nyawa orang yang kita sayang .
    kerana Nyawa tidak boleh di galas ganti dan bertawakal pada Allah ,
    insya Allah . Semua atas ketentuan nya .


    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall