Friday, 3 January 2014

Mencari Kebahagiaan



Assalamualaikum semua, pagi tadi kinah menonton rancangan Positif Pagi bersama Prof Dr. Muhaya. Tajuk yang dibincangkan pada pagi tadi ialah Mencari Kebahagiaan. Apa yang kinah dapat rumuskan di sini ialah orang yang paling bahagia ialah orang yang melihat orang lain bahagia. Orang yang bahagia ialah orang yang bersyukur. Orang yang bersyukur ialah orang yang bertaqwa. Jika kita tidak bahagia dengan apa yang kita perolehi sekarang, bermakna kita adalah orang yang tidak bersyukur dengan kurniaan yang telah diberikan kepada kita. 

Terdapat dua penjuru yang tidak bahagia iaitu penyesalan masalah dan juga kerisauan masa depan. Setiap kali kita merasa stress gundah gulana, susah hati dan seangkatan dengannya akan mengundang penyakit lain iaitu penyakit hati. Oleh itu, selagi kita tidak mengenal erti tujuan hidup kita selagi itu kita tidak akan merasa bahagia. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita bahagia.   



13 comments

  1. Betu tu kinah,,tgk org hepi mst kita ikut hepi walau dlm hati penuh kedukaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak atien, itu sebabnya bila kita bersedih tak leh bersendirian. Kena berteman supaya tak rasa sangat kesedihan tu

      Delete
  2. ustaz nasihatkan saya kalau susahhati baca surah insyirah banyak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah, sama-sama kita amalkan :)

      Delete
  3. nice entry :) sy suka kuota tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak rumuskan apa yang prof Muhaya bincangkan tadi :)

      Delete
  4. marilah sama2 mencari kebahagiaan yang abadi :)

    ReplyDelete
  5. @mama safiy arfan, terkena ke? opsss just sharing to the others :)

    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall