Thursday, 12 December 2013

Menang GivEaway By Hanis Masturina

Assalamualaikum semua, lama tak update sebab line internet dah sampai koutanya. Ni pun try and error je ni. Alhamdulilllah, hari ni rezeki kinah lagi, kinah menang giveaway tau. Nak tau menang apa? Kinah menang novel Semester Satu, Kinah dah senda detail kat sponsor tunggu sponsor reply je la. Happy sangat-sangat.  Oh ye tadi abg posmen datang tau, hantar hadiah jauh dari Sabah Bha, nak tau hadiah apa, hadiah satu broch Diy, sweet cute gitu. 

Monday, 9 December 2013

Desas Desus Kenaikan Kadar Tol


Assalamualaikum semua, tadi kinah belek-belek akhbar kosmo. Ada desas-desus kenaikan kadar tol. Aduhai semua nak naik, tarif eletrik pun dengar cerita nak naik semua naik apa yang turunnya???  Alasan kenaikan adalah untuk perkembangan ekonomi Negara, tapi sedar tak ada insan lain yang begitu  bimbang akan hal ni, kenaikan semua barang, tarif akan meningkatkan lagi kos sara hidup terutama bagi mereka yang tinggal di bandar. Gaji sebanyak mana pun bila ditolak, tambah bahagi darab semua masih tidak dapat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

 
Macam-macam hal la sekarang. Pening-pening

Dapat RM75 Dari Reddelima

Assalamualaikum semua, syukur sangat-sangat rasanya haritu pihak Reddelima contact kinah beritahu kinah sepatutnya tulis 3 artikel kemudian diorang akan bayar sebanyak RM25 untuk satu artikel, kiranya diorang akan bayar sebanyak RM75 kepada satu laman web tu, oleh sebab tiada feedback daripada admin page tersebut, pihak Reddelima buat keputusan untuk bank in je duit tu pada kinah. Rezeki tergolek alhamdulillah. Kinah baru je berkira-kira nak save duit tu, adik kinah pulak ajak hang out pulak. Hmm ok gak tu bolehla beli barang yang dah nak habis tu heheheh...

Ha tengok gambar tu betapa gembiranya dia dapat shopping, begitu jugak kinah hehhe. Excited nak keluar ni, ececece macam nak keluar dengan encik abang pulak. Keluar dengan encik abang pun oraitt jugak dia pun suka shopping-shopping ni hehheeh. Kalau ada diskaun lagi best, kalau ada year end sale lagi syokkkkkkk
Cepat-cepat list nak beli ape nanti yer hmmmmmm

Sunday, 8 December 2013

Promote Photographer (Yoplensor Yop)

Assalamuaalaikum semua....

Kali ni kinah nak share pada semua beberapa gambar yang diambil oleh jurufoto iaitu Yoplensor Yop ni. Lagipun sekarang ni dah hujung tahun, for sure bride to be ambil kesempatan untuk mengadakan hari bahagia mereka tak kira majlis pertunangan atau perkahwinan terutama pada musim cuti sekolah tak lama lagi. Jom cuci mata dulu tengok gambar-gambar yang diambil. Harganya pun boleh tawar menawar dengan photographer tersebut BERGANTUNG KEPADA LOKASI ANDA.

yoplensor yop


Tutorial Guna Template Btemplates

Assalamualaikum semua, korang semua dah tengokkan template kinah yang baru nikan, nampak lebih simple dan agak tersusun. Kinah ambil template ni daripada Btemplates. Free je tak payah bayar pun. Pilihan pun banyak. Mesti korang akan rambang mata tau. 


Haa bila korang click je link yang kinah bagi secara automatik akan keluar gambar seperti di atas.

Ok!!!! Dah pilih template yang berkenan di hati? Kinah nak tunjuk cara macam mana nak upload template tu. Sebelum tu make sure korang semua ada perisian Winrar Zip. Tak ada perisian tu? Korang leh download kat sini

Dah download winrar kan, ok bolehla download template pilihan hati korang tu.

Ikut step by step ye.

1. Klik template pilihan hati, korang akan nampak seperti dibawah
(Contoh je ni)

2. Nampak tak button download? Haaa tekan button download, secara automatik dia akan download. Pastu bila dah download pergi cek folder download.

3. Dah jumpa? ok right click winrar tu dan ambil extract here, sekejap je tu, akan keluar folder baru.
4. Sekarang ni kita nak upload template tu pada blog, dashboard > template >Back up/ restore

Sebelum tu download full template tu, takot jadi apa-apa dekat blog korang, susah nanti. Dah download ambil choose file, kemudian pergi folder yang korang simpan template yg dah di extract tu dan korang akan nampak dua item ni

Ambil yang bahagian bawah tu, dan tekan upload tunggu beberapa minit dan keluar la template yang baru.  Bila dah sampai sini, korang kena main-main dengan kod la untuk adjust balik blog korang. Selamat Mencuba. Tak faham?? Leave a comment ye ^_^

Semoga Berjaya :)





Review Blog: Aina Zairulnizam

Assalamualaikum semua, kali ni kinah nak review blog Aina pulak. Nama Aina Zairulnizam diberi, beliau merupakan pelajar PMR tahun ni. semoga dapat keputusan yang terbaik ye dik. Aina ni juga ada membuka tempahan edit blog, haaaa pada sesiapa yang tengah mencari someone untuk edit blog cubala terjah beliau harga pun berpatutan. Blog adik Aina ni cantik gak tau dengan header yang simple dan kemas.


Selain membuka tempahan edit blog, beliau juga aktif join segmen dan Giveaway so pada sesiapa yang rajin join segmen Ga tu boleh tag adik Aina hehehe. 

Segmen "Saya Blogger Hawwt" by Labyrinth


Jom ramai-ramai join segmen ni, tamat hari ni tepat pukul 12.00 tengah malam. Sempat lagi nak join.

Cemburu Sinonim Dengan Wanita

Assalamualaikum semua, cemburu?? Siapa yang bergelar wanita mesti pernah merasa apa itu cemburu. Kalau tak cemburu tu, mungkin hatinya keras sikit. Kinah cemburu? Memang cemburu, tapi biarlah kena pada tempatnya. Kadang-kadang bila dia bercerita mengenai perempuan kadang-kadang terusik jugak. Dah hati perempuan ni lembut, memang cepatla terasanya. Bila dia dengar kita balas ooo, yeke, xpela, haaa automatik dapat kesan something wrong pada kite dan cepat-cepat dia mintak maaf. Bukan niat nak guriskan hati kite pun. Pada kaum lelaki janganlah buat wanita anda cemburu hingga satu masa tahap cemburunya akan sampai ke tahap perang huhuhu.


Cemburu, cemburu jugak, jangan sampai satu masa nanti dia dah bosan dengan kita and say goodbye, masa tu nangis keluar air mata darah pun dah tak guna huhuhu. So kawallah cemburu anda tu ye

Follower Sudah 555

Assalamualaikum semua, hmmm pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember kejap je masa berlalu. Hmm alhamdulillah hampir beberapa bulan kinah aktif berblog follower kinah dah 555, cepat betul . Namun begitu kinah ni takla sehebat blogger-blogger otai yanng follower mereka dah beribu riban, kinah ni masih newbie lagi, masih banyak yang perlu dipelajari tentang selok belok dunia blog ni. 

Kadang-kadang ada juga yang tinggalkan jejak di cbox, jemput ke blog saya dan follow, saya akan follow semula, semua tu tak salah. Ada sesetengah blogger yang tak berapa gemar dengan term u follow i follow. Bagi mereka, biar kita follow dengan hati yang rela, dan ikhlas sebab kandungan blog tersebut agak menarik bagi mereka. Bagi kinah, jangan terlalu taksub dengan follower ni, biar mereka follow kita dengan ikhlas bukan dengan cara terpaksa. Apa yang kinah tulis ni cuma sekadar pendapat kinah je. Lain orang lain pendapatnya.


Oleh itu, jika nak ramai yang follow blog kita, kita mantapkan lagi isi dan kandungan blog. Masa tu mesti berkoyan-koyan follower kita hehehe kannnnnnnn. 

Kepada semua follower kinah terima kasih sudi follow, singgah dan tinggalakn komen pada blog yang tak seberapa ni. Thank you so much to all of you.....


December Giveaway by Fatin Diana




Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :
Cash RM50 x 1, AuraWhite 400,000mg x 1, Jersey x 7, Peplum blouse x 3, Tshirt I ♥ Medan x 1, 2 keping shiseido mask x 2, Tote Bag Authentic Mango worth RM80 x 1, Jumpsuit x 1, Cardigan x 1, Felt brooch x 3, Bawal glitter x 2 + bracelet x 1, Header + Doodle x 2, dan voucher discount 10% untuk semua peserta.
December Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Abang Ensem, Red Delima, House of WNS, Nadratul Syazwana, Mai's Beauty House, Nur Cimi, Fariqan Afina, Jasple Boutique dan Nur Shahira.


Tamat 27 Disember 2013, 10 Malam.
© Love Is Simple
Maira Gall