Saturday, 9 November 2013

Cara-Cara Nak Cover Malu



Assalamualaikum semua, kali ni kinah nak share cara-cara nak cover malu.

1. Tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Terjatuh basikal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...


3.Terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..jika takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....


Kinah copy dari Facebook saja nak share pada semua

Friday, 8 November 2013

Rokok Oh Rokok


Assalamualaikum semua, bukak televisyen cerita pasai rokok sah, rokok tak sah hmm. Bagi Kinah la ye, rokok sah ke tak sah ke kalau dah keluar fatwa mengatakan rokok tu haram memang tetap haram sungguhpun rokok tu sah. Sah dan tak sah ni bukan undang-undang Islam tapi undang-undang Malaysia. Kenapa rokok yang tidak sah semakin hangat diperkatakan? Hal ini disebabkan berlakunya peningkatan kadar cukai pada rokok, jadi pihak yang tidak bertanggungjawab cuba membawa masuk rokok-rokok dengan cara haram iaitu seludup. Hmm antara rokok-rokok yang tidah sah adalah John. Semasa Kinah kerja dekat RTC Gopeng dulu, rakan sekerja kinah, budak lelaki pakat-pakat beli satu katon (betul ke ejaan ni?) dapat harga dengan lebih murah. Apa lagi Kinah pun bebel la kat diorang daripada korang membazir membeli rokok ni baik korang simpan dalam bank ada jugak faedahnya, tapi nasihat kinah tu umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Habis stok je order pastu dapat, see senang sangat. Lagipun benda ni dah lama dah jadi tapi baru sekarang dihebahkan. Kempen pun dah bermacam-macam dah tapi tak serik-serik lagi.


 Oleh itu, mainkan peranan kita, dengan melaporkan aktiviti jualan rokok pada pihak kastam. Untuk mengetahui lebih lanjut akan hal ini klik di sini


Jerawat Di Wajah Ada Rahsia Tersendiri

Assalamualaikum semua. Kali ni kinah nak kongsi sikit mengenai jerawat. Jerawat yang tumbuh di sekitar muka memberi kesan kepada individu terbabit antaranya kurangnya keyakinan diri di khalayak ramai. Tapi tahukah anda semua bahawa jerawat yang tumbuh di sekitar muka mempunyai rahsi tersendiri. Hmm Kinah pun baru tahu tau, Kinah terjumpa artikel ini pada bungkusan nasi lemak sewaktu Kinah bersarapan pagi tadi. 


Jerawat yang tumbuh pada wajah, selain dikaitkan dengan faktor hormon sebenarnya tersimpan rahsia tersendiri. Jerawat pada dahi bermaksud peredaran darah yang tidak baik, ini disebabkan terlalu letih atau tertekan (stress).

Jerawat pada hidung pula bermaksud tulang belakang anda mempunyai masalah, jerawat pada pipi kiri dikaitkan dengan fungsi hati kurang lancar dan pipi kanan, termasuklah dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan masalah penghasilan darah jerawat di pipi kanan pula fungsi paru-paru anda tidak normal. Manakala jerawat pada dagu pula, dikaitkan dengan fungsi buah pinggang atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah.

Bagi mengatasi masalah sedemikian, kita perlulah mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat supaya supaya toksin yang terkumpul di dalam badan kita dapat dikeluarkan, dan sistem imunisasi kita semakin kuat.


MENGAPA ISTERI SUKA DIPELUK

Assalamualaikum semua, kali ini kinah nak berkongsi sikit mengapa isteri suka dipeluk.

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.Oleh itu para suami, harus bersedia apabila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just a hug..” Jangan mengharap suami faham kehendak puan tanpa diucap.

Dari :- Dr. Zubaidi

p.s Entri ini untuk yang dah halal sahaja, yang belum halal jangan try ye ^_^

Thursday, 7 November 2013

Twitter Seks???


Assalamualaikum semua, kali ni kinah nak cerita sikit mengenai stats untuk minggu ini. Hmmm sabar je la bila tengok keywords kinah untuk minggu ini. Cuba baca apa yang kinah dah circle tu, "twitter seks" amenda ni weh, HANGPA INGAT BLOG KINAH NI BLOG LUCAH KE??? eeeeeeeee geramnya, Twitter kinah tu cuma aktif untuk sertai Giveaway dan iklan sahaja. Tak ada cerita pasai seks pun. Agak-agakla pun. Masih ada lagi ye orang macam ni, daripada korang search benda macamni lebih baik search artikel yang bermanafaat, yang bagi input, and gain your knowledge. Janganla rosakkan pemikiran anda tu. Tapi tak hairanla sekarang, cuba tengok baru-baru ni, ada budak berani update status "Yes akhirnya dapat teruna dia" Nauzubillah, apa nak jadi dengan dunia sekarang, pengaruh media massa terlalu banyak sangat. Movie pun banyak adegan-adegan yang tak sepatutnya. Harap ibu bapa pantaulah dengan siapa anak-anak anda berkawan, pantau aktiviti mereka ketika melayari internet. Hmmm 


Wordless

Wednesday, 6 November 2013

MINI GIVE AWAY by T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 4


Assalamualaikum semua, haaa dah Part 4 dah GA ni, kali ni kinah nak try lagi GA ni. Manala tau kali ni tshirt ni milik kinah pulak, Sesiapa yang nak join klik saja pada banner

Mini Giveaway #1


Nak join?? Klik pada banner 


Siapa Ingat Rancangan Ini??


Assalamualaikum semua. Masih ingat lagi mamat Jepun di atas hehehehe gelak sekejap. Cuba beritahu tajuk rancangan ini. Mesti ingatkan, kalau tak silap kinahla rancangan ini pada waktu petang hari apa tidak pastila pulak. Memang game dalam rancangan ini memang best. Rancangan masa kinah sekolah menengah kalau tak silap. Gambar ni Kinah kutip dekat Facebook.


Jawab Persoalan Bagaimana Mohon Internship Di Amanah Ikhtiar Malaysia


Assalamualaikum semua, entri kali ni kinah nak jawab soalan daripada seorang blogger. Soalannya macammane nak apply internship di Amanah Ikhtiar. Sebenarnya Kinah dulu pihak Universiti yang buatkan. Kami diberi option untuk membuat pilihan dimana kami ingin laksanakan internship kami. Pada mulanya memang kinah apply beberapa tempat untuk internship, tapi tiada feedback yang diberi. Kemudian, berlaku sesuatu pada kinah yang mana kinah terkena sengatan lipan bara. Teruk jugakla kinah masa tu, meraung dekat wad kecemasan. Nak pulih pun ambil masa yang agak lama last-last satu hari pihak universiti call tanya nak internship di Amanah Ikhtiar tak? Kinah terima je la tawaran tu disebabkan Kinah tak dapat nak cari tempat. Bagi menjawab persoalan beliau, cuba hantar surat ke HQ Amanah Ikhtiar di Kuala Lumpur, di alamat yang tertera di bawah atau telefon untuk maklumat lanjut ye. ^_^

Amanah Ikhtiar Malaysia
No,26-4, Jalan14/48A
Sentul Raya Boulevard
Off Jalan Sentul 
51000 Kuala Lumpur.
Tel:03 40442466/2460
Faks:03 40442455

Bahasa F


Assalamualaikum semua, siapa pernah pakai bahasa F? Kinah memang failed bahasa F ni. Cuma orang tertentu sahaja yang boleh menguasainya. Siapa boleh bahasa F ni angkat tangan

Tuesday, 5 November 2013

Rezeki November

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, untuk bulan November ni Kinah menang empat GA yang telah berlangsung bulan Oktober lepas. Pertama sekali kinah menang Reddelima Giveaway By Dunia Sebenar Shida. Kinah menang kategori sleepwear, nak tau antara banyak-banyak kinah pilih baju tido yang mana yang ni ha

Cotton Pajamas
Seksi ke huhuhu, rasanya yang ni ok kot daripada lingerie yang tali halus tu. Tali halus tu untuk orang dah nikah sesuaila, Kinah ni in the middle so amik ni je. 

Kedua pulak kinah menang topup daripada Shaklee Wardrobe sebanyak RM10, alhamdulillah lepas mesej dengan tunang :)


Ketiga Kinah menang hadiah misteri daripada Zumal, hadiah apa  kinah tak pasti dah namanya pun hadiah misteri. So tunggu je la ye.


Keempat, kinah join GA by Nik Ainaa, Kinah dapat brooch, menurut sponsor brooch reben. Kinah suka kumpul brooch ni. Terima Kasih sponsor

Gambar hiasan aje

Walau apa pun syukur sangat, alhamdulillah..


Simple Segmen #2 by Sally Samsaiman


Assalamualaikum semua, kali ni kinah nak join segmen my sally sayang. Simple sangat segmennya tak perlu nak like bagai. Ok tak perlu nak bebel panjang-panjang. Sally ni peminat CNBLUE tegar tau, haaaa minat sangat dengan si Yong Hwa nye sampai tabungnya pun nak pergi Korea tu nak jumpa Yong Hwa. Pss Sally minggu lepas Kinah tengok running Man tau ada pulak Yong Hwa kesayangan Sally hansem gak yewww. Jangan marah ye Sally hihihi. Tema blog Sally blue colour everything blue. Dah nama pun peminat CNBLUE, for sure blue semuanya iye dak hihi. 

Ni spesial untuk Sally



Menang Reddelima Giveaway By Dunia Sebenar Shida

Assalamualaikum semua, alhamdulillah kinah menang lagi dalam GA by Dunia Sebenar Shida. Kali ni kinah menang sebagai top referral. Menurut Shida, pemenang top referral telah diberi mengikut kategori dan kinah memenangi kategori sleepwear. Aiyooooo sleepwear?? Bila kinah masuk laman web nak pilih sleepwear yang mana, alamak awat seksi sangat semua bajunya, takkan nak pakai kat rumah ni, mau juling biji mata ayah dan adik lelaki kinah huhu. Akhirnya kinah buat keputusan ambil pajamas itupun seksi juga tu, ambil jela dah orang bagi. Kinah simpan bila sampai masanya nanti huhuhuhu


Monday, 4 November 2013

Salam Muharram Kepada Semua


Assalamualaikum semua, maaf sangat-sangat kinah tak dapat nak blogwalking semua untuk beberapa tempoh ni kerana line internet tak berapa bagus buat masa ni. Ini pun kinah pakai adik punya wifi. Oleh itu, kinah nak amik kesempatan ini untuk mengucapakan selamat menyambut bulan baru iaitu Bulan Muharram semoga dengan bulan baru dalam tahun Islam ni memberi keberkatan, keamanan dan kebahagian kepada semua umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh pelosok dunia. Harap dengan bulan baru ni, buka buku baru dan lupakan segala kisah lalu, yang lalu biarkan ianya berlalu kerana ianya telah pun menjadi sejarah hidup kita. In shaa Allah :) Aamiin
© Love Is Simple
Maira Gall