Friday, 20 December 2013

Frozen Memang Best

Assalamualaikum semua, semalam kinah hang out dengan kakak sepupu ke AEON Station 18, saja kitorang jalan-jalan cuci mata kat situ. Selepas sampai kat sana kitorang lunch dulu di KFC. Bercerita, bersembang sakan kitorang jalan-jalan lagi hingga sampai ke panggung wayang. Rambang mata nak tengok movie mana, antara movie yang ditayangkan pada hari tu Frozen, The Hobbit dan Walking With Dinosour. Akhirnya kami decide nak tonton Frozen, masuk panggung wah penuhla, biasala dah cerita berunsurkan kartun tambah pulak tengah masih mood cuti sekolah memang ramai ibu bapa ambil peluang bawak anak-anak mereka. Cerita ni begitu sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dengan tema kasih sayang antara adik-beradik  memang sesuai sangatla budak-budak nak tonton filem ni. Antara watak yang kinah rasa begitu menarik sekali ialah Sven seekor rusa dan Olaf orang salji yang dicipta oleh Puteri Elsa. Puteri Elsa telah disumpah, jadi puteri tersebut mempunyai kuasa untuk mengeluarkan salji. Puteri Elsa mempunyai seorang adik yang bernama Puteri Anna. Mereka tinggal berdua setelah kematian ibu bapa mereka. Apabila tiba hari pertabalan Puteri Elsa, berlaku satu kejadian apabila Puteri Anna meminta restu untuk berkahwin dengan Putera Hans yang baru dikenalinya, Puteri Elsa marah dan entah bagaimana Puteri Elsa tidak dapat mengawal kuasanya dan berlaku salji di Andeline dan Puteri Elsa melarikan diri keGunung Utara. Puteri Anna yang rasa bersalah menjejak kekandanya di Gunung Utara dengan pertolongan Kristoff dan Sven. Nak tau bagaimana kisah pengembaraan Puteri Anna dan Kristoff bolehla pergi menonton.

Thursday, 19 December 2013

Simple Kpop Giveaway by NNabilahZ


Assalamualaikum

Klik banner untuk join

Are you a VIP? Let's join this giveaway! 
Giveaway ini dianjurkan oleh Nur Nabilah. Hadiahnya ialah Big Bang Mini Photo. Tiga orang pemenang dicari. Dua orang pemenang yang dipilih melalui random.org , setiap seorangnya akan mendapat dua keping Big Bang Mini Photo. Seorang top referral akan mendapat tiga keping Big Bang Mini Photo. Jom join! :)

Suka Jaga Tepi Kain Orang


Assalamualaikum semua, agak lama kinah tak update blog, Mana taknya, keadaan internet tak mengizinkan. Hari ni kinah nak cerita sikit mengenai orang yang suka jaga tepi kain orang. Siapa yang setuju dengan tajuk ni? Siapa yang suka jaga tepi kain orang sila terasa ye, 

Kinah sebenarnya malas nak cerita mengenai hal ni, tapi bila dah orang suka sangat nak jaga kain kinah sampai kain sendiri tak terjaga, ini yang membuatkan kinah nak post entri ni. Apa yang kita buat, semua orang nak amik tahu, rasa macam tak ada privasi. Itu sebabnya kinah malas nak bukak facebook lately, ada je yang menyibuk nak tahu pasal kita, ada je yang stalker Facebook kita, tolonglah janganlah kacau privasi kinah, itu wall kinah, nak ambil tahu tak kisahla, tapi bila dah lagak ala-ala mamarazi dan paparazi???? Please behave yourself, apa yang korang buat selama ni kinah tak pernah tak ambil port pun yang penting kinah tak menduakan Allah S.W.T. Macam-macam hal la orang sekarang ni





Sunday, 15 December 2013

CITY HUNTER GIVEAWAY


Tarikh tutup: 31 Disember 2013 Jam 8.00 malam



Giveaway Peserta Bertuah



KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

Nuffnang Kinah Jadi Non Gliterrati

Sedih sangat bila status kinah dah bertukar, sedihnya tak dapat digambarkan bila tengok kat Nufffnang selalu warna kuning sekarang jadi colour ijau, huwaaa apakah salahku wahai nuffnang. Bila jadi macamtu kinah dengan muka geramnya menghantar tiket pada nuffnang untuk mengetahui apasal status kinah bertukar nak tau apa yang kinah hantar dekat nuffnang?


Alhamdulillah, sekarang ni kinah punya status dah gliterrati. Kalau korang rajin hantar tiket pada Nuffnang In sha Allah, diorang akan ambil perhatian dengan masalah korang. 



© Love Is Simple
Maira Gall