Tuesday, 21 January 2014

Kerja Sekarang Wajib Pakai Kabel Yer??

Assalamualaikum semua..

Dah dekat dua bulan dah kinah konvo, tapi sampai sekarang masih belum ada kerja lagi yang lekat. Hmm entahla. Baru-baru ni kinah ada apply guru ganti dan sekolah tu pulak tempat mak saudara kinah kerja. Nak dijadikan cerita, lepas kinah hantar semua dokumen pada mak cik kinah dan permohonan tu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah. Lama jugak kinah tunggu keputusan dari PPD dan tadi kinah dapat mesej dari mak cik. Bad news  kinah dapat. Sampai sekarang PPD tak bagi keputusan dan yang paling tak syok sekali bila ketua panitia sekolah tu nak melobi anak saudara dia pulak dengan alasan kinah ni pernah mengajar ke? Mampu ke nak mengajar. Sekarang ni kan pakai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ok la memang kinah tak ada pengalaman mengajar, tapi at least benda tu kita boleh belajarkan. Kinah pun dah tak harap dah kerja tu.


Kinah tak faham la sekarang ni, mana-mana kerja semuanya pakai kroni. Dulu kinah pernah pergi interview, kerja sebagai admin cum sale, bajet dapatla, rupanya hampa. Kebetulan pulak kawan kepada sepupu kinah kerja kat situ bagitahu rupanya jawatan tu dah ada orang dah. Interview tu kira buat syarat ajer. Kinah rasa #$%#@@ yela kita penat pergi interview dengan harapan dapatla kerja tu rupanya dah ada calon. Calon tu pulak sebenarnya adik kepada technician kat situ. Lagi kinah rasa ##%#%^@.  Masa kinah hang out dengan sepupu hari tu dia bagitahu budak tu problem pulak. Hmm nasibla, orang yang betul-betul nak kerja tak dapat, orang yang entah mana dapat pulak, bila ada problem hadapila yer. Baru-baru ni kinah ada We Chat dengan crime buddies masa dekat u dulu. Dia kata sekarang ni memang payah sikit nak dapat kerja, kita kena rajin keluar cari, dah cari tapi masih tak ada pergi interview pun penat je yang dapat sebab dah ada calonnya. Entahla, orang yang tak ada kabel kuat ni payah gak nak dapat kerja. Kinah tak memilih kerja pun, kinah harap satu hari nanti adala kerja untuk kinah. 


 

8 comments

  1. same goes to me :(
    dah lama menganggur xdapt2 lg keje..susah kalu xde kabel ni !

    ReplyDelete
  2. memang susah pn kak kinah..byngkan nak msuk blajar pn kena ada kabel lagi la huhuhu...sabor je la..mungkin rezeki kita ALLAH letak dekat tempat lain..berdoa selalu in sya allah dapat.. ^^,

    ReplyDelete
  3. Mmg susah klu dibandingkan antara yg memohon kerja dgn peluang pekerjaan yg ditawarkan.. semoga dipermudahkan segala usaha & berjaya ye.. aamiin..

    ReplyDelete
  4. takut mun..mun rasa even ada degree skrang pun mcm tak terjamin dapat kerja..

    ReplyDelete
  5. kebanyakannya mmg kena guna kabel huhu

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah cuba lagi...tak dinafikan bila ada kabel senang sikit nak dapat kerja...tapi ada gak yg x perlu kabel ... mesti ada rezeki tu...jgn putus asa...

    ReplyDelete
  7. memang mcm tu latu kinah sejak dari azali lagi..kalau tak ada kabel yg pjg memamg susah nak dpt lgi kalau keja gomen...

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah..adalah tu rezeki kinah nnt..aamiin

    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall