Monday, 3 March 2014

Bila Dah Bekerja

Assalamualaikum semuaa,

Hari ni genap seminggu kinah kerja dekat Perak Transit. Agak mencabar juga kerja kat sini. Orang ingat kerja kat sini rilek je dan hanya fikir jaga tiket. No No!!!! Selain daripada mengawal tiket-tiket dan agihkan tiket kepada konduktor yang berkenaan, kami juga akan sentiasa update tiket tu untuk dikira bagi memastikan tiada sebarang short,  mana-mana yang short tu kami akan kira sebanyak dua kali bagi memastikan jumlah yang terdapat pada waybill dan collection daripada konduktor adalah tepat. Selain itu, kinah juga diberi tugas untuk update penggunaan diesel, pada masa ni baru la tahu betapa pentingnya Microsoft Excell huhu (masa sekolah dulu malas belajar). Banyak sebenarnya tanggungjawab kami. Di office, terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Sektor General, Sektor Ipoh dan Sektor Kampar. Antara ketiga sektor ni, sektor Ipoh banyak sikit kerjanya sebab kebanyakannya menggunakan mesin. Jadi jalan pengiraannya panjang sikit berbanding dengan sektor lain. Kinah yang baru ni pun pening apatah lagi kerani lama huhu. Selain itu, bila kerja kat sini kitorang memang selalu bertekak dengan konduktor, mana taknya kami tak siap lagi kira diorang dah tanya sudah kira ke collection kami. Bila betul jumlah pada waybill senyap la. Kalau tak sama jumlah diorang akan tanya apa kesalahan diorang dan kata kami salah kira, bila cek balik rupanya salah diorang jadi secara tak langsung duit tu short, bila kami kata kami dah kira betul dan lepas penat bertekak barula diorang menaku salah, tambah pula kebanyakan konduktor dah masuk golongan veteran. Jadi faham je la. Jumaat lepas bos suruh pergi taklimat PERKSEO, alahai kinah bila dengar taklimat yang lemah ni. Tapi kinah gagahkan juga sebab nanti kinah kena handle PERKESO pekerja. Walaupun penat kerja ni, ada benefitnya tau, staff dapat naik bas percuma ke semua destinasi Perak Transit yuhuuuu syokk ooo paling jauh boleh pergi ke Cameron Highland tau. Tapi pergi sorang mana seronok, kena bawak partner barula seronok jalan. Kalau nak berjalan kenala apply cuti awal sikit sebab faham je la kerja dengan company bas, bas mana ada cuti. Kami kerja dari Isnin hingga Ahad dan kami punya rest day hanya satu hari sahaja. Entahla raya tahun ni macam mana. Agaknya dapat cuti ke tak ye huhu

11 comments

  1. Good luck for your new job..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...sama kat tempat Diana...restday satu hari jer iaitu ahad..Raya pulak dapat cuti jgk 2 hari...hehe..

    ReplyDelete
  3. Waa.. bila dah kerja banyak tanggungjawabnya .. .__.

    ReplyDelete
  4. wah jalan2 tu yg best.. anne nak g cameron, bawak anne nnt eh? hihihi

    ReplyDelete
  5. mesti letihkan keja . . tambah rest satu hari je . . tapi tak pela anggap smua ni pengalaman untuk masa depan nanti :)

    ReplyDelete
  6. kalau berbalah ngan cust ni payah... dia je yg betul... sabar je la

    ReplyDelete
  7. selamat bekerja kinah.tak apa cari pengalaman dulu t lama2 ok la tu

    ReplyDelete
  8. kerja mana tak letih.. hurmm.. kerja saya pun, sangat memenatkan.. huhu... ):

    ReplyDelete
  9. akk tag kinah...

    http://msredcheesecake.blogspot.com/2014/03/giveaway-siapa-yang-bertuah.html

    ReplyDelete
  10. bersabarlah Kinah , macam tu lah kerja .
    adeee jer yang tak kena.. sabooor je lah..
    apa pun . jujur ikhlas dan amanah adalah penting .
    si dia pasti akan memahami akan kamu nnt . Cayok2. ^_^ V

    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall