Thursday, 21 November 2013

Ada Orang Nak Sponsor La

Assalamualaikum semua, ingat lagi tak aritu kinah ada post nak url blog kan, kinah ada update haritu nak buat ape dengan url tu. Sebenarnya kinah nak buat bloglist Disember, dan nak review beberapa blog dan tadi ada seorang blogger yang memang selalu menyinggah kat sini nak jadi sponsor. Haaaa ada penambahan la kiranya. Nak kata segmen pun bukan, nak kata Giveaway pun bukan, hmm Blogger yang kinah maksudkan ialah Aya

Klik header yang comel ni untuk berkenalan and followla beliau sekali ^_^

Nak tau apa yang aya nak bagi, hmm dia nak bagi bedak tanaka. Sapa nak bedak tanaka???? Cepat hantar link kat ----> sini 
Cuma seorang saja yang bertuah dapat bedak tanaka tu and the rest bloglist and review.


Jawapan Pertanyaan & CPUV Ke 13

Assalamualaikum semua, tentu ramai tertanya apa kinah nak buat dengan url blog korang hehehehe, Nak bagi hadiah tak mampu lagi, kinah nak buat bloglist bulan Disember dengan review blog korang. Ok tak huhuhu. Itu je pun, tak sangka ye ramai gak yang hantar link url. Dengan cara ni secara tak langsung boleh promote blog korang. So siapa nak bloglist and review?? Tinggalkan link korang di sini. Cadangnya macamni sebahagian masuk bloglist sebahagian lagi review. Ke ada cadangan lain??? Bagi komen. Kalau nak bagi hadiah, ada sesiapa yang nak sponsor???? 

Alhamdulillah kinah dapat lagi CPUV kali yang 13, CPUV kedua untuk November, bulan ni tak banyak yang lekat, kali ini daripada Inti Rebranding Campaign. Nak print screen tak nampak lagi berjogetnya. Total still on going 6. Amiin :)

Oh ye tadi kinah perasan ada yang mintak ajar macam ne nak buat kotak komen macam kinah ni, nanti Kinah ajar ye, malam nanti kinah update. Sekarang ni penat, tadi teman mak pergi beli barang dapur. Malam nanti ye Aishah Fauzi ^_^

Wednesday, 20 November 2013

End Year Giveaway by Sabrina SA & Nur Farizah

Nuffnang Dah Rm0.00

Assalamualaikum semua.


Alamak mana pergi duit kinah?? Huhuhu sebenarnya tak kemana pun. Kinah dah tekan cash out dah. First time cash out ni. Terima kasih pada semua yang sudi tekan semua iklan Nuffnang kinah. Tq sesangat ye. Kalau bukan disebabkan korang semua mimpi je la kinah huhu. Apa yang tinggal sekarang ni 5 CPUV kinah yang tengah on going tu, harap kekal lama ye macam chipsmore dah sebulan lebih dah bergolek kat sini. Terima kasih semua ^_^

Hadiah Mini Giveaway By Nabila Medan Dah Sampai

Assalamualaikum semua, alhamdulillah hadiah daripada Nabila Medan dan Emas Putih dah sampai. Hadiahnya Set Mary Kay iaitu timewise body dan lipstik hooooo. Mama Darwish dapat dah ke? Aritu duk tanya kinah kita berdua menang apakan, ni kinah dapat timewise body mama darwish pulak? Tunggu post daripadanya. Oh ye nak upload gambar tak bolehla, intenet tengah running down. 

Lebih kurang macamnila, ada tiga item, ni je yang dapat expose ok la kan. 


Tuesday, 19 November 2013

Segmen Saya Nak Brooch..Lagi...



Tamat 24/11/2013

Masalah Datang Lagi

Assalamualaikum semua, aduhaila ni bukan masalah duit tapi masalah dengan si Pinky Dell ni. Tak tahula kenapa tiba-tiba je meragam. Mulanya macam ni dulu kinah pakai browser chrome, tapi entah macam mane bila kinah online keluar benda ni

 Display Diver Is Not Responding 

Tension betul bila jadi macamni, sebelum keluar benda tu, skrin kinah ni gelap gelita sekejap pastu ada balik kadang-kadang jem terus. Jenuhla. Lepastu entah macammane kinah ada browser baru namanya Torch. memang syok gila bila pakai Torch ni. Masalah yang macam Chrome tak jadi dah. Tapi lately semenjak Torch update yang bukan kinah gatai-gatai tangan update dia jadi balik macam si Chrome haish mahu hangin satu badan, nak blogwalking pun payah sikit-sikit jem, sikit-sikit gelap. Siapa yang tahu pasai benda ni cuba cerita sikit masalah kinah. Nak print screen tak leh huwaaa 

Sabor jela, bila try google image sabor kuar menatang ni ha adehhh

Novel Giveaway by Hanis Masturina

Assalamualaikum, jom join novel giveaway ni


Tag 
Nanakimi
kak atien


Tutorial Tudung Ombak Rindu

Assalamualaikum semua, kali ni kinah nak share tutorial tudung ombak rindu. Pernah dengar tak, ala Tasha Manshahar pakai dalam video klip Cuba Teka. Kinah lepas tengok video tu berkenan pulak dengan cara tudung bawal dia pakai. Cari tutorial dalam goggle jumpa jugak nak tengok  tak boleh tengok kat bawah ni 

Gambar ni Kinah googgle image, nak tunjuk macam mana tudung ombak rindu Tasha Manshahar tu
Credit to http://www.blogammar.com

video



Mini GA : Saya Nak Supplement Hebat


Tamat 29 September 2013

Monday, 18 November 2013

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 DJH"





 FATIN | ZARA | HAWA | TETO | VEE | NUR | DJH | FARAHAIN | WANIE ASHA | EMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jom sertai GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2013 anjuran DJH.Pelbagai hadiah ditawarkan seperti SHAWL | FACEMASK | COLLAGEN EYEMASK |KEYCHAIN | FRIDGE MAGNET | TOPUP | dan pelbagai hadiah menaik lagi.
Syarat mudah dan best.Jom ramai-ramai kita menjoinkan diri! Tekan banner untuk sertai!

Misteri Villa Nabila

Assalamualaikum, sana sini orang duk kecoh akan hal misteri kehilangan kanak-kanak di Villa Nabila. Kinah sebenarnya tak tahu cerita yang sebenar sebab banyak versi. Mana satu yang betul pun kinah tak tau. Cuma apa yang kinah tahu villa tu agak 'keras'. Sekarang ni tengah tunggu update mengenai Villa Nabila di Buletin Utama. Biasala bila rumah ditinggalkan begitu lama, ada yang menumpang walau macam mana pun makhluk tu tetap makhluk Allah juga. Sejauhmana perkembanagan cerita tu kinah pun tengah tunggu Buletin Utama, tertunggu gak story ni, tapi faham-faham jela TV3 iklan memanjang huhu. Apa pun sabor je la


Siapa tahu cerita mengenai Villa Nabila cerita sikit, berminat pulak nak tahu. 

Update
Cuma seorang je yang hilang, bukan 30 hilang seperti yang digembar gemburkan. Harap Izzat dapat dijumpai dengan selamat.



Semakin Ketandusan Idea

Assalamualaikum semua, ketandusan idea? Memang pun dah tak tahu nak tulis apa kat blog kesayangan beta ni hihihi, oh ye, alhamdulillah kinah baru je memenangi tempat ketiga segmen Reddelima Part 2 by Dunia Sebenar Shida. Terima kasih pada yang klik iklan Reddelima kaler merah tu :) Kalau bukan kerana anda-anda semua tak merasa nak menag tempat ketiga huhu. Hadiahnya kinah tak berapa pasti, tengah tunggu pihak Reddelima update. Tak kisahla hadiah apa pun, syukur sangat bila menang segmen yang agak besar ni.  Hari makin berlalu, lagi beberapa hari je lagi nak pergi ke Sintok nak pergi ambil jubah, nervousnya tak usah cakapla, macam-macam yang difkirkan. Bermulah my journey just like before. Nak pergi UUM ni banyak sikit travelnya, takpe demi konvo ku redaji jua hehhe. Ok la nak off dah, nak melayan movie Nang Nak hehhe


Sunday, 17 November 2013

Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je

Assalamualaikum semua, kali ni nak join segmen Mak Dara pulak macam best je macam cute je heheheh.. Baca trademark pun dah tau macam best je, tak habis-habis. Ok la syaratnya pun simple je, saja nak isi masa lapang yang ada ni sebelum bertolak ke Sintok minggu depan. 


 Bicara Mak Dara

Inilah gambarnya Mak Dara, Mata kinah ni macam tutttt je macam teettt je hehhee


Nov Giveaway by http://farra-izzaty.blogspot.com/"


Assalamualaikum..

Senarai sponsor Giveaway ini ;

Pemilihan Pemenang menggunakan Random.org.Semua peserta berpeluang menang!
13.11.13-1.12.13




Kes Dera Terhadap Kanak-kanak Semakin Menjadi-jadi

Assalamualaikum semua, hmm buka Mingguan Malaysia terpampang cerita mengenai seorang kanak-kanak didera. Asyik mendera sahaja musim ni, bila satu kes dibongkarkan keluar lagi kes dera macam bermusim pulak. Kesian dengan kanak-kanak yang tak tahu apa didera ada yang membawa maut. Apa nak jadi sekarang ni. Kebanyakan kes dera ni berlaku disebabkan pengasuh dan ada juga di pusat jagaan kanak-kanak. Ibu-ibu sekarang ni  ramai yang bekerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, oleh kerana tiada siapa nak jaga, mereka terpaksa tempatkan anak mereka di rumah pengasuh dan pusat jagaan tapi apa yang jadi? Bukan sahaja kes dera yang berlaku bayi yang tersedak susu pun turut berlaku. Aduhla risaunya, iye memang kinah belum berkeluarga lagi, tapi bila memikirkan hal-hal sebegini takut juga bila terkena batang hidung sendiri. Lagipun anak tu amanah daripada Allah SWT, apa-apa jadi menagis tak berlagu la. Itu hal pengasuh atau pusat jagaan, ada juga ibu yang tak tahula nak dikategorikan sebagai apa turut mendera anak mereka, Subhanallah, apa nak jadi, apa salah anak tu, sungguhpun kesempitan hidup janganlah anak yang tak berdosa tu menjadi mangsa. Macam baru-baru ni, seorang ibu didakwa atas tuduhan mendera anak sehingga anak itu tidak dapat diselamatkan lagi. Hmm entahla tak tahu nak cakap apa sekarang ni. Macam-macam kes.

Sumber Mr Google

Sumber Utusan.com
© Love Is Simple
Maira Gall