Friday, 31 January 2014

Meletup Sana Sini

Friday, January 31, 2014 8 Comments
Assalamualaikum semua.


Apa yang meletup? Apa lagi mercun la yang meletup. Dum dam dum dam dum dam sana sini. Perkara biasa pada musim perayaan. Musykilnya banyak dah pihak polis membuat rampasan mercun, bunga api tapi tetap juga bolos hmmm. Perkara biasa la tu tak payah nak difikirkan. Semua tahu mercun tu merbahaya, bila kena mata buta, kena tangan kudung. Semua orang tahu betapa bahayanya mercun tu tapi tetap juga orang main mercun bila musim raya, tak kirala raya Aidilfitri ke, raya Cina ke semua main mercun dah macam satu tradisi pulak. Pada yang nak main mercun tu hati-hatila yer bukan apa tengah seronok tiba-tiba pulak terkena, malang tak berbau. 





Thursday, 30 January 2014

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

Thursday, January 30, 2014 11 Comments
Assalamualaikum semua..



Mama membuka peluang anda untuk menempatkan blog anda dalam senarai bloglist mama. Semua yang sedia ada akan dibubarkan demi memberi peluang kepada anda. Jika berminat, boleh meletakkan banner ini dalam blog anda dan backlinkkan terus ke blog mama.


Pastikan anda follow blog mama ye. Tamat 31 Januari 2014. 

P/S kinah dah lama dah follow blog mama dan ada dalam bloglist mama. Mana tau kali ni ada peluang lagi dapat bloglist mama. ^_^

Senarai Peserta Segmen Bloglist Februari

Thursday, January 30, 2014 1 Comments
Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua hari ni? Semoga sihat hendaknya. Entri kali ni kinah nak update senarai peserta yang join bloglist kinah. Alahai sikit sangat penyertaan. Selalunya ramai aje yang join segmen kinah ni. Sepatutnya segmen ni berakhir tepat pada pukul 8.00 malam ni. Oleh sebab tak ramai yang join kinah kasi lagi peluang pada semua dan menganjak lagi tempoh segmen ni. Tiga orang jer yang join macam tak best la. Agaknya masing-masing dah sibuk bercuti nak CNY ni. Kinah lanjutkan tempoh hingga hari Isnin bersamaan 3 Februari 2014.

Di bawah adalah senarai mereka yang awesome join segmen kinah
  1. http://mellyareenza.blogspot.com/2014/01/segmen-bloglist-februari-2014.html
  2. http://applehijaulife.blogspot.com/2014/01/segmen-bloglist-februari-2014.html
  3. http://nineight.blogspot.com/2014/01/segmen-bloglist-februari-2014.html

Tarikh tamat adalah 3 Feburari 2014


Pada yang tak join lagi klik sini


Wednesday, 29 January 2014

Perbezaan Aiskrim Malaysia dan Thailand

Wednesday, January 29, 2014 10 Comments
Assalamualaikum semua...

Petang-petang ni kalau dapat makan aiskrim kan beshhhh


Banyak pilihan ni, nyummmmm

Bila bercerita pasai aiskrim ni, kinah teringat cerita member kinah. Baru-baru ni dia pergi Thailand dengan suami dia. Dia bercerita pengalaman makan aiskrim kat sana. Diorang shopping dekat Tesco Lotus, jangan ingat Malaysia je ada Tesco yer, apa yang dapat diperhatikan oleh beliau aiskrim di Malaysia diletakkan di peti di bahagian bawah dan memanjang sahaja tapi di Thailand susunan aiskrim diletakkan didalam peti ais dan bertingkat-tingkat. Aiskrimnya pulak banyak pilihan sampai rambang mata diorang nak makan yang mana satu hahaahha. Akhirnya diorang makan aiskrim dalam bekas dapat banyak lagipun diorang berdua je yang makan tu pun dua hari baru habis, nasib baik resort tu ada peti ais. Perbezaan aiskrim di Malaysia dengan Thailand ialah aiskrim Malaysia bila dah cair dan kita masuk balik dalam peti aiskrim tu akan beku semula tapi aiskrim di Thailand tidak. Begitula cerita mereka sewaktu pergi honeymoon di Thailand. 

Agak-agaknya bila yer kinah nak pergi Thailand tambah dengan keadaan tengah bergolak ni..

CIUM KEMALUAN ISTERI TIDAK BAU SYURGA

Wednesday, January 29, 2014 7 Comments
Assalamualaikum semua...
Sesuatu yang ingin saya kongsikan dengan semua
Dan peringatan pada saya dan juga pada semua yang rajin menghadiri kuliyyah agama supaya faham apa yang cuba disampaikan
Adalah amat berbahaya jika apa yang kita dengar dan pelajari cuba pula kita tafsirkan malah memberi kefahaman kepada orang lain sedangkan kita sendiri tidak faham dengan apa yang telah disampaikan.

Apa itu hukum Wajib , Sunat , harus 
dan haram.

Apa yang tidak salah dan apa yang salah
dari segi agama.. 

Yang halal itu wajib malah menjadi harus untuk merasa nikmat apa yang telah
di kurniakan oleh Allah swt...
Yang haram itu harus di hindar malah
di tegah dari melakukannya..

Berikut adalah kisah di suatu majlis ilmu..
Sila baca dan faham betul2 sebelum menilai..

Tajuk ceramah :-
CIUM KEMALUAN ISTERI TIDAK BAU SYURGA 

ceramah kursus perkahwinan di masjid negeri .

Dalam satu topik yang membincangkan isu adab bersama pasangan masing-masing setelah menikah. 

Penceramah telah mengatakan bahawa sesiapa yang cium kemaluan isterinya atau suaminya , maka mereka tidak akan sekali-kali dapat bau syurga.

Kelihatan peserta yang datang berbisik2 sesama mereka untuk meredakan keresahan masing - masing .

Penceramah bertanya :- 

" ada apae\2 soalan ke sebelum saya meneruskan ceramah ?
Baiklah , Ceramah kita pagi nih "

Bangun seorang peserta lelaki yang bersongkok. lagaknya seperti seorang ustad dari cara pemakaiannya...bergerak ke mic yang disediakan...
saya ********* dari ****... merujuk kepada kenyataan ustad tadi , berkaitan dengan hukum mencium kemaluan suami dan isteri maka tidak bau syurga.

Penceramah : iye..silakan... 

Peserta: saya seorang pelajar 
di ****... saya ade terbaca dalam kitab tafsir ahkam ibn arabi yang mengatakan bahawa harus untuk mencium kemaluan isteri atau pasangan masing2 ,cuma dari segi adab tidak berapa elok . Lagi pun hanya suami sahaja yang boleh buat demikian 

Yang lain2 tak boleh buat ustaz boleh ustaz jelaskan lagi mengapa tidak boleh buat demikian dan kenapa tak boleh msuk syurga ? 
Saya nampak banyak perbezanya cara orang berfikir , 

Pada asasnya bagus peserta tersebut merungkaikan maksud
Hadith .

Seketika itu peserta tersebut , terangguk angguk ingin mengetahui lebih lanjut jawapan yang terhadap persoalan yang 
di timbulkan semula oleh peserta .

Penceramah menjawap :

" Sedara jangan salam faham...saya takde pun cakap bahawa cium kemaluan pasangan itu haram , saya tak cakapkan .
Ade sapa rakam ceramah saya.Ade saya kata haram , takde..saya tak kata pun tak masuk syurga... saya kata cium kemaluan isteri tak bau syurga... iyela kalau kite cium kemaluan isteri , bau kemaluan je le lah.mana blh bau syurga....bau syurga bila dah mati lah nti...
Tapi oleh kerana skrg ni tengah sedap bau tu teruskan aje la..seluruh dewan gelak pecah perut...hahahaha ..





Thursday, 23 January 2014

Jom Cuci Mata Dengan Tupperware

Thursday, January 23, 2014 5 Comments
Assalamualaikum semua minat tak dengan produk tupperware ni?



1. 1111 1172
Purple Pitcher (1) 2.3 L
RM54.50

2. 1111 0819
Purple Mugs And Seals (4) 350 ml
RM49.20

A828
Lavender Set
Comprises:
Purple Pitcher (1) 2.3 L
Purple Mugs And Seals (4) 350 ml
RM103.70

1111 0839
Purple Allegra Serving Centre (1)
RM89.00




1111 0818
Tall Canister (1) 10.0L
RM 84.00

A807
Tall Canister (2) 10.0L
RM 168.00 

Minat PM kinah kat sini yer ----> Nurul Sakinah


Wednesday, 22 January 2014

Kecik-Kecik Dah Pakai Spek Mata

Wednesday, January 22, 2014 4 Comments

Assalamaualaikum semua

Comeikan baby ni, kecik-kecik dah pakai spek

,kali ni kinah lewat sikit nak update entri sebab nak beri peluang pada si adik nak isi borang UPU. Pada adik-adik di luar sana buatlah keputusan yang terbaik demi masa depan. Topik kinah hari ni bukan nak cerita pasai isi borang upu ni. Kinah nak cerita sikit mengenai pemakaian cermin mata dalam kalangan kanak-kanak. Kesian kat adik-adik kecik-kecik dah pakai cermin mata, ini secara tak langsung akan membataskan aktiviti mereka. Jangan fikir budak yang pakai cermin mata ni tak boleh join aktiviti lasak-lasak,mereka boleh lakukan tapi ada batasnya.

Kalau kinah berjalan di shopping mall, pasar malam mesti terjumpa kanak-kanak yang pakai cermin mata. Antara faktor yang menyebabkan pemakaian cermin mata dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan keturunan. Jika dah mak dan ayahnya pemakai cermin mata tegar si anak, confirm pakai juga. Sebagai contoh family kinah majoriti kami sekeluarga terutama belah mak memang pakai cermin mata. Faktor seterusnya ialah tabiat menonton televisyen dan menghadap komputer dengan jarak yang dekat. Perkara ni memang budak-budak suka, makin kita larang lagi diorang buat. Ish2. Harap pada ibu bapa di luar sana pantau segala aktiviti anak-anak anda terutama menonton televisyen jika tak pantau alamatnya tak lama lagi pakai cermin mata la diorang.

Bila dah mula pakai cermin mata semua aktiviti jadi terbatas, yang lelaki minat main bola macam mana nak main bola kalau dah bercermin mata, memang ada yang main bola tapi risikonya tinggi. Begitu juga pada yang bercita-cita nak masuk dalam badan beruniform cita-cita tu akan terkubur oleh kerana syaratnya penglihatan mestilah jelas. Serius kinah beritahu kalau dah sekali pakai cermin mata akan melekatla cermin tu sampai bila-bila. Kadang-kadang jeles gak tengok kawan-kawan tak pakai spek  ni nampak lebih bebas. Sepanjang kinah pakai spek ni dah 4 kali dah kinah tukar huhuhu. Nampak gayanya kena tukar lagi ni sebab dah kelabu asap je rasanya. 

p/s Hargailah dan bersyukurlah segala anugerah yang telah diberi oleh Allah S.W.T.

Tuesday, 21 January 2014

Fenomena Ais Mini Tidak Akan Berlaku Di Malaysia

Tuesday, January 21, 2014 7 Comments

Assalamualaikum

Siapa baca akhbar kosmo semalam mengenai fenomena ais mini? Semalam akhbar kosmo ada mengeluarkan berita Matahari menyejuk akan mengancam bumi. Fenomena zaman ais mini yang diramalkan akan berlaku 40 tahun lagi berkemungkinan besar tidak akan berlaku di Malaysia kerana kedudukannya di garisan khatulistiwa yang mempunyai penerimaan cahaya yang banyak pada sepanjang tahun.

Menurut Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Fizik, Univeristi Sains Malaysia (USM), Prof Madya Chong Hon Yew, fenomena itu berlaku apabila aktiviti matahari berada pada tahap minimum sehingga menyebabkan berlakunya letusan solar pada permukaan matahari berkurangan dan menyebabkan matahari menyejuk.Pakar astronomi juga memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji perubahan ini dan beliau tidak dapat memberikan ramalan negara mana yang akan terjejas kerana belum pasti sama ada fenomena itu akan berlaku dalam masa 40 tahun lagi. Beliau mengulas berdasarkan laporan akhbar Kosmo semalam bahawa sepasukan saintis Britain mendapati terdapat tanda-tanda matahari mula menyejuk dan berkemungkinan dunia akan dilanda zaman ais mini pada 40 tahun lagi.

Pada kinah, ini semua hanya ramalan sahaja. Segala yang berlaku pada masa akan datang hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. 



Kerja Sekarang Wajib Pakai Kabel Yer??

Tuesday, January 21, 2014 8 Comments
Assalamualaikum semua..

Dah dekat dua bulan dah kinah konvo, tapi sampai sekarang masih belum ada kerja lagi yang lekat. Hmm entahla. Baru-baru ni kinah ada apply guru ganti dan sekolah tu pulak tempat mak saudara kinah kerja. Nak dijadikan cerita, lepas kinah hantar semua dokumen pada mak cik kinah dan permohonan tu dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah. Lama jugak kinah tunggu keputusan dari PPD dan tadi kinah dapat mesej dari mak cik. Bad news  kinah dapat. Sampai sekarang PPD tak bagi keputusan dan yang paling tak syok sekali bila ketua panitia sekolah tu nak melobi anak saudara dia pulak dengan alasan kinah ni pernah mengajar ke? Mampu ke nak mengajar. Sekarang ni kan pakai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ok la memang kinah tak ada pengalaman mengajar, tapi at least benda tu kita boleh belajarkan. Kinah pun dah tak harap dah kerja tu.


Kinah tak faham la sekarang ni, mana-mana kerja semuanya pakai kroni. Dulu kinah pernah pergi interview, kerja sebagai admin cum sale, bajet dapatla, rupanya hampa. Kebetulan pulak kawan kepada sepupu kinah kerja kat situ bagitahu rupanya jawatan tu dah ada orang dah. Interview tu kira buat syarat ajer. Kinah rasa #$%#@@ yela kita penat pergi interview dengan harapan dapatla kerja tu rupanya dah ada calon. Calon tu pulak sebenarnya adik kepada technician kat situ. Lagi kinah rasa ##%#%^@.  Masa kinah hang out dengan sepupu hari tu dia bagitahu budak tu problem pulak. Hmm nasibla, orang yang betul-betul nak kerja tak dapat, orang yang entah mana dapat pulak, bila ada problem hadapila yer. Baru-baru ni kinah ada We Chat dengan crime buddies masa dekat u dulu. Dia kata sekarang ni memang payah sikit nak dapat kerja, kita kena rajin keluar cari, dah cari tapi masih tak ada pergi interview pun penat je yang dapat sebab dah ada calonnya. Entahla, orang yang tak ada kabel kuat ni payah gak nak dapat kerja. Kinah tak memilih kerja pun, kinah harap satu hari nanti adala kerja untuk kinah. 


 

Sunday, 19 January 2014

Jom Join WhoHAA!.com

Sunday, January 19, 2014 1 Comments
Assalamualaikum semua. malam ni kinah tak da buat apa-apa, so malam ni kinah nak share sikit pasai satu laman web yang menawarkan hadiah percuma. Sapa yang tak nak hadiah percumakan. Apa yang perlu korang lakukan ialah dengan menjawab beberapa soalan mudah untuk mengumpul point. Bila point dah cukup, bolehla tebus barang yang korang minat. Memang sebenarnya dah agak lama orang promote laman web ni cuma kina je yang tak berapa rajin nak post hukhuk.

Pada yang nak join, boleh klik kat atas ni tau

Lepastu ikut step yang diberi ^_^

Nuffnang Versus Komli

Sunday, January 19, 2014 4 Comments
Assalamualaikum semua...

Lama rasanya tak online, post yang lepas-lepas tu kinah buat autopost. Pergi bercuti mana sempat nak update entri hehehe. Baru-baru ni, kinah ada apply Komli. Nak tau apa tu Komli? dan perbezaan antara Nuffnang dan Komli? Boleh rujuk di sini

Macam Bestkan!!!!

Kenapa tiba-tiba nak beralih arah? Sebabnya Nuffnang kinah tengok dah tak hot macam dulu. Dulu masyukkk je, sejarang ni nak dapat satu CPUV pun dah susah. Kinah perhati ramai juga blogger sekarang nak curang dengan Nuffnang hmmm, Nuffnang kena buat something untuk tarik balik perhatian kami ni. Kinah sebenarnya dah apply pun Komli dan dah dapat feedback dari pihak Komli, sekarang kinah tengah tunggu coding tuk iklan pulak. Wait and see ^_^




Tak sabar nak dapat earning banyak-banyak!!!!

Wednesday, 15 January 2014

Tuesday, 14 January 2014

Monday, 13 January 2014

Sunday, 12 January 2014

Saturday, 11 January 2014

Friday, 10 January 2014

Total Pageviews