Saturday, 19 October 2013

Kenangan Semasa Praktikal di Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Ipoh

Assalamualaikum semua...

Tadi duk belek-belek folder gambar terjumpa satu folder ni Amanah Ikhtiar. Pernah dengar Amanah Iktiar tak? Hmm Amanah Ikhtiar ni merupakan satu badan untuk membantu golongan yang kurang mampu untuk berikhtiar mencari rezeki terutama kepada golongan wanita. Seronok tau kat sini bermacam-macam ragam sahabat Amanah Ikhitar (AIM). 

Dibawah antara momen yang dapat Kinah kongsi pada semua

Pertandingan boling antara sahabat AIM. kitorang pulak yang banyak interframe dalam gambar heheh

Gambar ni diambil semasa sambutan hari lahir staff termasuklah Kinah hehhe

Bengkel kek lapis, masa ni PC Fadzil tengah bagi ucapan kata-kata aluan. Kalau korang nak tau PC ni senior Kinah tau huhuhu

Sebenarnya banyak lagi Kinah nak share tapi internet tak berapa laju ini je yang mampu kinah tunjuk kat semua.. In sha Allah akan ada part 2 untuk entri ini. 





Shaklee Wardrobe : Giveaway

Assalamualaikum semua...


Jom ramai-ramai.



Giveaway by Menjual Novel Melayu

Assalamualaikum semua...





Segmen Random Topup By Nik Ainaa

 
[ KLIK BANNER UNTUK JOIN ]


 TOPUP RM5 UNTUK 16 PEMENANG YANG BERTUAH !!

TARIKH TAMAT : 19/10/13


Download Kampung Girl Episod 13 (Akhir)

Assalamualaikum semua....

Tadi Kinah ada baguitau yang Kinah tak dapat tonton episod akhir Kampung Girl. Jangan bimbang Kinah dah dapat link untuk download hahahha (gelak besar jap) so, pada sesiapa yang tak sempat tonton tadi bolehla download ye....


Friday, 18 October 2013

Tak Dapat Tonton Kampung Girl

Assalamualaikum semua....

Hmmm sedihnya tak dapat tengok episod akhir Kampung Girl. Nak tau pasai ape TV kat umah ni ade sebijik je, kebetulan malam ni kan ada perlawanan bola antara ATM dengan The Red Warrior jadi tak dapatla eden nak tonton dah ayah ngadap TV tengok bola. Dah tak tau nak buat ape update entri aje la. Tak pe sekarang ni kan banyak website tuk download cerita, nanti Kinah update link tuk episod akhir Kampung Girl ye.

p/s walaupun dah baca novelnya, tetap gak nak tonton hehehhe

Tip untuk dapatkan CPUV

Assalamualaikum semua...

Entri kali ni kinah nak bagi tips sikit mengenai bagaimana untuk mendapatkan CPUV ni. Diharap tip yang tidak seberapa ni memberi manafaat kepada semua. Lagipun tip yang Kinah dapat ni daripada blogger senior sharing is caring tak gitu.

1. Hantar tiket pada Nuffnang
Nak dapat CPUV ni korang semua kena rajin hantar tiket pada pihak nuffnang supaya pihak nuffnang tahu akan kewujudan blog korang tu. Selagi tak dapat CPUVjangan segan-segan nak hantar tiket. Tak tau macamne nak hantar tiket boleh rujuk kat ----> sini
2. Rajin-rajinkan diri update survey
Ha yang ni pun penting gak supaya pihak nuffnang tau genre blog korang yang macamne supaya senang pihak mereka nak tentukan iklan jenis apa yang sesuai tuk diberi. Sebagai contoh, hari ni korang update entri mengenai kesihatan, so korang updatekan survey tu untuk kesihatan. 
3. Maintainkan Trafik di Blog
Ini pun penting jugak. Jika trafik blog korang busy sesangat peluang untuk dapatkan CPUV tu semakin cerah. Cara nak dapatkan trafik ni pun mudah je rajin-rajinla blogwalking ye. Nak tau kenapa kena maintainkan trafik supaya pihak advertiser merasa yakin untuk meletakkan CPUV di blog kita. Lagipun mereka dah mengeluarkan modal yang besar untuk iklan ni.
4. Letak atau tepek iklan Nuffnang ketiga-tiganya
Korang mesti tepek iklan nuffnang ketiga-tiga bahagian iaitu di atas, di bahagian tepi dan di bawah entri. Boleh rujuk di website Nuffnang macamne nak letak kod-kod tu.
  
Rasanya itu jela kot tips-tips yang boleh Kinah kongsikan, itu je yang Kinah amalkan untuk dapatkan CPUV ni. Tapi satu je pesanan jangan anak tirikan nuffnang nanti tak dapat pulak CPUV yang korang idamkan tu. 



Segmen Simple Menangi Topup by Nina

Assalamualaikum semua...




Tempoh berlangsung - 17/10/2013 - 20/10/2013

Love You Mr Arrogant Episod 14


Assalamualaikum semua....




Love You Mr Arrogant Episod 14 = ZIPPYSHARE 17/9 

Hadiah GA Dah Sampai


Assalamualaikum semua.

Akhirnya hadiah GA Shaklee sampai jugak. Terkejut gak bila lori GDEX mai umah.. Terima kasih kepada kak rina yang memberi hadiah ni.. Lepas ni Kinah bershaklee la huhuhuhu... Tak sabar nak posing masa konvo nanti kekekkee






CPUV Ke 8

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang oleh pihak nuffnang untuk CPUV lagi. Sebenarnya semalam lagi, tapi tak perasan harini bila cek la dapat lagi. CPUV kali ni daripada Guess Watches Q4. Dapat dua guess. Jangan lupa tekan banyak-banyak ye. Syukran

Thursday, 17 October 2013

1st GIVEAWAY BY MISS FLUFFY

Assalamualaikum semua...


Cuma perlu follow syarat² penyertaan ini:
1. Buat entry bertajuk "1st Giveaway by Miss Fluffy"
2. Copy dan paste banner di atas ke dalam entry dan linkkan semula kesini.
3. Publish entry anda. 
4. Tinggalkan link entry anda diruangan komen entry ini.
5. Like page Facebook (optional) 
 
*Update
6. Minta tolong Follow SINI dan Like page Facebook sponsorship giveaway.
 Senarai Hadiah:
  • *Tambahan hadiah: 1 x Jam tangan lelaki Casio Edifice RM65 
  • 1 x Set Wangian Mini Pack Scarf Perfume bernilai RM37
  • 1 x Pallazo Pant
  • 2 x Pashmina
  • 1 x Set Pencuci Muka & Mask Daiso Japan
  • 3 x 5 keping Shiseido Mask setiap seorang
  • 2 x Topup RM5 setiap seorang

*Hadiah sebenar mungkin berbeza dari gambaran hiasan.


Pemenang akan dipilih melalui random.org
Giveaway ini akan tamat pada 27 Oktober 2013. Good luck kawan!! :)

Love You Mr Arrogant (Download)

Assalamualaikum semua....



Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Love You Mr Arrogant Episod 01 = HOTFILE ZIPPYSHARE
Love You Mr Arrogant Episod 02 = HOTFILE, - ZIPPYSHARE
Love You Mr Arrogant Episod 03 = HOTFILE ZIPPYSHARE
Love You Mr Arrogant Episod 04 = ZIPPYSHARE1/10 -
Love You Mr Arrogant Episod 05 = ZIPPYSHARE 2/10 - 
Love You Mr Arrogant Episod 06 = ZIPPYSHARE 3/10 
Love You Mr Arrogant Episod 07 = ZIPPYSHARE 7/10 
Love You Mr Arrogant Episod 08 = ZIPPYSHARE 8/10
Love You Mr Arrogant Episod 09 = ZIPPYSHARE 9/10
Love You Mr Arrogant Episod 10 = ZIPPYSHARE 10/10
Love You Mr Arrogant Episod 11 = ZIPPYSHARE 14/10
Love You Mr Arrogant Episod 12 = ZIPPYSHARE 15/9
Love You Mr Arrogant Episod 13 = ZIPPYSHARE 16/9

Wednesday, 16 October 2013

Duo Giveaway by Aliya & FD

Assalamualaikum...


Semua dah buat cuma kinah tak ada akaun instagram :(

Tarikh tamat: 16/10/2013

Senarai Hadiah :
- Tudung Bawal Alisya & Shawl Alisya (top refferal blog aliya & FD )
- 1x Magic Inner Neck
- 5x Brooch & 5x Casing (2 hadiah untuk seorang pemenang )
- 3x Set Brooch Felt
- 5x Button Badge

- 1x Hadiah Misteri
Pada Sesiapa nak join klik banner


Download Cinta Mat Semperit

Assalamualaikum semua...

Siapa tak berkesempatan untuk menonton cinta Mat Semperit angkat tangan.... Ok ramai tuh.. Takpe jangan sedih-sedih tau kinah ada solution. Ok di bawah ni kinah ada sediakan link untuk mendownload telemovie ni.

Zippyshare: Part 1 Part 2
kredit to Pereka Cerita

CINTA MAT SEMPERIT (TV3)
TARIKH: 15 Oktober 2013 
HARI: Selasa
MASA: 10.00 malam
PELAKON: Aeril Zafrel, Izara Aishah, Fasha Sandha, Roy Azman dan ramai lagi


Tak tahu macamne nak download? Klik sini


Tutorial Download Zippyshare

Assalamualaikum semua

Tutorial ni untuk mereka yang nak download movie dari zippyshare tapi tak tau nak tekan yang mana satu. I

Have fun!!!



1. Isi ruang ini
2. Download di sini

Kampungku dan Aidiladha (Download)

Assalamualaikum semua....

SINOPSIS KAMPUNGKU DAN AIDILADHA (TV3)

Ketua kampung dan ketua belia kampung merancang untuk menganjurkan pertandingan nyanyian untuk mencari artis/duta kampung. Uji bakat dijalankan dan menerima sambutan hangat. 

Setelah ditapis, para panel sebulat suara memilih 5 orang yang layak menjalani latihan itu. Peserta lelaki terdiri daripada Arman, Bandi dan Ciko. Mereka terkenal sebagai pemuda yang nakal, suka merempit dan mengganggu penduduk kampung. 


Manakala peserta wanita pula terdiri Maya dan Aini. Pertandingan dimulakan, mereka berlima dikurung di surau lama yang dijaga oleh warden yang garang seperti komando 69 iaitu Pak Kaza. Hari pertama, mereka harus gotong-royong membersihkan kawasan masjid. 

Kesemua peserta hairan terutama Arman yang berasa tidak puas hati dengan ujian itu dan dia mempersoalkan kenapa perlunya peserta melakukan gotong-royong kerana ia tiada berkaitan langsung dengan bidang nyanyian. 


Dalam mereka bergotong royong, Arman cuba menggoda kembali kedua-dua bekas kekasih lamanya iaitu Maya dan Aini. Bandi dan Ciko juga tak lepas peluang ‘jual minyak’. Selain itu mereka turut diuji dengan sesi rohani dan ibadah. 

Mereka diuji dengan ujian Iman, Ikhsan dan Amal iaitu asas agama. Cara syahadah, istigfar, bacaan mandi wajib yang betul dan muhasabah diri. Mereka juga diperbetulkan cara wudhu dan solat. Bacaan solat dari A hingga Z diperbetulkan. Solat Jemaah diadakan bersama-sama. 

Mereka mula mempelajari erti sebenar kehidupan. Arman juga mula sedar dengan keangkuhan dirinya. Hubungan mereka akhirnya semakin erat dan menanti untuk diumumkan sebagai artis kampung. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai duta kampung? Sama-sama kita saksikan telatah lucu anak-anak kampung ini.


Link download:  Part 1 Part 2

Tak tau macammana nak download?? Klik sini 

Wordlesss


Tuesday, 15 October 2013

Segmen | Saya Nak Header Itu

Assalamualaikum semua....


SYARAT-SYARAT MUDAH
1. Follow dan like page Cik Hawa
2. Klik link ini 1 & 2
3. Buat entry bertajuk " Segmen | Saya Nak Header Itu "
4. Copy dan paste banner dan backlink-kan
Cara Pemilihan Pemenang Melalui Random.org

Tarikh tutup 22 Oktober


Monday, 14 October 2013

Keyword Hari Ini

Assalamualaikum semua...



Terkejut kinah bila cek stats tadi. Sape la yang mencari awek tudung dengan budak remaja buat dekat hutan ni. Ya Allah, punya banyak entri Kinah post ini yang diorang cari dalam ni. Jumpa ke apa yang korang cari dalam ni. Masih ada lagi orang yang masih berfikiran tahap ni. Bawak-bawakla insafla. Terkejut Kinah. Teruk sangat ke blog picisan ni sehingga orang cari benda-benda ni. 


Blog Giveaway!aku.bukan.nobita.

Assalamualaikum semua...


Comeikan banner ni, jom ramai-ramai kita join giveaway ni

Kinah tag mereka-mereka




Salam Aidiladha

Assalamualaikum semua...

Pertama sekali kinah nak ucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia. Mulai hari ni dan esok sudah tentu geng blogger semakin sepi kerana dah mulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Semoga perjalanan kalian semua selamat dan tiba ke destinasi yang dituju. Malam tadi Kinah ada postkan entri mengenai cpuv yang ke 7, bila bukak blog tadi ternampak satu lagi iklan yang terbaru di Love Is Simple tengah menari. Nampak gayanya bertambah lagi cpuv kinah. Alhamdulillah tak putus-putus. Kali ni daripada Guess Jeans x ATNM. Sudi-sudikanlah isi tabung Kinah ni ye. 



CPUV Ke 7

Assalamulaikum...

Hmmm cpuv saja entri kinah ni ye. Kali ni cpuv yang ke 7. Kali ni daripada Sunsilk Samson S. Alhamdulillah masih diberi peluang oleh pihak nuffnang untuk meletakkan iklan mereka di sini

  
Tekan banyak-banyak tau hehehehe



Sunday, 13 October 2013

MINI GIVEAWAY BY T-SHIRT MUDAH TERENGGANU PART 3

Mini Giveaway by T-Shirt Mudah Terengganu
Tarikh tamat: 19 Oktober 2013

BIRTHDAY GIVEAWAY BY BLOG RABIATUL RAHIM


Assalamualaikum....
Selamat hari lahir cik Rabiatul, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki awak ye ^_^ 
Jom kita sertai giveaways ni, syaratnya simple je. 

Tarikh tutup: 20 Oktober ni 11:59 p.m
Banyak lagi masa ni



Urat Kaki Bersimpul

Assalamualaikum...

Kali ni kinah nak share mengenai artikel dalam surat khabar Mingguan Harian dalam soal jawab doktor. Kinah suka baca mengenai soal jawab ni, sebagai add knowledge kita. Kali ni soal jawab doktor mengenai urat kaki bersimpul. Pernah alaminya?? Pada kebiasaannya urat bersimpul ni di alami oleh kaum wanita dan biasanya kelihatan pada kaki betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga berlaku di mana-mana bahagian anggota badan. Salur darah atau vena mempunyai injap yang menghalang perjalanan darah menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Hmmm.. Urat tersimpul terjadi apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan kita boleh melihatnya di bawah kulit.

Urat simpul ni berlaku dalam kalangan wanita kira-kira satu dalam tiga wanita. Kita berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku dalam kalangan ahli keluarga yang lain atau jika berat badan kita berlebihan. Kita tidak boleh mengelak untuk menghalang masalah ini terjadi. namun terdapat beberapa cara untuk mengatasinya dengan baring atau tidur secara mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior kita. Letakkan bantal di bawah kaki dan di belakang, jangan duduk terlalu lama dan berdiri untuk jangka masa yang lama. Berjalanlah sekurang-kurangnya sekali setaip setengah jam dan membuat senaman ringkas untuk melancarkan peredaran darah. 

Pertambahan berat badan yang terlalu banyak dan terlalu cepat boleh mengakibatkan kita mudah mengalami urat simpul. Oleh itu, kita perlu mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. 



Kad Topup Celcom Hilang!!!!!!

Assalamualaikum...

Hilang? Hmmmm Ya Allah merata-rata Kinah cari kad top up tapi bayang langsung tak nampak. Nak menangis pun ada. Peristiwa ni berlaku malam tadi. Biasanya kinah letak dalam purse tapi ntah macam mane kinah gatai letak dekat poket case fon ni. Bila sedar kad takde kat situ, ahh sudah mane benda ni, dah la halus. Merata kinah cari kat katil, kat karpet ruang tamu habis semua orang kinah suruh bangun kot-kot la ada kat tempat diorang duduk. Lepas penat mencari encik tunang mesej, call abang jap, mentang-mentang la kita ni dapat free call seminggu memang guna kawkwaw punyala peluang tu, jimat belanja kata encik tunang. Berbalik pada kes kad hilang tu masa call encik tunang tu tak ingat apa dah pasai kad tu hilang, sebabnya pas tamat je panggilan kinah pun dah ngantok sesangat nak mencari pun dah malam sangat. Misi pencarian bersambung pada pagi tadi. Habis cadar kinah angkat, karpet sambil tu menyapu la apa yang patut, sambil duk ralit bongkok menyapu kinah terperasan satu kad yang terselit di celah-celah novel yang Kinah baca sekarang. La kat dalam tu rupanya susah payahla kita cari sana cari sini sebab kinah ingat last semalam kinah selit kad pada pocket fon case, hmm sabor je la. Moral of the story, jika kita terlupa atau hilangkan sesuatu benda, janganla panik, cari slow-slow In Sha Allah akan jumpa jugak barang yang kita cari tu. Cuma lambat atau cepat je.



© Love Is Simple
Maira Gall