Perubahan

  • Tuesday, February 11, 2014
  • By Kin Naz
  • 7 Comments

Assalamualaikum


Lama rasanya tak update entri yer, bukan apa dengan keadaan internet limit bila adik-adik balik habis kouta internet. Perubahan? hmmmm apa itu perubahan. Apa yang kinah faham dan dapat kinah simpulkan ialah kita berubah daripada yang negatif  ke positif . Sebagai contoh perubahan sikap yang dulunya agak pemboros kini berubah menjadi penjimat. Begitu juga dengan penampilan yang dulu agak dressing hingga menjolok mata kemudian telah berubah dengan menutup aurat sehingga sejuk mata memandang. Alhamdulillah, tetapi ada juga golongan yang kurang senang dengan golongan yang hendak berubah ni. Antara ayat lazim didengari apabila seseorang individu itu berubah ialah "betul ke dah berubah ni? Entah-entah sekejap je kau berubah esok lusa buat balik". Sebaiknya kita sebagai individu yang terdekat memberi sokongan moral terhadap perubahan individu tersebut bukan dengan memperlekehnya. Hal ini secara tidak langsung akan meruntuhkan semangatnya dan berkemungkinan akan kembali pada tabiat lamanya. Sebolehnya janganlah begitu. Jika kita jumpa sahabat mahupun teman lama yang dulu kita lihat pakainnya tidak sopan dan kini telah menutup auratnya bersyukurlah dan pimpinlah beliau sehingga beliau menjadi muslimah yang sejati. In Shaa Allah  

You Might Also Like

7 Pengomen Tegar

  1. Macam mendalam :) Nice sharing..

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt tu kinah.blog pun da berubah,hehee

    ReplyDelete
  3. jgn malu utk berubah :)
    good luckk :)
    singgah sini lg..hehe :)

    ReplyDelete
  4. betul tu,blog kinah pun da berubah lagi sekarang ni:)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. teruskan kinah :)

    ReplyDelete
  6. salam. semoga perubahan itu akan sentiasa ke arah kebaikan in shaa Allah..

    ReplyDelete