Saturday, 12 October 2013

Nyawa atau Duit Mana Lagi Penting

Assalamualaikum...

Hmm antara nyawa dan duit mana yang korang rasa paling penting? Persoalan ini telah dikemukakan oleh Encik Tunang malam tadi. Hmm bagi kinah, nyawa adalah penting dalam hidup kita, namun haaaa duit pun sekarang dah menjadi keutamaan dalam hidup. Kata orang 'No Money No Talk'. Takda duit tak boleh beli makanan, pakaian, barang yang kita perlu dan sebagainya. Ok sebagai contoh kita menghidapi penyakit kronik yang melibatkan nyawa kita dalam bahaya dan doktor arahkan untuk membuat pembedahan bagi memulihkan sakit kita tu, tapi pada masa tu kita pulak tiada duit untuk membuat pembedahan tu, so di sini kita boleh nampak ada hubungan di antara duit dengan nyawa, ni hipotesis kinah la. Walau macamana sekalipun nyawa adalah sangat penting tapi ada juga manusia yang tidak bersyukur dengan kurniaan Allah SWT apabila individu tersebut mengalami masalah telah mengambil jalan yang mudah dengan membunuh diri. Nauzubillah, membunuh diri tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sama-samalah kita semua muhasabahkan diri kita.  Bertindak mengikut akal fikiran yang waras bukan mengikut kata hati, renung-renungkanlah.


Aeril dan Wawa Zainal Sudah Berkahwin

Assalamualaikum...



PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.

Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.

Friday, 11 October 2013

Nuffnang??

Assalamualaikum..

Hmm aritu masalah ni berlaku pada mama, kali ni kinah pulak yang kena. Tak faham la kenapa ye, dekat manage my blog pada nuffnang cuma ada satu je skyscraper, mane pergi yang lain. Pening-pening. Kinah malas nak usik kod-kod ni. Serabut tau nak susun balik tambah internet ni tak berapa laju. Korang punya macam mana? Cuba cek korang punya pulak. Bila tengok balik, semua bahagian kinah tepek kod tu, sekarang apa yang tak kena, mungkin tengah upgrade sistem kot (Fikir postif ni) Macam-macam hal la, as long as tak ganggu CPUV kinah yang tengah rancak tu sudahla. 

CPUV Ke 6 Project Durian

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, rezeki tak putus-putus pada bulan ni. Mana taknya kinah dapat lagi CPUV yang ke enam. Macam tak percaya je apabila sekali lagi diberi peluang oleh pihak nuffnang untuk meletakkan iklan di Love is Simple. Kali ni iklan daripada projek durian CVP. Apa projek durian??? Hmmm apa  kata korang klik je iklan projek durian tu. Sebenarnya Kinah pun tak berpa pasti projek apa sebabnya kinah tak nampak lagi iklan tu berjalan dalam blog ni. Tak sangka pulak nuffnang kasi can letak CPUV ni, yela bukannya apa dah beberapa hari ni kinah senyap sebab tak leh nak update entri, tak leh nak blogwalking sebab internet ni dah sampai koutanya confirm trafik kinah jatuh merudum, sungguhpun gitu masih ada jugak yang sudi singgah ke blog yang tak seberapa ni. Terima kasih ye semua. Sayang korang ^_^

p/s xleh nak tepek gambar buat masa ni, syukurlah masih boleh tulis post ni ha.

Thursday, 10 October 2013

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum...

Pertama sekali kinah nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang wish birthday kinah. Terima kasih sangat-sangat, tak kisahla yang wish dekat blog mahupun di FB. Tocei2. Yang paling tak sangka bekas naib canselor UUM wish birthday woooooooo. Macam tak percaya je hihi. By the way pagi tadi sebelum keluar dengan Encik Tunang, kinah terima panggilan daripada pihak Hal Ehwal Akademik (HEA) untuk memaklumkan bahawasanya Kinah sepatutnya kalau diikutkan sesi petang, last-last kena tukar pagi. Laaaa pagi pulak dah, tapi takpela idakla nanti cair make up kitorang nak bergambar huwahuwahw.. Apa yang penting kitorang dapat jumpa dengan Yang Dipertuan Agong tu. Hmm aritu jumpa permaisuri ja, kali ni jumpa agong serius excited nihhh

Duo Giveaway By AmiLia





-Tekan Banner-

Saya Join Giveaway Ini
Giveaway Ini Anjuran 2 Budak UPSR Amirah & Lia Dan Disponsor Oleh Lilly Lolly , Sofyy Lavender , Adam Faiz , Mama , Koleksi Cinta Raff , Aimi Wardina , Tasha Aqisha , Fans Of Blogger , Izzah Aliya , DK Blog & Falova Outlet



Menang GA Shaklee

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah sekian lama Kinah tak leh berblogwalking akhirnya dapat juga buat post ni. Bukan apa tenet slow yang amat. Nak bukak write post pun xleh. Sabor je la. Ok entri kali ni bukan nak dengar kinah bersyarah yerr, entri kali ni Kinah nak bagitau kinah baru je menang GA shaklee set diet. Alhamdulillah, tak sangka menang. Kebetulan hari jadi kinah hari ni. Suka sangat. Selain hadiah daripada akak ryna ni, kinah dapat hadiah daripada encik tunang. Nak tau ape? Senaskhah Al-Quran. Alhamdulillah. Semoga Kinah di murahkan rezeki, dipermudahkan urusan di dunia dan juga akhirat. Aamminnn



Kinah baru je menang set ni. Nanti bila dah dapat nanti Kinah post gambar.

Nak kenal siapa akak ryna kita yang bermurah hati tu???

^
^
^
^
^
^
^
^
^
Ummu Hafiey 

Segmen Tambahkan Follower & Isi Tabung

Assalamualaikum...

 Entri ini adalah sticky post, sila scroll ke bawah untuk entri yang terbaru


Asyik join segmen dengan GA orang je, kali ni kinah nak buat segmen. Sorry yer banner tak berape cun  heheh. Nak join???  Simple je syarat-syaratnya.

 Syarat-syaratnya
  • Buat entri dan tepek banner yang tak lawa tu dan backlink ke blog ni 
  • Wajib follow blog kinah 
  • Tekan tabung kinah ni 1 2 3 (tunggu sampai habis loading)

Simple je kan. Tunggu apa lagi jom la join. Segmen ni sampai 10 Oktober 2013 je 

Good Luck ^_^
p/s ajakla kawan-kawan lain ye

Senarai Join



Monday, 7 October 2013

Review blog: Love Is Simple By Kasih Lestari Abadi

Assalamualaikum...

Love is Simple telah direview oleh Kasih Lestari Abadi kerana telah memenangi hadiah review blog dalam GA yang dianjurkan oleh KLA sendiri. Menurut KLA, Love is simple ini simple dan menarik, dan kandungannya tersusun iyeke? huhu. Menurut KLA lagi dia jeles sebab tak pernah dapat lagi CPUV dari Nuffnang dan nak belajar dengan Kinah, Kinah ni kak masih belajar lagi. Kalau nak share sikit-sikit bolehla. Mengenai GA KLA yang terbaru ni Kinah tak leh nak join sebab line internet sekarang tak berapa laju. In Sha Allah ada masa Kinah akan join GA KLA ye. 

Jom ramai-ramai melawat ke Blog KLA 


Menang Bloglist Oktober Nukilan Kenit

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, :)

Terima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum... 

Murah rezeki bulan ni, alhamdulillah. Dapat CPUV lagi kali ni dapat dua sekaligus huhuhu. Satu dah kredit 




Sunday, 6 October 2013

Eh Rakaat Ke Tiga @ Empat

Assalamualaikum...

Pernah alami begini ketika dalam solat? Kinah jumpa dalam Facebook, semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua


Hasrat Melawat Anak Berkecai

Assalamualaikum...

Hasrat seorang ibu, Mek Kenanga Bakar, 50 dari Setiu untuk menziarahi anak lelakinya, Raja Mohamad Tarmizan,18 di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cador, Marang berkecai apabila dia maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Baru Ajil, Hulu Terengganu semalam. Kemalangan yang berlaku di kilometer 2, Jalan Pengkalan Berangan-Ajil itu, menyebabkan adik angkatnya, Che Mah Awang, 44 dan suaminya Abdullah Mamat 54, meninggal dunia. Ketiga-tiga mereka menaiki Proton Iswara yang dipandu Abdullah. Seorang lagi magsa yang terkorban dalam nahas pada pukul 4.40 petang itu ialah pemandu Proton Wira, Jusoh Ibrahim, 39, yang baru dua bulan mendirikan rumah tangga. Kemalangan itu berlaku apabila kereta Proton Wira yang menghala ke Ajil telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Iswara yang dipandu oleh Abdullah.

  
Sumber: Utusan.com.my
© Love Is Simple
Maira Gall