Saturday, 28 December 2013

Kalau Penyu Boleh Bercakap


Cantiknya ciptaan Allah SW.T. Lihatlah penyu ni bergerak dengan bebas, tapi sedarkah kita semua bahawasanya spesies penyu sekarang ni kian terancam, orang pulak kutip telur untuk makan. Sedap ke makan telur penyu? Tak sanggup kinah nak makan telur penyu ni. Kesian tau. Daripada sekarangla kita kena jaga spesies ni kalau tidak generasi akan datang langsung tak kenal rupa penyu macam mana harap tengok gambar tak real. Cuba korang semua bayangkan jikalah penyu boleh bercakap, mesti diorang akan ucap terima kasih kerana lindungi mereka daripada anasir-anasir yang akan mengancam mereka. 

Without your help, the marines turtles might never swim freely in our ocean again. Klik sini untuk membantu hidupan marin ni :)


Goodbye 2013, Welcome 2014


Assalamualaikum semua, lagi beberapa hari saja lagi kita akan masuk ke tahun baru 2014. Pejam celik pejam celik dah nak hujung tahun. Sekejap je masa berlalu. Azam tahun baru??? Hmmm azam yang lama pun tak tercapai lagi. Banyak kenangan dalam tahun 2013 ni, nak story kat sini memang panjang berjela. Kisah suka duka semua ada. Diharap kepada semua pada tahun baru yang akan tiba tak lama lagi, kita semua mempunyai semangat yang baru, kisah-kisah lama tu jadikan sejarah dalam hidup kita. 

Keep this word and save in your mind. ^_^


Wednesday, 25 December 2013

4 Petanda Anda Good Money Habit

Assalamualaikum semua....

Kali ni kinah nak share sikit sama ada korang ni Good Money Habit ataupun tidak.

Suka Mencatat
Individu Good Money Habit ni biasanya gemar mencatat setiap pergerakan keluar masuk duit mereka. Penting bagi mereka untuk mengetahui berapa banyak duitnya keluar masuk.
Ada Tabungan 
Seorang yang optimis mengenai soal masa depan, dan setidak-tidaknya mempunyai tiga tabungan.
Berhemah
Sentiasa menilai dan membuat perbandingan harga barang dan menyediakan senarai semak sebelum membuat sebarang urusan pembelian disamping itu, lebih suka menggunakan kaedah pembelian secara kad debit berbanding kad kredit.
Disiplin
Membuat pengagihan sejumlah wang untuk digunakan sewaktu kecemasan pada setiap bulan. Selain itu, tidak melengahkan untuk membuat pembayaran kredit wajib seperti bil-bil utiliti, ansuran kereta, rumah atau sebagainya mengikut tempoh yang ditetapkan.




Tuesday, 24 December 2013

Keywords Nuffnang Hari Ini


Assalamualaikum semua, ingat lagi entri kinah semalam? Ha kali ni entri kinah mengenai keywords di Nuffnang. Hmm apa pendapat korang semua??? Mungkin keywords kat Nuffnang ni related dengan entri kinah semalam kot, tapi tak sangka ye, ramai pulak yang hits entri cerita sex ni. Hmm entahla, bila kinah cerita hal ni pada tunang, geleng kepala dia, apa ke teruk sangat orang cari cerita sex dalam Love Is Simple ni, mentang-mentang nama blog ada LOve, Hello ini blog bebas daripada cerita yang mengarut tu, dalam blog ni kinah cerita pasai personal, dan Giveaway Segmen je, selain daripada tu memang Zero.... Ulang sekali lagi Zerooooo, Sape yang cari cerita tutttt kat sini sila ke blog lain ye. Harap Maklum


Monday, 23 December 2013

Cerita Sex Kinah??


Assalamualaikum semua, terkejut baca tajuk tu? Kinah lagi terkejut. Gila apa kinah bercerita benda mengarut ni, geram pun ada. Awatnya kinah ni ada rupa gila sex ke sampai orang duk mencari benda macamtu kat sini. Takde kerja lain dema ni mencari benda-benda gini. Setakat cerita sex tu takpe lagi, ni taip keywords cerita sex kinah, apa ni weh kinah takde buat benda tu sebelum nikah agak-agakla weh, orang yang macamni fikirannya cetek sangat, daripada korang cari benda gini lebih baik cari info-info yang berfaedah, ada manfaat ini nak merosakkan fikiran korang. Kalau dah nak sangat puasa je la.

Geram dengan orang macamni


Playboy Itu Suami Aku Akan Tamat Pada Minggu Ini

Assalamualaikum semua, pada minggu ni, slot Akasia iaitu Playboy Itu Suami Aku (PISA) di TV3 akan melabuhkan tirainya dan akan digantikan dengan The Wedding Breaker. Kinah baru je habis baca novel ni tau, adik kinah punya. Punya lama kinah cari kat kedai buku, pergi je habis sampai ada satu hari tu adik kinah beritahu dia ada beli novel tu, akhirnya dapat juga bacanya. Ceritanya boleh tahan juga, nak cerita lebih-lebih nanti tak best pulakkan. Korang tunggu je minggu depan ye hehehe.

Tak sabar rasanya nak tonton The Wedding Breaker versi drama. 


Sinopsis

"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar " - Ariana Rose

Ariana Rose kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu, Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

"What's so funny"
"Talking to me?"
"Nah... just talking to the lizard. See... there... we were talking just now. I know you won't be able to understand the lizard's language."

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

"I'm gonna miss you... I'd rather stay by your side. Always."
"Sayang kat abang rupa-rupanya ya?"
"Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too."

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

"Satu aje kesalahan awak, Arianna... Awak dah curi hati saya." - Tengku Adam Kamil 




Dapat CPUV Lagi La

Assalamualaikum semua, rasanya agak lama jugak kinah tak update ye. Semuanya kerana penyakit malas punya pasal. Sungguhpun kinah lama tak update, trafik pun tak sesak tapi ada jugak CPUV yang melekat kali ni. Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh pihak Nuffnang dan advertiser.  Terima kasih juga pada yang sudi datang ke sini, maafla buat masa ni kinah tak boleh nak jejak balik sebab internet dah limit. In Sha Allah, dah ok nanti kinah datang ye.
© Love Is Simple
Maira Gall